Sambutan Jubli Perak di Dalam Dunia Pendidikan
Assalamualaikum. Sedar tak sedar rupa-rupanya sudah suku abad Abam Kie berkhidmat sebagai guru. Cepatnya masa berlalu! Lantikan sebagai guru DG3 (sekarang DG41) berkuatkuasa pada 16 September 1997. Pada hari berkenaan Abam Kie terbang dari Subang Airport ke Kota Kinabalu International Airport secara solo. Abg ipar dan kakak yang hantar dari AU3 Ampang Hulu Klang pada pagi berkenaan. Tu pun nasib baik sempat sampai sebelum boarding gate ditutup. Jika tak, mahunya kena beli tiket sendiri. Oh! Ya... tiket ke KK tu diberikan oleh MOE.
Sebenarnya Abam Kie kena pergi ke Sabah pada bulan Mei lagi iaitu sebelum Konvokesyen UM. Tapi abam kie degil minta tangguh sebab nak tunggu segalanya settled selepas konvo pada bulan Ogos tu. Malas la gi Sabah sekejap. Lepas tu kena balik KL lagi untuk konvo. Renyah sungguh. Sebenarnya abam kie cuba merayu agar dapat diubah penempatan ke Semenanjung. Tak nak pi Sabah la kalau boleh! Tapi rayu punya rayu akhirnya x berjaya. Macam kes Najib tu la. Maka terpaksalah ku melangkah pergi ke Sabah. Huhuhu...
Perjalanan ke KK mengambil masa 2 jam 30 minit. Sesampai di KKIA ada placard tertera nama abam kie dan nama sekolah. Terasa macam selebriti pulak! Rupa2nya itulah En. Rosleh, kerani SMK Majakir, Papar di mana Abam Kie bakal melapor diri. En. Rosleh membawa Abam Kie ke sekolah. Kami sampai pada jam 2 pm. Masa tu waktu persekolahan sesi pagi dah tamat. Ingat nak jumpa pengetua tapi dia dah pulang.
Selepas singgah di sekolah, En Rosleh membawa Abam Kie ke rumah sewa di Taman Sinaran yang terletak di belakang Hospital Papar. Rumah ni kosong selepas guru sebelumnya berpindah ke Putatan. Rumah ni fully-furnished. Abam Kie masuk bawa kain baju je. X perlu risau nak beli perabot dan alatan letrik bagai. Abam Kie tinggal sendirian di sini selama 1 tahun lebih sebelum housemate masuk.
Foto di atas menunjukkan Abam Kie menerima hamper cabutan bertuah dari Tuan Pengetua, Tn Hj Pengiran Matussin semasa Makan Malam Tahunan SMK Majakir yang diadakan di Beringgis Beach Resort. Hmmm.. masa ni kurus bebenor. Rasanya ni pada akhir Nov 1998. Bila balik berpindah ke Kelantan pada Jun 2001 rasanya dah gemuk sikit.
Foto di atas menunjukkan Abam Kie bersama guru2 Panitia Bahasa Inggeris. Dari kiri Miss Jessy Muin, Puan Rahipah Abd Jalil, Cik Dayang Nazirah dan Puan Nur Mahani. Masa mengajar di sana bilangan guru opsyen Bahasa Inggeris mencukupi sama ada di menengah rendah, atas dan tinggi. Alhamdulillah. Tapi bila balik Kelantan bilangan cikgu opsyen TESL memang terhad! Sabar je la.
Semasa duduk di Papar dulu, Abam Kie selalu gak ajak anak2 murid makan2 di rumah. Biasanya mereka akan tolong masak sekali. Lepas tu kami menjamu selera dan berkaraoke. Tengok tu ada mini-hifi yang abam kie beli di Kompleks Karamunsing. Seronok betul remaja ni makan dan menyanyi. Abe Kie tumpang gembira je. Murid2 ni SPM batch 2000. Biasanya abam kie memasak tomyam dan menu Thai buat mereka. Pada masa tu amat jarang ni jumpa restoran masakan Siam di Papar. Mungkin sekarang ni banyak dah kot?
