Proton Preve saya sudah berusia 10 tahun
Assalamualaikum. Pada 14 Ogos 2022 lepas maka cukuplah satu dekad saya menggunakan kereta Proton Preve bewarna hitam ni. No pletnya DCC ****. Memang lawa nombornya biarpun saya tak menempah pun. Kereta ini dibeli selepas saya berpisah dengan bekas isteri kedua saya. Semasa berkahwin dengannya saya telah menukarkan Proton Wira dengan Toyota Innova kerana pertambahan ahli keluarga. Tapi selepas bercerai dengannya saya menjual MPV itu kerana tiada kepentingan membawa anak2 yg ramai. Cukup saya dan tiga anak perempuan saya ketika itu. Ah! Barang yg lepas jangan dikenang. Buat menyakitkan hati saja.
Sesungguhnya Proton Preve ini meninggalkan banyak kenangan kepada saya. Dengan kereta inilah saya berjalan2 ke hampir seluruh pelusuk Semenanjung dengan anak2 dan isteri. Alah, jalan2 setahun sekali je. Selebihnya saya menggunakan kereta ini untuk ke sekolah, balik kampung dan shopping di Kota Bharu. Sejujurnya saya jarang menggunakan kereta ini kerana sehingga 10 tahun penggunaan, jumlah mileage cumalah 68504 km sahaja.
Tak percaya ke? Hmmm....sebenarnya saya suka menunggang motosikal jika perjalanan kurang daripada 8 km. Rumah saya ke pekan Tanah Merah cuma 1.5km jadi saya rasa x berbaloi untuk memandu kereta jika setakat nak beli barang2 keperluan. Namun jika kena beli dalam kuantiti yg banyak barulah sy memandu kereta. Atau pun jika hari hujan, kenalah bawa kereta. Tambahan pula kat dalam pekan tu susah dapat parkir. Jalan pun jem sokmo. Jadi lebih mudah naik motor je. Buleh cilok2 mana yang patut.
Saya pun tak pasti bila akan menukarkan Preve ini dengan kereta yang lebih baik dan canggih. Isteri kata tak perlu jual sebab mileage rendah. Lagipun boot kereta ini luas. Nak taruh byk beg pun muat bila berjalan2 jauh. Hmmm... tengoklah mcmana. Mungkin bila habis bayar Axia merah ni saya beli la kereta baharu. Skrg ni nak habiskan loan Axia anak ni. Sekian. Terima kasih.
9 Comments
kenangan ni...
ReplyDeletemobil yang penuh kenangan bersama keluarga...memang tak ternilai dan sayang jika dijual ^^
ReplyDeleteOrang selalu kata kereta tempatan ni kurang berkualiti. Tapi saya dah pakai Proton Exora lebih sedekad jugak, alhamdulillah masih lagi elok. Kereta tu dah bawak merata-rata sampai ke Terengganu, ke Pulau Pinang, ke Sabah pun ada.
ReplyDeleteSekarang dah habis bayar, tahun lepas kami upgrade interior kereta. Rasa macam pakai kereta baru tapi tak perlu bayar bulan2!
Tidak payah jual sebab masih elok dan tiada keperluan untuk tukar.
ReplyDeletekalau elok lagi baik terus pakai je. tak payah nak fikir bayar tiap2 bulan.
ReplyDeleteMasih cantik keretanya.. jadi kereta kenangan dah ni abang Kie.. lama betul tak dapat nak komen di blog abang Kie ini. Tak tahu kenapa saya tak lepas walau berkali mencuba.
ReplyDeletebyk dah jasa preve ni...
ReplyDeletemasih berbisa walaupun dah masuk darjah 4 tu
ReplyDeleteSimpan je, jika masih dalam keadaan baik.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.