7 perkara dalam hidup yang perlu difahami
1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya.
2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya.
3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama.
4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya.
5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya.
6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.
7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.
Ketahuilah, hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.
Maka,
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini.
Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.
Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.
Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.
(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi)
14 Comments
Betul itu saya sudah sedar dan berlapang dada kalau ada rasa tidak puas hati.
ReplyDeletemasa kita dah semakin singkat...perbanyakkan amal seblm dipanggil pulang
ReplyDeleterebut 5 sebelum 5...no. 6 tu ada yg ceria dapat yg baru...huhu..
ReplyDeletebetul tu abe kie. dorang la yang paling dekat dgn kita yg menceriakan hari kita
ReplyDeleteBerlapang dada dan memaafkan.
ReplyDeleteSedih pula rasa di hati
ReplyDeleteYes... lapang dada!
ReplyDeleteManfaatkan sementara ada pada hal yang indah dan bererti.
ReplyDeletetersentuh hati mebacanya benarlah tu hidup ini fana n seketika cum
ReplyDeleteSaya dah kehilangan ayah, tak tahu bagaimana yg harus dihadapi jika kehilangan yg lain2 tu, Abamkie.
ReplyDelete'Andai ku tau...' mcm lagu tu lah kan. baru je kehilangan ayah. mmg tak de gantinya.
ReplyDeleteMembuatkan saya lebih menghargai orang sekeliling..
ReplyDeleteyes..hargai org2 yg kita saya semasa mereka masih ada...
ReplyDeleteHargai ibubapa kita yg masih ada
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.