Kenapa anda tidak perlu ambil PhD?
Jika ada orang dari industri ingin buat PhD. Saya secara jujur akan nasihat kepadanya, "Hang tak perlu buat PhD. Abaikan sahaja hasrat tu"
1. Namun jika dia tetap berkeras mahu buat PhD. Saya akan tanya dia, "Kenapa hang hendak buat PhD?"
2. Jika dia buat PhD pasal mencari kerja. Maka saya nasihatkan lupakan sahaja. Sebab bukan senang hendak habiskan PhD. Ramai yang tewas sebelum sampai ke garisan penamat.
3. Jika mahu menggunakan PhD di industri. Orang HR akan kata "Over qualified". Sebab Boss hang pun ada First degree sahaja. Hang ada PhD. Ini namanya Lawan tokey. Industri lebih melihat kepada prestasi kerja dan bukan kelayakan akademik.
4. Jika mahu mencuba dunia akademik. Maka ia lagi sukar kerana universiti sekarang pentingkan penulisan jurnal akademik tahap dewa kayangan. Jika hanya ada artikel dalam jurnal tempatan maka lupakan sahaja untuk menceburi dunia akademik.
5. Sesetengah pensyarah menggalakkan pelajar mengambil Phd dan sering menggambarkan peluang kerjaya yang cerah. Sebenarnya realiti tidak begitu. Kadang-kadang pensyarah berada dalam dunia yang terasing.
6. Mereka yang mengambil PhD perlu memikirkan dengan lumat peluang kerja selepas tamat PhD. Tidak boleh hanya berserah diri tanpa perancangan.
7. Jangan samakan diri kita dengan kawan-kawan yang sudah lama berada di dunia akademik. Mereka mengambil PhD kerana tanggungjawab sebagai ahli akademik dan kerjaya mereka sudah terjamin apabila tamat pengajian PhD.
8. Ambil Phd perlu tahan tekanan atau 'pressure'. Cuba bayangkan selagi kita tidak habis PHD, Apabila kita jumpa sapa-sapa samada kawan, jiran atau sanak saudara, pasti orang itu akan bertanya, "dah habis ke PHD?, Atau "Macam mana study PHD? Mereka bertanya bukan' sebab 'busy body' tetapi sebab ambil berat. Tetapi nak jawab soalan ini cukup memberi tekanan. Aargh!
9. Tetapi jika orang itu memang berkeras mahu buat PhD. Maka saya akan katakan kepadanya, "Moga Allah permudahkan urusan hang. PhD memang dunia hang"
10. Pengajian PhD adalah "lonely journey in your own world" atau kembara seorang diri dalam dunia sendiri. Hidup sorang-sorang dalam dunia sendiri. Orang lain tidak faham masalah kita. Jika kita bingung maka kita bingung sendiri. Jika kita jatuh maka kita bangkit sendiri. Keluarga boleh bagi moral support tetapi solusinya kita cari sendiri.
11. PhD bukan Doctor of Philosophy tetapi "Permanent Head Damage" atau "Pecah kepala". Ketika orang lain sibuk beraya tetapi kepala kita pening dengan 1,001 persoalan tesis PhD.
12. Namun begitu, Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang berkeras mahu sambung pengajian PhD. Moga sukses! Salam hormat.
Sumber: Dr. Abdél Rahmanov
14 Mei 2022
13 Comments
Terer nya Abam Kie, dah 25 tahun mengajar.
ReplyDeleteKebanyakan kawan saya yang amik Phd, dia belajar terus, dari degree ke master ke Phd, tak berenti, salute betul saya. Rezeki dia orang. :)
Jangan ada PhD.. perasaan hasad dengki, sudahlahkannn.
ReplyDeletenak buat PHD kena tabah. dan kalau boleh continuous la. kalau dah berenti belajar pastu kerja non akademik nak sambung balik, memang la tak mampu
ReplyDeleteSaya tidak mampu. Hehe. Memang perjalanan yang sunyi.
ReplyDeleteSaya tamat PhD tahun 2021. Alhamdulillah.. Penat kepala otak dan fizikal tapi bila dah habis, rasa kosong dan bahagia sangat..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Saya tamat PhD tahun 2021.. Rasa aman damai dan bahagia.
ReplyDeleteSalute dengan mereka yang berjuang utk PHD..
ReplyDeletesaya akan ambik PhD jika terbukti saya ada IQ genius...sebab nak uji dirii dalam ujian berbentuk akademik...kalau ujian kehidupan tiada sijil la pulak hehehe
ReplyDeleteMatlamat jelas. Peluang nyata. Semangat tinggi. In sya Allah ok dan boleh teruskan.
ReplyDeleteSukar nk dpat phd yg penting kemahuan
ReplyDeletesalute..mereka2 yg gigih belajar sampai PHD tu...
ReplyDeletesyabas kpd mereka yg dpt habiskan PhD...
ReplyDeletemama kenal ramai juga yg tumpas tak dpt habiskan phd..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.