Rahsia orang Cina bina kekayaan
Kaum Cina sudah sememangnya terkenal dengan kekayaan ekonomi yang melimpah-ruah. Mereka menguasai ekonomi di negara2 yang mereka menetap termasuklah di Malaysia dan Asia Tenggara. Pada kali ini Abam Kie ingin berkongsi rahsia orang Cina membina kekayaan. Sila baca sampai habis ye....
1. Bantu adik-beradik.
Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama - sama adik beradiknya.
Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import.
Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.
Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground.
Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami.
Kami pegang prinsip, - "if you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together."
2. Harta yang ada dikembangkan.
Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Hahaha. Sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.
Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun.
Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga.
Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata.
3. Gembira atas kejayaan orang lain terutamanya ahli keluarga.
Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya
dalam perniagaan kepada bisnes owner tu.
Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes.
Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents.
Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.
Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.
Even ada je dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan.
Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada & lagi mereka sebarkan kpd kenalan yg ada.
4. SAVE dulu baru spend.
Duit yg dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je dlm bank termasuk dengan insurans.
Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.
Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yg menguntungkan berbanding unit trust atau FD.
So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB.
5. Tak suka berhutang
Kami memang tak suka berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.
Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan.
Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo.
Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta.
Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.
Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal2, tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin.
Tu sebab org Cina sgt minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.
Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat - cepat settle kan hutang kereta tu.
✅ Sumber: Adam Kelvin
11 Comments
apa yang dikata semua betul berlainan dengan sifat segelintir orang kita bila senang berdengki bila susah dihina bila ada berboros bila sempit berhutang
ReplyDeleteberbelanja berhemah n ada pengiraan saling bantu adikberadik sifat terpuji yg patut dicontohi
ReplyDeleteNo 1 tu orang melayu agak susah nak buat dah. tak semua, tapi ada.
ReplyDeleteperkongsian yang menarik. benda baik kita ikut
ReplyDeleteOrang kita perlu pendedahan kpd ilmu2 kewangan supaya bukan setakat boleh urus aliran tunai dgn baik tapi juga pandai mengembangkan duit yg ada di tangan. Saya bab yang kedua tu belum lagi pandai.
ReplyDeletesebaik-baiknya jadi kaya dengan mengkayakan orang lain juga...
ReplyDeletenilai nilai yang diajarkan baik semua ya wak...terutama number 3....pantas banyak yang sakseis mengembangkan bisnisnya...
ReplyDeleteBetul semua yang cikgu kongsikan, macam ada 1 keluarga cina di kampung saya. Dia buka kedai runcit tapi dia cuma jual barangan harian biasa takde barang basah. Dari saya belum sekolah sampai sekarang dah 40 tahun kedainya sama je tapi orang sentiasa datang membeli di kedainya. Anak-anak nya pun duduk dengan dia,. tapi kami tahu dia ada banyak rumah dibandar.
ReplyDeleteFalsafah mereka 'cash is king'
ReplyDeleteBeneeeer banget nih bang. Papa saya kan juga orang business. Dari dulu, kami diajarkan cara orang Chinese itu bisa sukses, beberapa points di atas juga pernah dikasih tau papa saya. Tapi ada 1 lagi yg papa pernah cerita, orang Chinese itu sangaaaat menghormati orang tua dan moyang-moyang mereka. Orangtua yg masih hidup, mereka sayangin, mereka hormati dan dengarkan pendapatnya, atau pun kalo sudah meninggal, mereka ttp bangun kuburannya bagus, mereka tetap kasih penghormatan yg terbaik. Donasi atau sedekah mereka untuk kuil dll ga pernah sedikit. Selalu banyak. Dan aku yakin, itu juga jalan pembuka rezeki selalu melimpah kepada usaha dan keluarga mereka.
ReplyDeleteAku selalu percaya , selain effort dan hard work, penentu lain utk sukses itu juga doa orang tua, dan sedekah kita
Memang kena save dulu baru belanja..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.