Kenapa suami orang lebih menarik?
DIMULAKAN dengan kes Syamsul Yusof berkahwin dua sebagai mukadimah, isu menyukai lelaki yang sudah berkahwin atau senang cerita, suami orang makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
Bagaikan berangkai, kes mengurat suami orang kemudian berjangkit dengan kontroversi hangat aktres jelita, Sophia AlBarakbah yang mengakui tersuka Aliff Aziz.
Kemudian dalam media sosial, isu sama turut berlaku apabila seorang pempengaruh, Aisyah Hijanah mendedahkan mesej seorang wanita yang mengakui sukakan suaminya. Paling parah, wanita itu rela hidup bermadu dengan Aisyah.
Dunia sekarang memang menakutkan dan gila. Bermula dengan perasaan minat dan sayang, akhirnya boleh meranapkan mahligai orang lain yang dibina bertahun-tahun.
Tidak pasti adakah ini trend atau kebetulan yang tidak disengajakan sedang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.
Kalau dilihat dalam media sosial, pernah tular trend wanita-wanita bujang terjerat cinta suami orang. Alasannya kerana mereka lebih memahami, matang dan paling penting, stabil serta kukuh serba-serbi.
Ibaratnya kalau berkahwin kelak, soal nafkah tak perlu risau kerana si lelaki lebih dari mampu. Kalau goyang kaki di rumah pun tak mengapa, ada suami tanggung.
Jadi boleh dilihat di sini bahawa sesetengah wanita lebih cenderung memilih pasangan sudah stabil walaupun berstatus suami orang berbanding lelaki bujang yang masih ‘merangkak’ mencari wang dengan membanting tulang melakukan dua kerja pada satu satu masa.
Banyak kajian saintifik dilakukan beberapa universiti di negara Eropah antaranya dari Universiti St. Andrews (2018) membuktikan mengapa seseorang wanita itu tertarik dengan lelaki orang.
Perbuatan tersebut digelar sebagai mate-choice copying iaitu bentuk peniruan terhadap pelakuan yang dilakukan oleh haiwan apabila spesies betina suka memburu jantan yang sudah berpasangan.
Kajian tersebut juga menunjukkan berlakunya mate-choice copying pada manusia, apabila kebanyakan wanita tertarik kepada lelaki yang sudah berpasangan atas alasan mereka boleh menjadi pasangan baik dan setia.
Seperti disebutkan di atas, faktor terjadinya perilaku itu adalah kerana wanita mahukan pasangan yang kukuh dari semua segi, tidak kiralah bab kewangan, karier, kesetiaan dan juga elemen tambahan, sisi romantis.
Tapi harus diingat, pihak ketiga boleh dikenakan tindakan undang-undang kalau mengganggu rumah tangga orang lain.
Bunga bukan sekuntum, kumbang pun tidak hanya seekor di luar sana. Kalau tersuka tanpa sengaja, faham-faham sendirilah apa nak buat. Tutup ruang dan undur diri.
Jangan sengaja menjadikan diri dibenci. Pesanan dan ingatan untuk diri sendiri serta semua wanita di luar sana. Jadilah wanita yang mahal harga diri dan bermaruah. Sedangkan agama Islam sendiri mengangkat darjat wanita sangat tinggi.
10 Comments
Hmm... lepas tu mula la kata takdir Tuhan, jodoh dari Tuhan, semua takkan terjadi tanpa kehendak dari Tuhan. Geram sebab guna alasan Tuhan nak merasionalkan tindakan sendiri. Merampas kebahagiaan keluarga orang lain dan curang tu pilihan sendiri yang tumpas sebab nafsu bukan sebab jodoh dari Tuhan.
ReplyDeletebest entry ni tapi cik nor xminat lagi org..haha
ReplyDeletebila artis jd kecoh padahal org biasa jga ramai terjebak sebenarnya
ReplyDeleteciknur zaman muda belia dulu hampir jga terjebak he hee syukur terselamat dan masa tu kwn2 ramai satu opis terjebak scandal dgn suami2 yg agak berusia dan pastinya berduit.
lelaki yg agak berpangkat pula selambaaa je bw GF aka scandal muda cantik sedangkan wife masing2 ada . emmmmm
kononnya caringg la. terlalu ikut nafsu sebenarnya.
nak salahkan wanita atau lelaki?? dua2 bersalah bg ciknur
.
takut baca tajuk pun...
ReplyDeletebetul tu Abam Kie. dunia skrg semakin menakutkan T__T
ReplyDeleteIngatan untuk diri sendiri supaya berhati-hati.
ReplyDeleteGaru-garu kepala....
ReplyDeletemasalah xperlu cari kalau dicari memanglah mendapat
ReplyDeletehmmm.. term baru arini... mate choice copying
ReplyDeletewanita sekrg semakin daring...tapi ada jg lelaki yg minat bini orang...huhu..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.