Assalamualaikum. Pada petang 9 Dis lepas Abe Kie telah dihubungi oleh telemarketer Hotlink yang menawarkan plan Hotlink Postpaid kepada pengguna setia mereka. Memang Abe Kie dah 2 tahun guna plan Hotlink Unlimited dengan kelajuan 6Mbps. Bulan2 cuma bayar RM50 untuk dapatkan 50GB data. Memang berbaloi kan? Suka guna Maxis sebab liputannya meluas biarpun x dinafikan harga plan Maxis sedikit mahal berbanding telco lain. 

Satu lagi sebab Abe Kie kekal dengan prepaid Hotlink ni kerana dapat servis 'call forwarding'. Sekiranya panggilan x sempat dijawab, ia akan dihantar atau 'forward' ke talian lain. Macam Abe Kie, panggilan x terjawab akan diforward ke talian tetap rumah. Abe Kie dah cuba plan prabayar lain, memang x ada khidmat forward call ni.

Seterusnya plan Hotlink Unlimited ni memberikan akaun premium Viu dengan percuma sekiranya melanggan plan berharga RM50 dan ke atas. Jadi Abe Kie memang dapat la. Jadi isteri dan anak2 boleh menonton drama Korea setakat mana yang mereka mampu! Macam Abe Kie cuma suka menonton drama Viu Original seperti 'Hilang' yang sedang viral sekarang.

Antara sebab utama Abe Kie bertukar ke plan Hotlink Postpaid tu sebab kelajuan internet tu yang superb! Abe Kie test dgn www.fast.com. Mahunya speed sampai 150Mbps!Kalau yang terendah pun dalam 57Mbps yang pada pendapat Abe Kie masih laju lagi...

Bila Abe Kie test speed plan unlimited pula, seperti dijangka, speed di bawah 6Mbps. Sejujurnya speed selaju ini boleh je tengok Youtube HD. X de masalah. Lagipun pencawang telco cuma 100m dari rumah Abe Kie.

Dalam masa 2 jam penukaran plan telah berjaya dilakukan. Dengan plan pascabayar ni Abe Kie boleh guna dulu. Bila sampai sampai bil baru bayar!Jumlah data yang diperolehi dengan membayar RM40 sebulan (tidak termasuk SST 6%) ialah 25GB sahaja selama 12 bulan. Hmmm...gunalah dulu selama 1 tahun. Jika OK abe kie teruskan. Jika tidak, abe kie akan tukar ke plan lain, atau pun telco lain gitu!Bil akan dihantar ke emel berdaftar. Abe Kie juga mendaftar perkhidmatan autopay guna kad kredit Maybank. Jadi bila bil sampai, Maybank akan bayarkan dulu. Pas tu abe kie bayar kat mereka. Bukan mereka tolong bayarkan, ya! Hehehe...

Jadi demikianlah ulasan Abe Kie tentang plan Hotlink Postpaid ini. Sekian. Terima kasih kerana membaca sampai habis.