Assalamualaikum... Buat julung2 kalinya pengusaha kantin di sekolah Abam Kie telah bertukar tangan setelah sekian lama menanti... Jadi kami guru2 n murid2 teruja ingin melihat perubahan yang dibuat oleh pengusaha yang baharu ini.....

 
Alhamdulillah. Bermula 1 Januari 2023 tender kantin sekolah DM2 sudah berpindah ke tangan Ara Waniey iaitu alumni sekolah ini juga. Dia merupakan calon SPM 2009 lepas. Abam Kie pernah mengajarnya di menengah atas. Sebelum ini dia berniaga di kantin Hospital Besar Tanah Merah. 
 
Setibanya Abam Kie di sekolah pada 1 Jan 2023 yang lepas kelihatan kantin yang lebih ceria dan bersih. Ada banyak perubahan yang dilakukan. Contohnya, banner besar yang dijadikan mural menghiasi dinding kantin. Alas meja pun bertukar baharu. Susun atur gerai untuk murid-murid pula lebih mesra pengguna. Harga makanan dan minuman kami rasakan berpatutan..... 
 

Lauk-pauk pula ada banyak pilihan. Disamping itu aneka kuih-muih dan buah-buahan juga disediakan. Penapis air Coway pun ada bagi memudahkan guru-guru meminum air bersih. Kadang-kala Abam Kie cuma membeli lauk untuk makan tengahari di rumah. Cuma perlu memasak nasi sahaja. Cepat, ringkas dan sedap!


Antara pembaharuan yang Ara sediakan ialah meja dan kerusi bar seperti dalam foto di atas. Jika hendak meminum air kopi panas dan bun memang sesuailah jika duduk di sini. Ada suasana kat Starbucks gitu. Jika murid-murid hendak membuat tugasan pun sesuai juga di sini.  

Semoga perniagaan Ara Waniey akan terus maju dan makmur untuk tahun2 yang mendatang. Sekiranya makanan dan minuman sedap, layanan dan servis cemerlang dan harga yang berpatutan, sudah pasti warga sekolah akan lebih kerap berbelanja di Kafe Anggun. Selamat maju jaya!