Tingkatkan mutu perkhidmatan bas awam
Mutu perkhidmatan sistem pengangkutan bas awam di seluruh Malaysia harus dipertingkatkan oleh kerajaan agar orang awam akan menggunakannya sebagai pengangkutan utama.
Rakyat Malaysia lebih suka menggunakan kereta sendiri sebagai pengangkutan utama berbanding bas awam disebabkan kualiti perkhidmatannya yang kurang memuaskan.
Hal ini mengakibatkan terlalu banyak kereta di atas jalan raya.
Ia mewujudkan pelbagai masalah seperti kesesakan lalu lintas yang teruk (terutamanya di kawasan bandar), risiko kemalangan jalan raya yang lebih tinggi, pencemaran udara serta pemanasan global disebabkan pelepasan gas-gas rumah hijau daripada kereta dan tekanan pemandu kerana kesesakan lalu lintas.
Jika perkhidmatan sistem pengangkutan bas awam diperluas serta dijadikan lebih cekap dan efisien, maka orang awam akan digalakkan untuk menggunakannya sebagai kaedah pengangkutan utama mereka berbanding kereta sendiri.
Antara langkah-langkah yang harus diambil oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan sistem bas awam adalah:
- Membina dan menyediakan lebih banyak bas awam serta memperluas perkhidmatan bas awam di seluruh Malaysia bagi meningkatkan kekerapan perkhidmatan bas supaya penumpang tidak perlu menunggu lama di perhentian atau stesen bas.
- Memastikan pengendali serta pemandu bas sentiasa mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan serta tidak sesekali lewat apabila memulakan perjalanan mereka.
- Menaik taraf serta membersihkan bas-bas dan stesen serta terminal bas khususnya yang lama dan kotor di seluruh Malaysia supaya orang awam akan lebih selesa dan selamat untuk menggunakan perkhidmatan bas awam.
- Menggunakan bas-bas yang memanfaatkan tenaga elektrik atau gas hidrogen sebagai bahan api agar perkhidmatan bas awam lebih mesra alam.
- Mengenakan yuran bas yang lebih murah pada permulaan inisiatif ini. Setelah ada peningkatan dalam kekerapan serta jumlah penggunaan bas awam oleh orang ramai, yuran untuk parkir kereta dalam bandar boleh mula dinaikkan. Selain itu, cukai import atas pembelian kereta-kereta asing boleh dikenakan terhadap orang awam yang membelinya. Langkah-langkah sebegini akan menggalakkan orang awam untuk lebih menggunakan bas awam berbanding kereta mereka sendiri.
- Memberi keutamaan kepada perkhidmatan bas awam sebagai pengangkutan awam utama di Malaysia, dan bukannya sistem LRT atau MRT. Pada masa ini, sistem pengangkutan bas awam adalah cukup bersesuaian untuk keperluan bandar-bandar kita yang sedia ada berbanding dengan perkhidmatan sistem LRT/MRT yang tidak diperlukan dan jauh lebih mahal untuk dibina dan diimplementasikan.
Jumlah penduduk Malaysia yang semakin bertambah ini sudah tentunya turut meningkatkan jumlah kereta atas jalan raya, seterusnya memburukkan lagi masalah-masalah yang disenaraikan di atas.
Oleh itu, pihak kerajaan harus mempertimbangkan dan melaksanakan langkah-langkah yang proaktif untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sistem pengangkutan bas awam di seluruh Malaysia agar orang awam akan lebih menggunakannya sebagai kaedah pengangkutan utama.
15 Comments
Mmg jarang guna public transport kalau kt tmpt sendiri.. senang guna kereta sendiri... kalau jln2 tmpt org br naik public transport
ReplyDeleteKadang-kadang jenuh tunggu bas.
ReplyDeletedulu masa xdok keto, bas SKMK jah la pengangkutan utama cIk Nor. Tapi le ni bas SKMK lingkup doh..huhu
ReplyDeleteDahulu, memang bas dan komuterlah menjadi pengangkutan paling banyak jasa sepanjang masa belajar. Tapi bukan semua hentian dekat dengan destinasi. Kadang-kala, dan sampai ke tempat, kena sambung berjalan kaki lagi setengah jam. Sampai tempat temuduga bermandi peluh. Nasib baik juru urus temuduga hatinya mulia, biderinya rehat dan dilewatkan giliran. Alhamdullilah dapat kerjanya. Itu kisah dahulu, 17 tahun dahulu.
ReplyDeleteSetuju dgn Abam Kie. Di KL ni perkhidmatan bas awam baik sedikit dari tempat lain malah ada laluan yg percuma, tapi saya perhatikan lebih ramai warga asing yg naik bas awam dari orang kita.
ReplyDeleteTapi kalau tanya saya, saya lebih memilih untuk naik LRT sebab LRT lebih kerap dan tak terkejar2 masa. LRT tak perlu berhenti di lampu trafik jadi lebih cepat sampai hihi.
cadangan yg bagus untuk difikirkan cara implementasi
ReplyDeletenaik bas ni kalau datang KL je as now that I've been permanently stationed in KK, we're driving everywhere as bus systems aren't that popular when it comes to within city area.
ReplyDeleteSemoga dapat diperbaik mutunya, dah 2023 kan.
ReplyDeleteWah! Blog abang Kie dah laju.. teruja pulak nak komen. Cerita bas awam ni tak tau bila akan ok kat Malaysia ni. Satu lagi timing dorang ikut suka-suka hati je kekadang tu. Uhuks.
ReplyDeletecakap pasal bas, teringat syarikat bas SKMK... syarikat bas tersohor di malaysia...
ReplyDeleteTapi setidaknya lrt dan MRT di Malaysia sudah bagus. Saya setiap kali ke KL pasti selalu guna mrt atau LRT kemana2. Tapi kalo ke Penang, saya suka pakai bus nya. Karena rutenya banyak dan nyaman .
ReplyDeleteMemang sih di KL bisa dibilang saya ga pernah pakai bus, karena bingung dengan rute 🤣. Lebih gampang dengan mrt lrt .
Salah satu yang bikin saya suka shortgateway ke Malaysia sbnrnya karena transportasi yang bagus dan gampang . Mungkin belum bisa semuanya baik, tapi at least udah sangat oke lah buat turis asing macam saya 😁
Di tempat saya, perkhidmatan bas awam dah ok. Takde pilihan seperti LRT. Saya rasa, dah lebih baik banding dulu. Boleh beli tiket in advance melalui app. Dulu, tak boleh. Kalau nak pergi tempat sesak susah parking, memang saya sekali-sekala naik bas.
ReplyDeleteSetuju dengan abam kie. Mutu perkhidmatan perlu dipertingkatkan. Bab tunggu bas lama tu setuju sangat. Rasa serik tu yang lebih suka naik kereta sendiri
ReplyDeletesgt setuju...memang kena pertingkatkan mutu & diperbanyakkan lagi. sekarang ni ada kawasan yg bas x masuk or lalu. jammed, jgn cerita la kan..
ReplyDeletepaling penting turunkan penumpang ikut pd tiket.. dh byk kali sy dpt aduan di pekerja. bila kena transfer driver ikut suka turunkan di tempat lain
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.