Kelebihan guna kad kredit berbanding kad debit
Assalamualaikum. Pada hari ini, Abam Kie ingin berkongsi kelebihan guna kad kredit berbanding kad debit berdasarkan pengalaman guna 3 kad kredit.
1. Anti scam. Kalau kad debit, boleh kena scam. Sebanyak mana duit dalam akaun, sebanyak itulah risiko kena scam ada. Set limit? Haha, scammer gelak je.
Kad kredit? Kalau kena scam, kita call customer service, bagitau ada unauthorized transactions, nanti dia refund balik duit tu.
2. Isi minyak, guna kad kredit duit tak kena hold. Kalau perasan, bila guna kad debit, duit kita kena hold 2,3 hari, dalam RM100 ke RM200.
3. Belanja dapat reward. Ikutlah jenis kad kredit apa anda pilih.
Ada yg bagi point, ada bagi yg rebate.
Saya punya kad kredit sebelum ni, dia bagi point.
Pernah satu2 masa tu, point kad saya ada dekat 100K.
Seller yg acuh tak acuh layan saya pada awalnya, bila tengok point sy banyak, tiba2 layanan jadi ok pulak. hahaha. dunia...dunia... :)
Rebate kena tengok lah, apa tawaran yg ada. Ada bg rebate cap dekat RM50 sebulan, ada yg unlimited. Setakat ni, pengalaman sendiri, cash rebate paling best sy pernah dapat ialah 5% daripada penggunaan.
Secara peribadi, saya suka rebate daripada point. Point tu, tak banyak tempat boleh tebus. Bila tebus pun, rasa macam rugi je, sebab harga barang yg dia bagi tebus tu, boleh dapat lebih murah kat tempat lain.
4. 20 hari bebas interest. Lepas guna kad kredit, kita ada masa 20 hari untuk bank start caj interest kat kita. So, kalau guna kad kredit ni, sebagai pengganti cash, memang sangat berbaloi.Biasanya, apa saya buat ialah, bayar guna kad kredit, bila hujung bulan, terus bayar habis.
Ibarat, dapat pinjam duit free selama 20 hari.
Kad kredit ni, macam pisau. Berguna, tapi pada masa yg sama berbahaya.
Antara bahaya kad kredit paling besar ialah OVERSPENDING !
Ini adalah pandangan tak popular.
Kalau perasan, dalam kelebihan kat atas tu, saya tak sebut langsung tentang installment, bayar ansur2 kan?
Kenapa? Kerana, pada saya, installment kad kredit ni, sebenarnya adalah salah satu jerat kad kredit.
Ia akan buat kita overspend, buat kita tak rasa bersalah tambah hutang.
Been there, done that. :(
Jadi, kalau baru nak pakai kad kredit, tolonglah berjanji kat diri sendiri, takkan guna kad kredit untuk buat installment.
Maaf cakap, tapi pada saya, kad kredit ni bagus pakai, kalau ada duit.
Kalau takde duit, please jangan guna kad kredit. Akan menjerat diri ke lembah hutang yg sangat dalam. (Kad kredit punya caj sangat tinggi, 18% setahun, dengan kiraan harian - daily rest)
Bila kata ada duit, saya bukan merujuk kepada status. Tak, tapi kemampuan, untuk bayar sesuatu barang secara tunai.Kalau boleh beli tunai, baru sesuai pakai kad kredit.
Ada 2 jenis orang yg guna kad kredit.
- Orang bijak mempergunakan kad kredit.
- Orang kurang bijak, dipergunakan kad kredit.
ps : bg orang Islam, pilih kad kredit yg patuh syariah, OK? Kita tak nak terpalit dengan dosa riba.
Wallahualam;
Credit to Raja Kamil
10 Comments
Pilih yang tiada faedah.
ReplyDeleteItulah ikut kesesuaian dan tujuan guna.
alamak i olls yang kategori kais pagi mkn pagi ni memilih utk beli secara tunai atau guna debit card aje sbb itu je yg mampu ehehehe
ReplyDeleteSaya juga lebih suka pakai credit card daripada debit. Adakalanya debit card tuh tak bisa dipakai Krn masalah sinyal atau apalah. Sementara credit card selalunya lancar jaya.
ReplyDeleteDan pernah saya pakai debit card, trust tak sadar kalo dananya di hold. Jadi pas esoknya mau transfer uang, direject, padahal dana ada. Sampai bingung saya kenapa. Hubungi HSBC , eh ternyata dana di hold dari pemakaian kemarin🤣🤣🤣.
Benaaar Abang, pakai CC ini haruslah bijak. Jangan mentang2 bisa pakai, langsung bablas limit habis. Trus tak bisa bayar 😅. Kalopun terpaksa berhutang dengan CC, jangan pernah lebih dari 30% instalment nya dari total income kita.
Saya suka pakai CC Krn sering ada promo dengan maskapai2 yang sering saya pakai. HSBC sendiri kerjasama dengan Singapore airlines, Japan airlines, ANA airlines. 3 maskapai tuh sering saya pakai jika traveling. Jadi poin yg saya dapat bisa diconvert ke miles maskapai2 tadi.
Tak mampu lagi rasanya nak pakai kad kredit ni.. masih memilih bayar cash or kad debit je.
ReplyDeleteSaya prefer debit card. Dulu² masa memula dalam bidang pekerjaan je pernah sekali guna kad kredit pasal terpengaruh pada trend.. sekarang dah lama tak guna kad kredit
ReplyDeleteKalau orang macam Sha memang tak sesuailah pakai kad kredit.. naya sebab overspend.. huhuhu..
ReplyDeletemujur belum ada kad kredit kalau xtentu dipergunakan kad kredit sbb sonok berbelanja
ReplyDeletetak pernah ada kad kredit lagi
ReplyDeleteorang kuat iman boleh...saya mudah goyah imn untuk berbelanja lebih...jadi kad kredit bukan terbaik untuk saya
ReplyDeleteselalu guna kad debit je, memang x guna kad kredit.. tak berani
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.