Pertemuan dengan kawan lama dari Universiti Malaya
Assalamualaikum. Beberapa hari sebelum cuti Maulud Nabi, aku menerima mesej Whatsapp dari seorang sahabat lama yang ku kenali semasa menginap di Kolej Kediaman Za'ba, Universiti Malaya pada tahun 1993 - 1995 dahulu. Sahabatku itu bernama Sholehan bin Rabun yang mengambil jurusan Ekonomi manakala aku mengambil TESL. Usia kami sebaya iaitu 49 tahun. Dia berasal dari Kampung Tebuk Mufrad, Sabak Bernam, Selangor.
Rasanya kali terakhir kami berjumpa pada tahun 1997 semasa aku di tahun akhir. Selepas konvo aku tidak lagi berjumpa dengannya. Ada la beberapa tahun lepas kami sama2 jadi 'kawan' di FB. Tapi setakat itu je la. Cuma ada la komen status jarang-jarang sekali.
Dia menyampai niatnya untuk berjumpa dengan ku bila dia balik ke rumah mentuanya di Selising, Pasir Puteh. Tak pula dia bagitahu sebelum ni yang isterinya adalah rakan sekolej dulu. Isterinya adalah seorang ustazah yang bertugas di JPN Negeri Sembilan.
Jadi pada petang hari Ahad, 12 Rabiaulawal 1444, Sholehan datang berkunjung ke rumahku di Tanah Merah. Sudah lebih suku abad kami tidak bersua muka. Mujurlah dia mengambil inisiatif untuk menjejaki kawan2 lamanya. Bukan aku seorang je dia berjaya cari. Ramai lagi la yang dia masih 'contact'. Tahniah sahabat!
Jadi pada petang tersebut kami berbual2 sambil minum Nescafe dan makan pisang goreng. Bercerita tentang kisah2 lama sejak keluar UM. Rupa2nya dia adalah orang kuat Alliance Insurance di Seremban 2 tu. Dia pandu pun SUV Mercedez Benz. Tak mampu aku beli! Cuma boleh pakai Proton Preve ini je.
Selepas hampir 1 jam berborak dan hari pun nak masuk Maghrib maka dia pun bertolak balik ke Pasir Puteh sambil menempuh kesesakan jalanraya yang kerap terjadi setiap kali ada cuti di Kelantan. In Shaa Allah, jika ada kesempatan kami akan berjumpa lagi.
11 Comments
syok jumpa kawan2 lama ni..:)
ReplyDeleteRajinnya kawan Abam Kie menjejaki rakan-rakan yang lama tidak ditemui. Harap silaturrahmi tidak terputus.
ReplyDeleteSejak ada fb, ramai kawan lama kita dah jumpa balik, kan Abamkie.
ReplyDeleteAlhamdulillah bhgianya dpt bertemu shbt lama
ReplyDeleteFB jadi penghubung jejak kasih dgn sahabat lama. alhamdulillah rajin beliau cari semula jumpa sahabat lama.
ReplyDeleteWalaupun dah lama meninggalkan alam university tapi masih keep in touch.. syukur alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga silaturrahim terus berkekalan.
ReplyDeleteSenangnyaaa abam lie bisa ketemuan lagi dengan teman lama. Seru pasti ngobrol2 tentang apapun setelah sekian lama tak jumpa Yaa 😊. Saya pun rindu dengan teman2 semasa belajar Kat Penang. Dah banyak yg lost contact :(
ReplyDeletebertemu kawan lama adalah best. terutama kawan campus ek. setelah lama x jumpa, confirm 1001 cerita nak kongsi. throwback la. kisah kerja la. kisah anak la, kan... best!
ReplyDeleteLaa, geng UM rupanya. Kami pun grad UM, batch 93-97. :D
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga ukhwahnya bertambah erat.. Aamiin..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.