Assalamualaikum. Abe Kie ni suka mengumpul kad biar pun kadang2 kad tu cuma dipakai sebentar sahaja. Contohnya kad debit bank. Susah2 gi bank untuk buka akaun simpanan. Dapat kad debit baharu. Lepas cukup setahun gi semula ke bank tu untuk tutup akaun. Sekarang ni lagi mudah nak buka akaun bank kerana boleh buat tanpa perlu ke bank. Cuma download apps bank tersebut dan guna MyKad sebagai pengesahan diri. Tak lama kemudian kad debit sampai la kat rumah. So easy, right?

Pada suku kedua tahun 2022 keluar pulak kad Touch 'n Go Enhanced yang boleh kita reload nilainya dengan guna handphone yang ada ciri NFC atau near-field-communication.  Jika ada nilai di ewallet Touch 'n Go boleh je reload di mana2 sahaja. X perlu lagi ke stesen minyak atau 7-11. Selamat caj 50 sen tu!

Kadang2 terfikir kad ni x guna mana pun di Kelantan sebab di sini tiada lebuhraya bertol. Jika ke negeri2 pantai barat pun cuma sekali setahun. Tu pun jika pi. Tapi apalah sangat dengan situasi ini sebab nilai kad ni cuma RM10. Caj courier pun RM4.90 je. Rasanya berbaloi beli sebab bukan mudah nak dapatkan benda alah ni. 

Abe Kie cuba berkali2 beli kad sama ada di e-wallet atau Lazada. Asyik gagal aje. Tak de stok katanya. Mujurlah pada satu hari tu Abe Kie terlihat link dlm group Telegram. Terus klik dan dibawa ke Lazada. Tak sangka pula dapat. Horay! Kalau kawan2 nak cuba nasib, sila klik link di bawah ini. Selamat mencuba ya!

TNG KAD NFC Restok! Korang kena cepat nanti habis! Cepat tekan link
👉