5 maklumat penting bank yang perlu dirahsiakan
Sejak kebelakangan ini, ada banyak kes melibatkan kecurian wang simpanan berlaku. Ada yang dicuri setelah memuat turun aplikasi palsu, ada yang menjadi mangsa melalui panggilan dan ada juga yang tidak sengaja berkongsi mesej nombor TAC yang diterima. Orang ramai sering dinasihatkan untuk tidak kongsikan maklumat perbankan kepada orang lain untuk mengelak kejadian ini dari berlaku. Tapi, secara terperincinya, apa sebenarnya maklumat penting bank yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai? Ini 5 perkara mengenainya yang perlu anda ingat dan tahu.
1. Nombor kad
Jangan kongsikan nombor kad ATM debit atau kredit pada orang lain apatah lagi berikan kad itu kepada sesiapa. Ini membolehkan scammer mendaftar atau menukar maklumat perbankan internet anda tanpa anda sedar. Selain kehilangan wang simpanan, lagi takut jika scammer guna bank anda untuk buat aktiviti scam. Nanti, anda pula yang akan dihadapkan ke mahkamah dan didakwa membuat jenayah itu.
2. Nombor Pin kad
Sama juga seperti nombor kad ATM, jika anda dedahkannya duit anda boleh dicuri dan scammer juga berpeluang daftar atau tukar maklumat perbankan internet anda sewenang-wenangnya. Kalau anda sayangkan duit simpanan anda, rahsiakan nombor pin dan jangan dedahkannya dimana-mana.
3. Jangan daftar nombor orang lain semasa membuka akaun
Anda tahu tak, dengan mendaftarkan nombor telefon orang lain semasa pembukaan akaun, ia boleh menyebabkan anda kehilangan wang dalam akaun bank anda itu? Lebih-lebih lagi jika nombor telefon itu adalah milik scammer. Suspek boleh daftarkan perbankan internet tanpa pengetahuan anda. Nombor TAC juga akan dihantar ke nombor telefon scammer. Jadi, guna maklumat sendiri apabila membuka akaun simpanan.
4. Nombor TAC/OTP
Janga serahkan nombor TAC/OTP pada scammer. Mereka boleh ambil alih perbankan internet anda dan pindahkan wang ke pihak ketiga. Jadi, jika anda ada terima panggilan kononnya nombor TAC individu itu tersalah hantar ke nombor anda, abaikannya sahaja. Sudah pasti itu adalah cubaan untuk mencuri wang simpanan. Kemaskini nombor telefon jika ia berlaku.
5. ID & kata laluan
Mungkin ada individu yang menyamar menjadi pegawai bank hubungi anda, kemudian minta maklumat ini dari anda. Ingat, jangan kongsi ID dan kata laluan akaun bank dalam talian anda kepada sesiapa pun. Jika tidak, sudah tentu akaun anda dengan mudah akan diakses oleh orang lain.
Jangan dedahkan maklumat perbankan anda kepada mana-mana pihak sama ada secara bersemuka atau melalui panggilan telefon. Tolong rahsiakannya meskipun kepada individu yang anda percayai. Pihak polis juga tidak akan minta 5 maklumat perbankan ini daripada anda bagi tujuan siasatan. Jika anda rasa seperti maklumat bank terdedah atau digodam, hubungi pihak bank segera untuk mereka lakukan sekatan. Hubungi nombor telefon bank yang tersedia di belakang kad. Dengan menjaga maklumat ini, anda boleh elak dari kehilangan wang simpanan dan boleh juga terhidar dari menjadi mangsa scam.
Ada banyak taktik yang digunakan penjenayah siber untuk mencuri wang mangsa. Maka, anda harus berjaga-jaga. Ketahui lebih lanjut mengenai jenayah scam melalui kisah mangsa ini yang telah kehilangan lebih RM18 ribu dalam masa yang singkat setelah dia muat turun satu aplikasi diluar gedung aplikasi rasmi.
SUMBER: SOYACINCAU (BAHASA MELAYU)
16 Comments
yezza...maklumat bank ni sgt bahaya, memang kena rahsia kan sgt
ReplyDeleteYa, Ramai orang terlepas pandang isu sebegini. Last2 jadi mangsa scammer. :(
ReplyDeleteSy paling risau bab ni, Abam Kie. Maklumlah, duit banyakkkk, hahaha.
ReplyDeleteterima kasih untuk ingatan ini cikgu, moga kita tak terpedaya oleh scammer durjana ni
ReplyDeleteterima kasih perkongsian maklumat
ReplyDeleteMemang tidak patut guna nombor telefon orang lain untuk daftar.
ReplyDeletesetuju Abam Kie. Zaman skrg scammer sgt licik dan guna pelbagai helah nak dapatkan informasi dlm artikel ni. Kita kena sentiasa berwaspada bila dpt panggilan / sms bertanya tentang akaun bank kita.
ReplyDeleteLeYa pernah kena dah. Terus block dan buat ID baru and tukar kad baru
ReplyDeleteMasih ramai yang kena perdaya oleh scammer
ReplyDeletegood sharing a.kie..:)
ReplyDeleteSekarang ni banyak scammer. Berhati-hatilah
ReplyDeleteScammer sekarang pandai nak curi duit orang. Yang peliknya tu, curi duit orang kebanyakan macam kita. Cer curi duit menteri ke kan, ada juga faedahnya. Hehe.. ooopss..
ReplyDeletelagi privasi...maka lagi bagus
ReplyDeletekalo beri no pin kad pd orglen mmg problem besar tu., huhuhu
ReplyDeleteSuami saya kerja di CIMB sebagai fraud prevention. Dia sering kliling ke seluruh cabang CIMB Indonesia untuk selalu remind staffs untuk menjaga data2 pribadi dan jangan meng klik link apapun yg tidak jelas. Diharapkan para staffs yang sudah mendapat training, bisa melanjutkan utk remind nasabah mereka agak tidak ceroboh memberikan data2 ke siapapun.
ReplyDeleteMemang ngeri scammers nih. Sekali kena, susah utk proses kembalikan uang. Bahkan terkadang bank tidak mau tanggung jawab, apalagi kalo itu kesalahan nasabah memberikan data2 ke scammers
Terima kasih atas perkongsian info ini..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.