Assalamualaikum. Cantik tak tablet Lenovo yang abam kie dapat sebagai hadiah daripada RinggitPlus.com ni? Mesti cantik kan? Kalau check harga di pasaran mahunya dekat RM700. Untunglah abam kie dapat FOC je. Mana mungkin begitu? Menang cabutan bertuah ke? Sugar mummy taja ke? Oppss! Tidak sekali2. Meh Abam Kie nak citer.

Baru2 ni masa melayari FB tu Abam Kie terlihat iklan permohonan kad kredit HSBC yang berjaya bakal mendapat sebuah tablet Lenovo. Wow! Ini tawaran yang x patut dilepaskan! Dulu2 pernah la guna kad kredit HSBC sekejap. Pas tu lps dapat hadiah terus Abam Kie batalkan kad tu. Nakal kan? 

Syarat nak dapat free tab ni mudah je. Kena belanjakan sekurang2nya RM1000 dalam masa 60 hari dgn menggunakan kad kredit yg baru diaktifkan ni. Hmmm...X sukar mana pun. Lantas abam kie beli HP Samsung bulan lepas pada harga RM1849. Kan dah melepasi syarat minima tu? Bijak kan?

Tab ni sampai ke tangan Abam Kie selepas 5 minggu kad ini diaktifkan. Sekejap je. Pihak RinggitPlus mendapati abam kie sudah memenuhi syarat kelayakan lalu mereka menghantar emel bagi memaklumkan abam kie untuk mengisi borang penebusan. Dalam masa seminggu je JnT hantar tab ini ke rumah abam kie. Alhamdulillah. 

Tab ini akan digunakan sebaik mungkin. Dulu abam kie dah beli tab Huawei tapi berebut pulak dengan anak bongsu yg berusia 7 thn tu. Terpaksalah ayahnya mengalah dan cari yang lain. Kini abam kie x perlu kongsi lagi dengannya. 

Demikianlah kisah abam kie dan tab Lenovo baharu ini. Sekian. Terima kasih.