Kegagalan mengakses akaun Netflix, terpaksa buka yang baharu!
Assalamualaikum. Kawan2 ada melanggan Netflix kan? Abam Kie pun ada melanggan plan Premium lagi sejak 2019. Akaun ini dikongsi bersama dengan 3 orang rakan yang lain. Jadi kami berempat berkongsi bayar yuran langganan sebanyak RM55 sebulan tu. Dengan cara ini kami dapat berjimat sedikit. Namun saat yang terindah hanyalah sementara. Setelah hampir 4 tahun berkongsi akaun tetiba pada 3 Mac lalu rakan kongsi bernama Nadia di Kedah ada DM abam kie bertanyakan kenapa tidak boleh buka Netflix sedangkan alamat emel dan password tu betul? Tapi Abam Kie x layan lagi pertanyaan dia sebab tengah sibuk bersiap nak bercuti ke Bangi, Selangor.
Sehinggalah Abam Kie tiba di homestay di Sungai Merab Luar tu barulah Abam Kie DM dua lagi rakan kongsi iaitu Izuan di NS dan Zayeed di Damansara. Mereka pun bagitahu sedang hadapi masalah yang serupa. Lalu Abam Kie cuba login akaun Netflix. Boleh masuk, tapi disuruhnya Abam Kie beli pakej langganan. Jadi tak boleh menonton selagi x beli pakej!
Selepas confirm x leh masuk lalu Abam Kie call Customer Service Netflix tu. No 1800 ******. Dengar suara di hujung talian tu macam pelik je. Tanya kat dia based di mana? Rupa2nya Netflix Call Centre ni di Manila. Ingatkan di Singapore. Huhuhu... Abam Kie call tu sebab nak cancel auto billing service tu. Dah x boleh tengok, baik la cancel je. Nanti x pasal2 dia caj lagi bulan seterusnya. Mujurlah berjaya dibatalkan. Bila check beberapa hari kemudian ada refund dlm penyata kad kredit Maybank tu.
Akhir sekali Abam Kie buka akaun baharu. Beli plan standard yg harga RM45 sebulan tu. Kualiti gambar Full HD dan dapat tonton di dua device serentak. Nak upgrade kpd premium rasanya x berbaloi mana sbb x banyak movie yg ditayangkan dalam kualiti 4K atau Ultra HD.
Jadi Abam Kie nak pesan kpd korang semua hentikan perkongsian akaun Netflix ni sebelum kantoi mcm Abam Kie dan kawan2 ni. Beli dan pakai utk isi rumah shj. Jgn kongsi dgn org yg x dok serumah dgn anda. Anda mampu mengubahnya!
11 Comments
Tidak boleh kongsi ke? Pelik pula kalau boleh guna beberapa peralatan patut boleh. Hehe saya guna dengan adik tapi lama tidak buka Netflix.
ReplyDeleteSy masih berkongsi lagi, Abamkie. Bbrp bulan lepas ada masalah juga tapi berjaya diselesaikan ketua rakan kongsi, hihi.
ReplyDeleteUntung wak takde netflix
ReplyDeleteTonton tv oun jarang2
Hehe.. saya gelak baca ayat terakhir Abam Kie. Netflix ada bagitahu, dia tak bagi guna banyak device dah, kena 1 je. Tapi setakat ni, anak saya di Dungun, masih boleh tengok guna akaun family, kami di Perak. Tak lama lagi, dia dah tak boleh la tengok, kot, kat sana.
ReplyDeleteoo..boleh share2 ye...saya cuma guna kt hp saja...
ReplyDeleteDah lama dgr ura2 Netflix akan hentikan kongsi akaun dari lokasi berbeza. Lepas ni kalau nak bukak Netflix dekat 2 device berbeza cuma boleh dalam rumah yang sama (guna wifi yg sama):
ReplyDeletehttps://www.androidauthority.com/how-will-netflix-stop-password-sharing-3286170/
begitu nettflix kak pun xtau kisahnya
ReplyDeletesaya rasa dulu ok je kan? sekarang je diorang kedekut. huhu
ReplyDeleteNetflix memang sudah ubah rules dia, tak boleh kongsi kalo tak serumah. Saya sendiri langganan Netflix dari 2019 juga . Tapi pakai yg basic, hanya bisa 1 orang dan hanya bisa dari hp. Toh saya memang lebih suka nonton di hp drpd connect ke tv. 😄
ReplyDeleteMA kongsi ngan adik ..so far ok je.
ReplyDeleteNETFLIX memang seronok ditonton kalau mai mood tiba2 nak tgk movie..best jg movie/drama yg ada dlm tu..terima kasih abam kie dulu prnah bg sy berkongsi akaun dgn abam...takpala takdk rezeki kita dah utk sama2 kongsi dah..mungkin ada hikmahnya kan
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.