Akhirnya berjaya membeli kad Touch 'n Go Enhanced
Assalamualaikum. Abe Kie ni suka mengumpul kad biar pun kadang2 kad tu cuma dipakai sebentar sahaja. Contohnya kad debit bank. Susah2 gi bank untuk buka akaun simpanan. Dapat kad debit baharu. Lepas cukup setahun gi semula ke bank tu untuk tutup akaun. Sekarang ni lagi mudah nak buka akaun bank kerana boleh buat tanpa perlu ke bank. Cuma download apps bank tersebut dan guna MyKad sebagai pengesahan diri. Tak lama kemudian kad debit sampai la kat rumah. So easy, right?
Pada suku kedua tahun 2022 keluar pulak kad Touch 'n Go Enhanced yang boleh kita reload nilainya dengan guna handphone yang ada ciri NFC atau near-field-communication. Jika ada nilai di ewallet Touch 'n Go boleh je reload di mana2 sahaja. X perlu lagi ke stesen minyak atau 7-11. Selamat caj 50 sen tu!
Kadang2 terfikir kad ni x guna mana pun di Kelantan sebab di sini tiada lebuhraya bertol. Jika ke negeri2 pantai barat pun cuma sekali setahun. Tu pun jika pi. Tapi apalah sangat dengan situasi ini sebab nilai kad ni cuma RM10. Caj courier pun RM4.90 je. Rasanya berbaloi beli sebab bukan mudah nak dapatkan benda alah ni.
Abe Kie cuba berkali2 beli kad sama ada di e-wallet atau Lazada. Asyik gagal aje. Tak de stok katanya. Mujurlah pada satu hari tu Abe Kie terlihat link dlm group Telegram. Terus klik dan dibawa ke Lazada. Tak sangka pula dapat. Horay! Kalau kawan2 nak cuba nasib, sila klik link di bawah ini. Selamat mencuba ya!
TNG KAD NFC Restok! Korang kena cepat nanti habis! Cepat tekan link
12 Comments
dok pakai touch n go yg watson punya tu je
ReplyDeletepakai zing card yg link dengan credit card cimb.
ReplyDeleteCantik juga kad dia.. untuk penggemar kad memang berbaloilah..
ReplyDeletetak pernah beli sebab dapat kad touch n go free masa beli kereta myvi 12 tahun dulu, lepas tu kad watson pun ada touch n go memang sangat berguna sebab kl-selangor merata tol hahahha. Boleh digunakan juga untuk kad masuk pasaraya dan mall sekarang ni
ReplyDeleteRajin Abam Kie menambah kad. Hehe. Kalau saya kalau tidak guna sangat malas sedikit hendak mohon.
ReplyDeleteSo far belum beli lagi. Pakai sahaja kad yang lama. Tahan cari kiosk touch n go bila nak reload. Huhu
ReplyDeleteKad seperti ini di Indonesia pun terpakai sangat. Untuk bayar highway, transport bus trans J, commuter line, MRT, lrt dll. Juga bisa utk bayar di merchants kopi dll. Cukup 1 kartu bisa untuk semua 😄
ReplyDeleteBolehlah masuk lebuhraya bertol lepas ni
ReplyDeleteSaya pun jarang keluar ke tempat bertol.. jadinya, kad touch and go saya guna pada kad pengenalan saja.
ReplyDeletekalau duk kl mmg penting ada kad tu n nk jln jauh sesekali
ReplyDeletesama la kita abam kie, berbulan2 skodeng lazada nak beli bendalah ni asyik masuk wishlist je sbb out of stock. Awal bulan ni baru berjaya beli hehe.
ReplyDeletetahniah a.kie..:)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.