Program Mengacau Bubur Asyura di Masjid Tanah Merah
Pada hujung minggu terakhir bulan Ogos, masjid jajahan Tanah Merah, Kelantan iaitu Masjid Ismail Petra telah menganjurkan Festival Kemerdekaan Kali ke 67 selama seminggu. Ada pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti forum perdana, pertandingan azan, kursus penyembelihan, derma darah, jualan gerai dan lain2 lagi. Antara acara yang Abam Kie join ialah acara mengacau sugho (bubur asyura). Setiap surau di bawah lokaliti Masjid Ismail Petra mengambil bahagian dalam acara mengacau sugho ni. Jadi pada hari Sabtu 27 Ogos tu Abe Kie pergi la membantu mengacau sugho sekejap walaupun keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Tak lama mengacau pun. Cukup 15 minit je. Lepas tu Abam Kie balik je la. Hehehe....
Alhamdulillah. Dalam pukul 3 petang jiran sebelah, Abidi datang ke rumah dan memberikan sebekas bubur asyura yang telah masak. Alhamdulillah. Dapatlah makan sugho untuk kali kedua pada tahun ini. Hari tu dah boleh makan sedikit di sekolah.
Sekarang semakin kurang orang bergotong-royong mengacau bubur asyura kerana golongan tua sudah ramai yang meninggal dunia. Jadi tiada orang yang mahu menjadi 'kepala'. Kalau nak makan sugho pun kena order di Shopee je. Lagipun kita bukannya nak makan banyak. Cukuplah dua ke tiga potong. Tambahan pula kanak2 dan remaja x suka makan sugho lagi. Sesuatu mesti dilakukan untuk mengembalikan tradisi zaman dulu kala ini. In Shaa Allah...
12 Comments
Moga makin ramai anak muda berminat meneruskan tradisi.
ReplyDeleteHaha kejap Abam Kid kacau bubur.
ReplyDeleteAlhamdulillah masih ada lagi tradisi kacau bubur asyura setiap surau.
Bubur asyura dimasak bersama dan gotong royong akan jadi santapan hangat yang lezat
ReplyDeletesedapnya sugho kelantan pedas berempah n manis
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSemoga tradisi dapat diteruskan
seronok aktiviti kacau sugho ni....
ReplyDeleteAJK masjid & surau kena ambil inisiatif utk adakan acara ni setiap tahun...ada kwn ofis bagi sebekas..sedap bubur asyura, ada versi pedas, ada yg manis..
ReplyDeleteLebih2 lagi lepas pandemik makin kurang yg dtg kerja2 masjid kan.
ReplyDeleteSedap abam Kie, betul sekarang gotong royong makin pupus di dalam masyarakat kita
ReplyDeleteseronok betul bila ada aktiviti mcm ni kan...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Semoga dilaksanakan berterusan supaya tak pupus ditelan zaman.. Bukan senang nak mengembalikan aktiviti seperti ini kepada anak-anak muda.. Tapi tak cuba tak tahu.. kan Abam Kie..
ReplyDeletekos mahal a.kie nak kacau sugho..hehe
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.