10 Tips Turunkan Gula Dalam Badan
Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya seiring dengan proses penuaan.
Berdasarkan garis panduan CPG di Malaysia, untuk pesakit kencing manis, bacaan normal bagi paras gula dalam darah ketika puasa ialah 4.4-7.0 mmol/L, manakala bacaan normal bagi paras gula dalam darah selepas makan ialah 4.4-8.5 mmol/L.
Menurut statistik daripada Institut Diabetes Negara (NADI), kira-kira 2.5 juta penduduk dewasa menghidap diabetes. Malah, data diperoleh NADI juga menunjukkan hampir separuh rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik itu.
Disini saya kongsikan 10 tips untuk turunkan gula dalam darah.
1. Melakukan senaman
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin.
Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul.
Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
2. Kawal pengambilan karbohidrat
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel.
Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah.
Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
3. Tingkatkan pengambilan makanan serat
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula.
Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah.
Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin.
Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
4. Minum banyak air dan kekal hidrasi
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.
Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
5. Kawal pengambilan kuantiti makanan
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
Makan kerap bukan makan banyak.
6. Pilih makanan kurang glycemic index
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat.
Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang.
Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Kawal tekanan dan tidur dengan cukup
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik.
Mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
8. Pantau tahap gula dalam darah
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
9. Amalkan makanan tinggi magnesium
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium.
Kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes.
Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang dan kekacang.
10. Turunkan berat badan
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes:
• Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan:
• Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan
Makanan yang boleh diambil secara bebas:
• Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
Bantu saya untuk kongsi info penting ini supaya lebih ramai yang tahu tips untuk turunkan gula dalam darah.
Sumber:
Dr. Ahmad Samhan
-Doktor Kecemasan Anda-
https://t.me/drsamhan
9 Comments
nice sharing...mencegah lbh baik dari merawati...
ReplyDeleteDah remaja purba ni memang kena kurangkan gula. Terima kasih kongsi tips Abamkie.
ReplyDeletegood sharing a.kie..:)
ReplyDeleteGodaan makanan manis dan karbohidrat yang sedap-,sedap.
ReplyDeleteItulah kena kawal.
Info yang bagus. Kena kurangkan minum air manis, dan lebihkan air masak.
ReplyDeleteinfo yg berguna utk penghidap kencing manis macam saya. tgh berusaha jaga makan ni.
ReplyDeleteterima kasih perkongsian info cikgu
ReplyDeleteDiabetes ini macam silent killer. Terkadang tak ada tanda2, tiba2 langsung tinggi. Teman saya kena, padahal masih muda. Sekarang sudah meninggal Krn akibat diabetes nya, komplikasi ke penyakit lain, lalu terkena covid pula :(.
ReplyDeleteSejak itu saya pun jadi sangat jaga makan, dan workout tak pernah lupa. At least 30 menit saja sehari. Minum pun dah tak pernah lagi yg manis2 , lebih suka mineral water
good sharing, peringatan bersama. tq!
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.