Bahaya Perut Boroi Dan Cara Merawatnya
Istilah perut boroi atau buncit apabila terbentuk perut meninggi melebihi 1½ inci.
Puncanya lemak berkumpul hasil pengambilan gula pasir dan gula pemanis yang diproses.
Lemak berkenaan mula menyaluti organ seperti arteri, usus, pankreas dan hati.
Lemak yang menyaluti hati jika tidak dirawat akan menyebabkan penyakit sirosis (Hati ada calar).
Keadaan ini mengakibatkan 500 fungsi kerja hati terganggu.
Gangguan ini akan mengundang pelbagai penyakit keatas organ lain seperti kulit, mata, telinga, otak, jantung, buah pinggang, usus dan hempedu.
Hati yang rosak akan menyebabkan penyakit seperti kardiovaskular, kanser, diabetes dan hipertensi.
Hormon stres kortisol jika tidak dikawal juga penyumbang kepada masalah perut boroi dan obesiti.
Nota Panduan masalah boroi.
1. Elakkan makan antara makan
Amalan kudapan merbahaya kesihatan perut. Insulin akan sentiasa dikeluarkan tanpa henti dan gula yang tidak sempat untuk huraikan akan disimpan sebagai lemak di bahagian abdomen.
2. Makan berat tidak boleh melebihi 3 kali sehari.
3. Elak makan sayuran atau kekacang yang menyebabkan alahan seperti kembung.
4. Gula penyebab utama perut boroi. Biskut, kuih-muih, air manis dan aiskrim meningkatkan insulin dan menyebabkan inflamasi kepada usus, hempedu, hati dan arteri.
5. Minyak “deep fry” tinggi omega-6 antara penyebab inflamasi dan buncit.
6. Makan berlebihan. Hidangan buffet penyebab buncit. Biasa makan 1kg ke atas.
7. Jangan makan selagi tidak rasa lapar.
8. Makan sehingga sendawa dikira sudah berlebih.
9. Tidur tidak mencukupi juga penyebab boroi atau buncit. Semasa tidur hormon pemecah lemak bertindak menghancurkan lemak.
10. Ambil sedikit protein dari telur dan daging . Ambil protein dari sayuran, rumpai laut dan buah-buahan kerana boleh dicerna dengan cepat.
11. Senaman ringan atau berkebun antara 30 minit hingga 1 jam. Senaman mesti 25 minit keatas supaya lemak mula dipecahkan.
12. Jauhkan telefon atau peranti elektronik dari badan. Gelombang peranti elektronik mengganggu tindakbalas kimia memecah lemak semasa tidur.
13. Makanan dari kedai makan mengandungi bahan gula, perasa dan lemak tepu sangat mengancam kesihatan organ badan.
14. Senaman intensiti tinggi akan merosakkan otot dan menyebabkan buncit.
15. Sembelit menyebabkan buncit..
16. Pengambilan air putih yang mencukupi, buah-buahan, sayur-sayuran dan air kopi tanpa gula. Berhati- hati kopi yang diproses biasanya siap digoreng dengan gula dan lemak tepu mentega.
17. Kawal protein bawah 600gm, dan lazimi makanan berserat tinggi seperti minyak kelapa, minyak Zaiton, minyak sanca inchi, buah avocado, chia seed dan kacang ginjal.
Sumber: Apabila Minda Berbicara
6 Comments
Lagi bahaya kalau tak mahu dengar nasihat kurangkan gula, Abam Kie.
ReplyDeleteMarilah beramai-ramai trim boroi itu
ReplyDeleteAlamak.. Saya suka makan.. Susah nak jaga perut.. Hihi
ReplyDeletenak kempiskan boroi petua dulu2 lumur dgn asam jawa campur kapur makan sikit diperut n bungkus perut dgn kain...seeloknya jagalah makan minum
ReplyDeleteSyarat pertama nk diet kena jauhi gula putih kan? Tp itulah yg susahnya.. tp kena try jugak... hendak 1000 daya itu yg sy selalu pesan en suami
ReplyDeleteUish.. Tidur tak cukup pun boleh boroi..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.