4 Pilihan Hotel Terbaik di Penang Yang Sesuai Berbulan Madu
Sekiranya anda sedang mencari tempat untuk berbulan madu, Pulau Pinang adalah salah satu destinasi yang anda boleh pertimbangkan. Terdapat banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan disini untuk mengeratkan lagi hubungan anda dengan pasangan.
Umumnya, ramai yang suka meluangkan masa bercuti di
Pulau Pinang kerana negeri ini mempunyai keunikannya tersendiri. Ia dikenali
dengan budayanya yang pelbagai, masakannya yang unik dan sedap-sedap, alam
semulajadinya yang indah (bukit, pantai, pulau), tempat-tempat bersejarah yang
diiktiraf oleh UNESCO, dan pelbagai lagi.
Sehubungan dengan itu, Pulau Pinang sememangnya wajib menjadi destinasi pilihan untuk anda kunjungi. Jangan lupa untuk membuat tempahan hotel seawal mungkin terutamanya apabila anda bercadang untuk berbulan madu pada musim cuti sekolah, cuti umum atau cuti perayaan. Silap hari bulan, semua hotel penuh!
Jadi, untuk memudahkan anda, ikuti perkongsian di bawah bagi mengetahui beberapa pilihan hotel Penang terbaik untuk melengkapkan bulan madu anda.
Jom baca!
Pilihan Hotel Terbaik di Penang
1. Flamingo Hotel Penang
Flamingo Hotel Penang adalah merupakan hotel
bertaraf 4 bintang yang terletak di Tanjung Bungah iaitu sebuah destinasi
diantara Batu Ferringhi dan juga Georgetown. Walaupun bertaraf 4 bintang, namun
harganya sangat berpatutan.
Apa yang menariknya, hotel ini terletak betul-betul berhadapan dengan sebuah pantai. Pengunjung boleh pergi ke pantai tersebut pada bila-bila masa tanpa perlu bersesak sesak dengan orang ramai kerana pantai tersebut hanya dibuka untuk tetamu hotel. Selain itu, pantainya juga sangat bersih kerana dijaga dengan baik oleh pihak pengurusan hotel.
Setiap biliknya dilengkapi dengan kemudahan asas untuk
keselesaan tetamu. Tetamu boleh memilih pakej bilik yang turut menyediakan
kemudahan sarapan pagi. Menurut beberapa review, sarapan di hotel ini memang
terbaik!
2. Cheong Fatt Tze Mansion
Cheong Fatt Tze Mansion ataupun dikenali sebagai The Blue Mansion adalah merupakan salah satu hotel butik yang mempunyai rekaan dalaman dan juga konsep yang sangat menarik. Ia menggabungkan seni bina Hakka dan Teochew. Hotel ini telah dibina pada penghujung abad ke-19. Fuh, memang bersejarah!
Untuk pengetahuan anda, hotel ini pernah memenangi anugerah UNESCO dan menjadi lokasi penggambaran filem kerana konsepnya yang menarik. Setiap sudut hotel boleh menjadi tempat bergambar untuk anda dan pasangan.
Lokasinya yang strategik juga menjadi bonus poin untuk tetamu yang menginap di sini. Anda boleh pergi ke beberapa tempat menarik dengan hanya berjalan kaki kurang daripada 15 minit. Antara tempat menarik yang anda boleh kunjungi ialah Muzium dan Galeri Seni Negeri Pulau Pinang, Kubu Cornwallis dan kuil Khoo Kongsi.
3. Macalister Mansion
Tersergam indah seperti sebuah bangunan di luar negara, Macalister Mansion adalah merupakan sebuah rumah agam kolonial yang telah dipulihara untuk menjadi sebuah hotel butik dan masih mengekalkan seni bina dan keunikannya. Tahukah anda, bangunan tersebut sudah berusia lebih kurang 100 tahun!
Memiliki bilik yang terhad (8 bilik), hotel butik ini memberikan anda privasi yang sememangnya sesuai untuk percutian bulan madu anda. Selain reka bentuk dan seni binanya yang mengagumkan, kemudahan (seperti kolam renang terbuka, restoran, kafe, bar, tempat letak kereta dan sebagainya) serta layanan yang diberikan juga terbaik.
Setiap tempahan akan mendapat sarapan pagi percuma yang disajikan setiap hari dari pukul 7 pagi hingga pukul 10.30 pagi. Tetamu boleh menggunakan pengangkutan ulang-alik ke lapangan terbang dengan surcaj.
4. Royale Chulan Penang Hotel
Royale
Chulan Penang Hotel adalah merupakan salah satu hotel bertaraf 4 bintang yang
menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pengunjungnya. Ia mempunyai
reka bentuk bangunan kolonial yang moden dan mewah.
Sebahagian daripada bangunan hotel ini adalah merupakan bangunan warisan yang telah dibina sejak 1892 dan telah diperbaiki untuk mengekalkan ciri-ciri keunikan dan reka bentuknya. Sekiranya anda datang untuk berbulan madu, anda boleh tempah bilik suite yang dilengkapi dengan sebuah tingkap besar untuk menikmati pemandangan pelabuhan yang tenang serta ruangan yang lebih selesa.
Untuk membuat tempahan hotel atau mengetahui lebih banyak pilihan hotel terbaik di Penang, anda boleh layari www.traveloka.com atau muat turun aplikasi Traveloka di telefon bimbit anda. Buat tempahan awal untuk mendapatkan potongan harga istimewa!
12 Comments
Insyaallah kalau tak ada aral melintang. Bulan 1 nak ke Penang pulak..
ReplyDeleteYes I Love Penang! Kecuali jalan jem dia. Haha
ReplyDeleteRoyal Chulan tu cantik sangat.
ReplyDeletexdepasangan lag..xleh nak g honeymoon..haha
ReplyDeleteHotel ini penting bersih, dekat dengan kemudahan dan harga.
ReplyDeletePenang byk hotel yg best2, saya paling suka mansion / banglo lama yang diubahsuai jadi butik hotel sebab saya mmg minat bangunan bersejarah. Tahun lepas nak book The Blue Mansion tu untuk percutian keluarga tapi fully booked pulak.
ReplyDeleteBoleh tambah satu lagi hotel mansion kat Georgetown - The Edison Georgetown. Memang terpukau bila duduk di sini:
https://www.coffeebreakwithme.com/2022/01/the-edison-georgetown-penang.html
Royal Chulan tu menarik dan cantik sangat.
ReplyDeletedi Penang, mmg heritage building dijadikan hotel...menarik interiornya..
ReplyDeleteCantiknya.. Kalau nak honeymoon lagi pun okay nie.. hehehe
ReplyDeletehotel mewah selesa n terbaik
ReplyDeleteDuuuh yang Cheong fatt Tze mansion saya teringin sangaaaaattt 😍😍😍. Baguuuuus kamarnya. Suka kalo hotel berkonsep butik begini.
ReplyDeletePenang itu second home buat saya bang. 4 tahun sekolah di sana, jadi suka rindu sangat dengan Penang. Ingat dulu tiap cuti kampus, dengan teman2 main ke batu feringghi. Makan pinggiran pantai. Dah lama saya tak balik Penang Krn pandemi. Pengen ajak anak2 kesana
bulan 5 nanti plan nak berjalan di minggu pertama tu.
ReplyDeleteada cuti umum 2 hari, kan.
thinking of CH, ipoh & penang. rindu Penang.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.