Assalamualaikum. Kawan2 ada hajat nak membeli kereta terpakai ke? Sebelum beli tu kena tahu lima perkara berikut agar diri kita tidak ditipu oleh penjual kereta terpakai atau pemilik asal. Teruskan membaca sampai habis ye. Terima kasih.

1. BAJET. 

Berapa modal yang kita peruntukan untuk kereta yang bakal dibeli, adakah lump sum atau kita mahu membuat pembiayaan dengan bayaran bulanan?

Contoh bajet kita RM10k.

Kereta apa yang mampu kita miliki dengan jumlah wang tersebut? Ataupun jika melalui pembiayaan, biasanya untuk kereta yang lebih mahal ataupun continental.

Adakah harga kereta tadi bersamaan 10 X ganda gaji bulanan kita atau bayaran bulanannya sekitar 10% - 15% daripada gaji kita.

2. KONDISI KERETA

Jika kita sudah berkenan dengan kereta yang mahu dibeli, pastikan kita melihat terlebih dahulu keadaan sebenar kereta tadi.

Lagi-lagi kereta yang ditawarkan dengan harga yang murah, murah daripada harga pasaran kereta terpakai. Antara yang perlu diperhatikan:

A. Bahagian badan kereta

- termasuklah cat. Adakah itu cat asal sama seperti di dalam geran atau sudah berubah warna.

- Boleh juga mengetuk di bahagian badan kereta, bahagian yang disimen akan mengeluarkan bunyi yang berbeza, mungkin pernah mengalami kemalangan atau diperbetulkan.

B. Cermin

Sama ada depan, belakang, sisi adakah sempurna, calar atau mempunyai retak/suspek.

C. Enjin dan mileage.

Pastikan bawa mereka yang pakar tentang enjin.

(boleh check bila kali terakhir diservis atau record servis kereta)

D. Tayar, brake dan absorber.

 Adakah tayar lusuh atau sudah ditukar baharu.

E. Kelengkapan dan peralatan.

•  lampu tinggi rendah, kabus, signal, brake, hazard dan lampu dalam kereta
• penyaman udara
• hon
• radio
• handle pintu, glove box
• tuil + penetap cermin sisi• power window
• soket kuasa
• tuil minyak, boot, bonet
• pelaras kerusi, tali pinggang keledar
• tayar simpanan + kotak alatan kecemasan tukar tayar.

Tip Tambahan

3. Wajib pandu uji kereta tadi sebelum membuat sebarang pembayaran atau tanda tangan.

4.  Beli dengan direct owner

Jika ada peluang, kebanyakan urusan lebih mudah dan harga boleh nego. Selain kita boleh interview owner tentang kereta yang bakal kita bawa balik

5. Semak rekod saman, jenayah atau kemalangan.

Elakkan beli kereta yang terbabit dengan jenayah atau banyak saman.

Dan jangan sesekali beli kereta yang total loss walaupon murah.

Pastikan saman dijelaskan sebelum kereta bertukar milik


#BijakKereta101