Dua ekor kucing jantan oren di rumah saya
Sebenarnya abam kie sudah tak minat memelihara kucing ni. Jika yang jantan, ia suka kencing merata. Yang betina pulak asyik mengandung dan beranak.Kadang2 tu ada yang berani memanjat ke atas kereta. Habis calar kereta. Bengang sungguh!
Tapi entah macamana kekerasan hati abam kie luntur bila anak2 abam kie membawa masuk dua ekor kucing jantan berwarna oren ke dalam rumah. Kucing2 ini sangat manja. Rasanya kucing2 ini milik jiran tetapi mungkin mereka datang ke rumah abam kie sebab kurang kasih sayang dengan tuan2 mereka dahulu.
Kucing yang duduk di atas kerusi itu anak2 beri nama 'Jamal'. Yang ini lebih manja dan bersih berbanding dengan yang seekor lagi. Rasanya ia lebih muda sedikit. Kalau manusia la, rasanya lewat belasan tahun.
Kucing yang kedua ini dipanggil 'Kumba'. Yang ini kurang manja sikit. Bila malam memang dia dengan sendiri pergi jalan-jalan dan akan balik pada waktu Subuh untuk meminta makanan. Berbeza dengan Jamal tadi yang cuba2 seludup untuk tidur di dalam rumah. Ada bagusnya ia jaga umah sebab setakat ini sudah 2 ekor tikus yang ditangkapnya.
Mereka berdua ini tak sebulu. Bekas makanan pun kena asing. Jika seekor makan, yang seekor lagi cuma memerhati. Jika bertembung pasti naik bulu dan akan menerkam antara satu sama lain.
Si Jamal ni memang suka cari port yang sedap untuk tidur seperti iron board dan tilam. Kalau terserempak dengan abam kie, memang abam kie kejar sampai dia keluar rumah la!
Sementara itu Kumba ni boleh tidur di mana-mana aje seperti di atas karpet, tikar atau lantai simen. Rasanya ia berusia pertengahan 20an (kalau manusia la). Tubuhnya lebih gempal daripada Jamal. Bulunya pun lebih cantik dan gebu.
Begitulah kisah dua ekor kucing yang abam kie dan anak2 bela. Mungkin kehadiran mereka ini adalah jalan untuk abam kie untuk mendapatkan pahala lebih dengan bersedekah kepada haiwan. Mereka juga makhluk Allah yang perlu dijaga dan dikasihani. Betul kan?
12 Comments
ala comeinya...semoga murah rezeki yg membela nya..aamiin
ReplyDeletea.kie baru 2 ekor..cik nor rasanya 15 ekor ada kat rumah ni..:)
ReplyDeletemasa dana bela kucing tu, ada makcik beritahu kucing jantan kalau tak nak bagi memancut merata sunatkan dia. Memang betul kucing jantan dana semua tak pernah kencing memancut pun, yang betina kena di mandulkan baru dia tak mengandung, sebab kucing bunting cuma 3 ke 4 bulan je.
ReplyDeleteKucing Oren selalu mudah buat manusia jatuh kasih.
ReplyDeleteSayapun ada kucing yang manja dan kucing garang.
ReplyDeleteOklah kucing tidak susah sangat jaga.
Comelnya kucing oren cikgu..murah rezki pembela kucing
ReplyDeletecomelnya...species yg sama, nampak serupa...dpt makan sama pun masih nak gadoh..hihi..
ReplyDeletenampak perwatakan mereka dari muka diorg
ReplyDeletemurah rezeki abam kie sekeluarga bela kucing. lagipun oyen ni pun pandai tangkap tikus takde la membazir 'beras' je bela dieorg hehe.
ReplyDeleteAlahai comelnya 2 ketul ni... Aah Abam Kie... Menjaga mereka ni, rezeki kita pun sentiasa ada.
ReplyDeleteKucing saya sudah saya letak di rumah mak saya di kampung.. Di rumah taman ni sesekali saya lepaskan, risau dia buat 'onar' di rumah jiran²..
ReplyDeleteWah.. comel dan gebu kedua-duanya..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.