Kebaikan memakan beras basmathi
Beras basmathi, beras panjang dan sedikit mahal yang berasal dari India dan Pakistan memang sangat sesuai untuk korang yang nak diet kerana ia kurang kandungan glikemik dan karbohidrat. Selain itu, beras basmathi juga mampu memberikan korang rasa kenyang lebih lama. Selain manfaat ini, berikut Abam Kie kongsikan lima lagi manfaat kepada korang semua.
1. Melancarkan Sistem Pencernaan
Jika korang makan beras basmathi secara rutin ia membantu sistem pencernaan, Hal ini berlaku kerana beras basmathi mempunyai serat larut yang membantu pembersihan usus dan seterusnya melancarkan bahan pencernaan. Secara tidak langsung ia membantu mengatasi masalah sembelit.
2. Menjaga Kesihatan Jantung
Selain mencegah kanser, mengambil beras basmathi secara rutin baik juga untuk kesihatan jantung. Sebabnya, kadar kandungan lemak lemak tepunya lebih rendah berbanding berasa lainnya. Tambahan pula kandungan serat yang tinggi juga baik untuk kelancaran sistem kardiovaskular.
3. Mencegah Alzheimer Dan Demensia
Beras basmathi juga bagus untuk kesihatan otak, secara tidak langsung ia mencegah penyakit yang berkaitan dengan kesihatan otak seperti Alzheimer dan demensia. Kandungan 'tiamin' terkandung dalam beras ini membantu meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi dan juga membantu fungsi positif dalam sistem saraf.
4. Mencegah Pembentukan Sel Kanser
Tahukah korang bahawa kandungan serat dalam beras basmathi lebih dari 20% berbanding beras biasa. Dengan tingginya kandungan serat ia membantu mencegah sel kanser. Jika anda mengambil beras basmathi maka korang kuranag berisiko mendapat kanser, terutamanya kanser payu dara dan usus.
5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Selain menjaga kesihatan jantung, rutin mengambil beras basmathi juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi. terutamanya jika anda mengambil beras basmathi jenis perang kerana kandungan potassium dan magnesium yang terkandung dalam beras jenis ini. Jadi korang boleh amalkan beras basmathi dalam rutin diet korang.
Demikianlah faedah pengambilan beras basmathi. Memang harganya mahal. Tapi demi kesihatan tak salah sekiranya kita berhabis duit sikit kan?
6 Comments
saya selalu fail masak basmathi
ReplyDeleteBanyak manfaatnya beras basmathi ni
ReplyDeleteTapi harga kayanganlah pulok
Sedap makan betas basmathi ini.
ReplyDeleteItulah kena makan beras ini ganti beras biasa.
Saya cuba makan juga AbamKie tapi dia macam rasa tak kenyang. Bagus lah sebenarnya sebab tak banyak kanji
ReplyDeleteantara beras kegemaran saya nie....sihat dan sedap juga...tapi kalau jadi nasi biriani macam berminyak la pulak
ReplyDeletekalau masak nasi berasa, selalu guna beras basmathi ni...extra sedap
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.