Resepi Ayam Singgang Kelantan
BAHAN-BAHAN:Ayam
4-5 ulas bawang merah kecil*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
1 batang serai*
4 keping asam gelugor*
1 sb biji ketumbar*
Lada burung
4-5 tangkai cili kering*
3-4 cawan air
1 senduk budu
Garam
CARA MEMASAK:
1. Hiris bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, cili kering, lada burung, serai dan asam keping. Kemudian, tumbuk ketumbar dan serai.
2. Masukkan ayam ke dalam kuali, kemudian masukkan semua bahan yang dihiris dan ditumbuk tadi.
3. Gaul rata sehingga sebati.
4. Masukkan budu, garam, gula dan gaul hingga sebati.
6. Gaul sehingga masak. Jangan lupa rasa. Bila dah cukup rasa, boleh tutup api. Siap!
Teringat masa kecil dahulu pada tahun 70 - 80an, arwah Ma selalu memasak gulai singgang ayam kampung. Biasanya pada malam Jumaat, kami adik-beradik kena tolong ayah tangkap ayam. Bila berjaya tangkap, kena kurung ayam tersebut di bawah 'perukop' ayam. Esok pagi barulah ayam itu disembelih. Lepas sembelih, kena rebus ayam itu untuk memudahkan proses mencabut bulu ayam. Selepas dicabut bulu, kena layurkan di atas api. Kemudian kena potong ayam itu sebelum dibersihkan dan dimasak. Susahkan nak makan ayam pada zaman dahulu?
Kredit resipi & foto: Myra Edora
12 Comments
aida pernah buat ni sekali, AbeKi.
ReplyDeletesedap! x ulang buat lagi sebab budu xde :) hi hi hi...
x pasti la rasanya tu sama x dgn org kelate yg buat.
ikut tekak aida & famili, sedap :) ha ha ha ha...
rumah arah atok sy ada juga perukop ayam. susah zmn dulu nak mkn ayam. zmn skrg mudah semua order je
ReplyDeleteNampak sedap ni abang Kie.. bolehlah cuba nanti.
ReplyDeleteSinggang ini guna budu. Tengok bahan mudah sahaja.
ReplyDeleteTerima kasih resepinya, terasa nak cuba buat pula ni
ReplyDeletesedap ni a.kie..bru bru kerutuk aye kg..:)
ReplyDeletesedap ayam masak senggang cara kelantan rajin cikgu
ReplyDeleteKecur pulak kita tengok Singgang Ayam. Biasa nampak Singgang Ikan aje.
ReplyDeleteSaya biasa masak singgang tak letak budu. Nanti boleh try. :)
ReplyDeletewaa nampak sedap sgt tu abe
ReplyDeletesaya biasa buat singgang daging singgang ayam belum pernah cuba
ReplyDeletePergh!! Mengancam dan nampak sedap.. mudah pula tu..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.