Setelah berkhidmat selama 3 tahun 8 bulan di Papar, Sabah akhirnya Abam Kie berjaya ditukarkan ke negeri tanah tumpahku iaitu Kelantan. Kali ini abam kie ditempatkan di SMK Ayer Lanas dalam jajahan Jeli. Abam Kie isi borang pindah pada Jun 2000. Sungguh tak disangka semasa cuti penggal akhir tahun berkenaan, En Rosleh menelefon dan memberitahu permohonan pindah Abam Kie sudah berjaya. Abe Kie mohon pindah sebab arwah ma sedang sakit pada masa itu. Kalau diikutkan hati tak nak balik lagi sebab happy dok Sabah. Hah! Dulu mati2 x nak pi. Bila pi x nak balik pulak! Tapi demi menjaga ibu tersayang maka abam kie memohon balik Malaya. Alhamdulillah. Dapatlah menjaga ma sebelum dia meninggal dunia pada Mac 2002. Sesungguhnya perancangan Allah itu yg terbaik buat hambaNya yang lemah ini.
Semasa mengajar di SMK Ayer Lanas ni tak ada sangat foto kenangan. X berfoto mana sbb tempat sendiri kan? Lagi pun tahun 2001 ke 2003 tu kena guna Kodak roll lagi. Malas nak beli. Yg ada foto di atas masa bersiap2 nak ke sekolah je. Abe Kie menyewa di Tanah Merah. Nak ke sekolah tu dekat 38 km gak. Kul 6.40 am dah start kereta. Kami berkongsi kereta masa tu. Jimat la sikit.
Abam Kie x lama di SMKAL. Pada 6 Januari 2004 abam kie berpindah ke SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2, Tanah Merah. Dekat sangat la ni. 5 km lebih je jaraknya. Sekolah ini dibina pada tahun 2002. Abe Kie masuk 2004. Kebetulan sek ni tiada guru opsyen TESL. Maka abam kie dan Kak Pah Naina dihantar ke sini untuk meningkatkan prestasi subjek BI pd peringkat SPM dan PMR. Tapi Kak Pah kembali ke sekolah lamanya pada awal 2008. Abe Kie je setia di sini.
Ni foto masa persaraan tuan pengetua YM Raja Yaacob pada thn 2005. Umur Abam Kie baru 32 thn. Segak dan jambu lagi rasanya. Hehehe. Ambik kesempatan posing depan jeep.
Kat sekolah sekarang Abam Kie menjadi ketua guru penasihat pasukan olahraga sekolah sejak 2006. Ada banyak pingat dan trofi yang berjaya kami guru2 dan atlet2 perolehi. Biasalah prestasi sukan ni. Ada tahun tu menang banyak pingat emas sebab ada ramai atlet berkebolehan. Tapi ada tahun2 tertentu sikit je dapat pingat emas kerana tiada atlet yg mampan dan unggul. Gambar di atas tu semasa tahun 2009. Sekolah abam kie ni antara top three di Tanah Merah dalam olahraga MSSD.
Kat sekolah ni abam kie jadi guru biasa je bergred DG52. Cuma tinggal dua tahun lagi untuk mencapai gred DG54 iaitu gred terakhir dalam perkhidmatan pendidikan. Jika panjang umur, pada usia 51 tahun akan dapat la gred DG54 tu. Kalau kementerian lain, gred 54 ni dah jadi pen pengarah di negeri atau Putrajaya. Jadi boss dan ada kuasa. Tapi kalau guru, gred dan gaji je tinggi tapi tetap mengajar di sekolah. Cuma ada kuasa kat murid2 je.
Niat hati tu nak bersara pada usia 58 tahun atau pun bila mencapai 34 tahun perkhidmatan. In Shaa Allah, semoga Allah panjangkan umur abam kie ke tahap itu. Tak perlulah kerja sampai 60 tahun. Cukup2lah bekerja. Bagilah peluang kpd generasi muda plak. Baik abam kie habiskan usia tua untuk beribadat kepada Allah. Itu lebih penting. Dok gitu?
Terima kasih kerana sudi membaca coretan pengalaman abam kie selama 25 tahun di dalam dunia pendidikan. Harapnya kawan2 'enjoy' membacanya.
7 Comments
boleh tulis buku catatan kenangan sebagai guru tu
ReplyDeleteSeronok baca cerita Abam Kie bersama gambar. Nostalgia.
ReplyDeleteBest tengok pengalaman Abam Kie... Ayah LeYa pun seorang guru. Tapi lama dah bersara. Semoga apa yang abam kie hajati tercapai...
ReplyDeletealhamdulillah semoga terus menjadi pendidik. thn 97 baru masuk darjah 1
ReplyDeleteSeronok baca kisah perjalanan Abam Kie sebagai warga pendidik.
ReplyDeleteAaaminn... semoga tercapai impian bersara cikgu
tahniah abe.. xjauh beza abe masa muda dgn skrg inilah awet muda namanya
ReplyDeleteTahniah Abam Kie..
ReplyDeleteSemoga segala perancangan Abam Kie dipermudahkan.. Aamiin..
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.