Mencapai kehidupan lebih baik
Kehidupan kita akan lebih baik bilamana :
1. Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajjud walaupun cuma 2 rakaat.
2. Tunaikan solat sunat sebelum (qabliyyah) subuh kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya.
3. Baca Al Quran walaupun cuma 1 muka surat. Tetapi, semakin banyak dibaca, semakin banyak bahagia yang akan dipertemukan. Maka memilihlah.
4. Sedekah walaupun cuma RM 1. Sedikit di pandangan kita, tetapi tidak di sisi Allah.
5. Tidak tidur selepas subuh.
6. Tiada iri hati melihat orang lain.
7. Mendoakan kebaikan juga kebahagiaan orang lain kerana doa itu akan berbalik semula pada kita.
8. Percaya bahawasanya pada setiap percaturan hidup adalah yang terbaik kerana ianya disusun oleh Yang Maha Berkuasa.
9. Solat sunat dhuha biarpun cuma 2 rakaat kerana ia hak tubuh.
10. Istighfar sekurangnya 100 kali.
11. Selawat sekurangnya 10 kali di waktu pagi dan petang.
12. Taat ibubapa.
13. Solat di awal waktu.
14. Hargai dengan apa yang ada.
Selamat berbahagia hingga ke Syurga!🤲
9 Comments
good entry..:)
ReplyDeleteSemoga kita sentiasa merebut peluang mencapai kehidupan yg lebih baik, Abam Kie.
ReplyDeleteperingatan yg baik..moga kita sama2 menjadi hamba Allah yg lebih baik lagi
ReplyDeleteTidur lepas Subuh itu yang saya kena usaha elak buat.
ReplyDeleteBaik. Marilah kita berusaha. Tahajud dan dhuha, kena buat.
ReplyDeleteAlhamdulillah santunan hidup penuh berkah
ReplyDeleteCara nikmati hidup sebenar.
ReplyDeletePeringatan yang sangat bermanfaat
ReplyDelete6, 7 dan 13.
ReplyDeletenampak mudah.
tapi sukar.
tapi tu la yg boleh baiki hati dan hidup kita :)
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.