Menuai Hasil Pendapatan Google Adsense Selepas 4 Tahun
Kali terakhir Abe Kie buleh 'cash out' duit Adsense ni pada awal tahun 2019. Lama juga tu nak merasa lagi pendapatan pasif hasil pengiklanan di blog ni. Kali ini Abe Kie dapat cash out USD100.52 sahaja. Kadang2 jeles dgn rakai blogger yg dapat duit Adsense hampir setiap bulan. Entah apa rahsia mereka? Abe Kie ni nak dapatkan USD2/bulan pun susah! Ibaratkan menunggu World Cup sekali lagi barulah dapat menuai hasilnya.
Tapi rezeki tak pernah salah alamat. Kalau dah rezeki kita, lambat-laun dapat la tu. Pada jam 10.41 pm 21 Mac lalu Abe Kie menerima emel dari Google yg memaklumkan bahawa bayaran Adsense sudah dihantar ke bank pembayar iaitu CIMB.... Malam tu tidur dalam tersenyum lebar la gamaknya!
Alhamdulillah, pada keesokan harinya pada jam 1.03 pm, duit Adsense selamat mendarat di dalam akaun simpanan CIMB Abe Kie. Cepatnya masuk! RM414.16 tu kira lumayan gak bagi blogger suam2 kuku mcm Abe Kie ni.
Jika tengok kat dalam apps CIMB tu cuma RM5 ditolak sebagai caj perkhidmatan yang Abe Kie rasa amatlah berpatutan. Jadi Abe Kie mengesyorkan rakan2 blogger menggunakan akaun simpanan CIMB untuk menerima bayaran Adsense nanti. Abe Kie tak pasti caj yang dikenakan oleh Maybank. Cuma ada blogger yg kata kat Maybank ni mahal sikit je cajnya. Wallahualam.
Jadi akhir kata kepada rakan2 yg masih belum mendapat hasil pendapatan Adsense semoga banyakkan bersabar. Jika Abe Kie boleh menunggu sehingga 4 tahun, kenapa tidak anda?
19 Comments
Lambat asal dapat. Hehe. Kita tidak.padang AdSense.
ReplyDeletewah alhamdulillah. saya masih menunggu waktu. baru 30usd. semoga murah rezeki saya tahun ini dapat cashout.
ReplyDeletesaya pengguna maybank tp sy lupa semak caj nya. hahaha
alhamdulillah..wah..mcm dpt bonus raya gitu kan
ReplyDeletewah tahniah ya.. syu tak pernah lg dapat cashout adsense ni..
ReplyDeletetahniah abe. mama sempat menuai 2 kali sebelum bercerau huhuu
ReplyDeleteyeay abam kie dapat duit raya..abam kie tunggu 4 tahun saya ni ntah berapa tahun la agaknya....
ReplyDeleteTahniah, Abe Kie! Blog saya entah berapa lama nak tunggu. :D
ReplyDeleteAntara tips untuk dapatkan adsense yang tinggi ialah trafik yang tinggi secara organik dan mereka menemui blog kita melalui kata kunci...blog yang main SEO biasa akan dapat income tinggi setiap bulan
ReplyDeleteApa lagi? Open table lah!
ReplyDeletewow dpt duit sempena raya! masyukkkkk abe kie hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki jelang aidilfitri
ReplyDeletealhamdulilah bonus raya, saya dah lebih belasan thn ada adsense, baru USD21.
ReplyDeleteTahniahh abam kie
ReplyDeleteTahniah! Oh ada service caj ye? Tak perasan pula masa masuk haritu
ReplyDeleteWah..dapat duit raya! Tahniah!
ReplyDeleteSaya belum pernah merasa. Selain blog suam2 kuku, iklan pun saya setting letak sikit je di kanan & bawah post. Saya rasa serabut sikit tengok iklan terlalu banyak 😅
entahlah bila baru dapat. rasa dah lebih 4 tahun ni tungu. haha
ReplyDeleteTak apalah harus menunggu 4 tahun abam kir, yg penting sekarang sudah masuk ke rekening Yaa 😄👍. Lumayan tuh, buat hari raya..
ReplyDeletetahniahnyer ., blogger hebat gak nih., aminnn
ReplyDeleteal;hamdulillah..rezeki
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.