Ketidakadilan kepada penjawat awam
Banyak netizen mengulas apabila YAB Perdana Menteri Malaysia menyentuh Bebanan Kewangan Kerajaan terpaksa tanggung kerana pembayaran emolumen dan pencen kepada penjawat awam.
Antara komen Netizen yang paling terbaik dibaca ialah tulisan ini:
"Bayaran Pencen yang paling membebankan Kerajaan sebenarnya ialah kepada Ahli Politik, iaitu lebih tinggi Elaun daripada gaji!
Khususnya jawatan PM, TPM, MB, KM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Sepatutnya mereka bukan Penjawat Awam dan hilang kelayakan daripada menerima skim pencen kerana hanya memegang jawatan selama 60 bulan.
Mereka sepatutnya tidak layak menerima pencen penuh, berbanding dengan Kakitangan Awam yang perlu bekerja selama 240 bulan untuk memenuhi syarat dapat menerima pencen.
Cuba lihat contoh emolumen untuk seorang Menteri Kabinet:
1) Gaji asas = RM18,000
2) Elaun Keraian = RM10,500
3) Elaun perumahan = RM10,800
4) Elaun Rakyat = RM10,650
5) Elaun tempat letak kereta = RM10,650
5) Sebenarnya mereka tidak membayar untuk meletak kenderaan itu, kerana menggunakan kenderaan rasmi. Selain itu, Kerajaan juga terpaksa membayar emolumen sebanyak RM16,000 sebulan kepada 222 ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 ahli Dewan Negara.
Bayangkan setiap pilihanraya (sekali setiap 5 tahun) wakil yang dipilih berubah dan mereka semua hidup lama, berapa kos pencen untuk bekas wakil yang dipilih?
Ini lebih membazir dan membebankan berbanding Penjawat Awam yang rendah seperti pembantu umum Gred 11 dengan gaji hanya RM1,216 dan selepas berkhidmat lebih dari 30 tahun, gajinya adalah serendah RM2,983. Jadi pencen hanya berjumlah RM1,491.50 sebulan selama 15 tahun (selepas usia 60 tahun). jika kita mengambil jangka hayat rakyat Malaysia sehingga 75 tahun.
Nota 1: Elaun Parking Kenderaan Menteri lebih tinggi daripada Gaji Gred 44!
Nota 2: Jika gaji gred terendah pekerja kerajaan adalah RM1,500 termasuk elaun maka gaji seorang menteri bersamaan dengan 37 pembantu umum Gred 11.
Ahli-ahli politik yang memegang Jawatan, kononnya untuk membela nasib rakyat, sebenarnya mereka hanya mempertahankan nasib mereka sendiri.
Ini mesti diperbetulkan. Ini belum termasuk Ahli Politik yang mengambil kesempatan daripada peluang-peluang lain untuk membuat keuntungan.
*Sila Viralkan Supaya ramai lagi pesara tahu*
15 Comments
so true...bab ni diaorang x nampak plak kan..
ReplyDeleteNi sewa banglo semata2 nak letak kereta ke? 👀
ReplyDeleteAhli politik memang tak payah beri pencen. Gaji dah besar. Berkhidmat tak lama.
ReplyDeleteSaya baru tahu gaji dan elaun menteri banyak tu. Wow!
ReplyDeletehermmm semua kerana uwang. elaun parking pun banyak hurmmm
ReplyDeleteSy ada nampak jugak pasal benda ni. Memang satu ketidak adilan dan penindasan ke atas rakyat marhaen.
ReplyDeleteSerious la?
ReplyDeletesetuju. kasihan dengan penjawat awam. terutama doktor kerana setelah sekian lama masih berstatus kontrak
ReplyDeletehmm sistem lama perlu diperbetulkan
ReplyDeletesdgkan gaji dkt sabah/sarawak pn xsama ngn smnjg hahaha..xadil tauuu
ReplyDeletebaru saya tahu menteri ada pencen...dan ini memang keuntungan buat mereka yang menjadi menteri
ReplyDeleteIni sama kayak sistem pensiun pejabat pemerintah di Indonesia abam 😅. Di sini pun mereka dapat. Daaaaan bisa diwariskan pula ke istri atau anak. Jadi kalo si pejabat negara ini (termasuk presiden dan menterinya), menyelesaikan masa jabatan, mereka akan dpt uang pensiun setiap bulan sampai meninggal. Dan jika mereka meninggal masih ada istri, uangnya akan diberi ke istri, tapi nominalnya tidak sebanyak yg diterima suami. Daaaan jika istrinya meninggal, namun mereka punya anak yg belum mencapai batas usia tertentu, anaknya yg akan menerima 🤣🤣🤣
ReplyDeleteMakanya menjadi pegawai negeri atau orang pemerintahan, sangaaat dikejar banyak orang. Tapi saya tak nak. Pertanggungjawabannya kepada yang di Atas, terlalu besar.
best nya jadi menteri. gaji besar. elaun banyak. kalau dah berhenti jadi menteri pun duit masih banyak lagi boleh hidup (kalau tak membazir time jadi menteri lah).
ReplyDeleteSedih baca orang yang betul-betul lama berkhidmat tidak dapat sebanyak orang-orang yang dinyatakan di atas.
ReplyDeletebetul juga tu byk yg tak perlu mcm elaun kereta tu propa aje kan. kalau gaji dah beso gitu nak bayarkan pencen tetiap bulan bila dh pencen plak. uish kesian yg bayar income tax
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.