Kesukaran Anak Kelantan Untuk Menjadi Lebih Terbuka
Struggle Anak Kelantan untuk pecah tembok dari menjadi "Typical Kelantan"
Mari lah aku cerita...
Seperti yg kita tahu, kalau ada perkara viral yg melibatkan rakyat Kelantan, mesti kena troll lebih dasyat berbanding negeri lain. Walhal sikap buruk x boleh disandarkan pd negeri.
Tapi, most of the time org marah dgn orang Kelantan ni sebab mereka ada typical "Sikap" yg sama.
Sebelum aku perincikan sikap "typical Kelantan", ada beberapa faktor yg mendorong mrk jd spt itu. Antaranya, tidak pernah keluar (menetap) dari kampung dari kecil sampai tua dlm jangka masa yg panjang dan suka berkawan sesama Kelantan sahaja tanpa bergaul dgn orang negeri² lain.
1. Sikap 'Ngaying' (Mengejek/menganjing)
Perangai ini memang cukup sinonim dgn budak Kelantan, dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai masuk IPTA2/Kolej Kemahiran di Kelantan.
Kalau sekolah harian biasa, cikgu suruh baca petikan in English pun kena ngaying, lagi2 kalau terbuat silap masa salah pronunciation. Belum lagi kalau cubaan berbahasa Melayu standard, mesti kena cop "Koya kecek luar". Memang susah nak polish confident kalau environment mcm ni.
2. Sikap 'Gedebe tidak bertempat' (Suka bergaduh, Terpaling gangster)
Tengok Kahar dlm Projek High School, anak Kelantan. Memang kalau pergi tempat orang, rasa diri kita inilah yang paling berani. Rasa kalau bergaduh, memang kitalah yang akan menang.
Di campur pula dengan sikap ngaying tadi, memang naik sheikh. Tak tahu ke yang orang luar Kelantan pun ramai juga fighter dan berkebolehan untuk 1 by 1. Cuma mereka tak tunjuk.
Try learn to be humble kalau kau tahu diri kau tu mmg fighter.
3. Sikap 'Taksub'
Yg ni paling bahaya. Jika sudah minat dengan sosok individu tu, dia punya taksub lain macam. Termasuk juga taksub dengan parti. Hidup air karat tak apa, janji pangkah bulan. Kalau ditegur, dia marah, melenting tunjuk Gedebe.
Sama juga taksub dlm bab agama.
4. Very low Common Sense
Yang ni takyah sebut. Baru je viral video pergi makan dekat restaurant. Itulah perangai typical akak2 Kelantan. Malah kalau nak raya pula, mesti penuh sampah dekat highway Merapoh - Gua Musang sbb ramai² pakat buang sampah dkt situ.
Tapi, kalau tengok anak Kelantan yang berjaya dan kian popular pada hari ini seperti Khairul Aming, Sofyank dan Syahmi, etc mereka sudah keluar awal dari kepompong itu dan terus berlari untuk lebih berjaya. Jarang tengok orang berjaya masih lagi ada perangai-perangai tersebut.
Kalu ado hok teraso, ejah uboh lah. Kawe nasihat atah kapasiti kawe pun ore Kelate. Letih doh tengok anok Kelate perangai tok beruboh dari 13 tahun lepah aku tinggalkan Kelate.
Dan Alhamdulillah, circle kawan rapat Kelantan yg ada sekarang ini pun sudah lama break the barrier.
11 Comments
Teringat sy, masa remaja dulu, sy ada ramai kawan asal Kelantan berhijrah ke Johor mencari rezeki. Ntah di manalah mereka sekarang agaknya.
ReplyDeleteada betul tu... but x semua la
ReplyDeleteMasa sy di kampus, dlu bff sy org kelantan... tp dia ni bkn typical kelantan... jarang pakai bj kurung dan bff dia org sarawak (sy ler tu)... ada jugaklah yg open cikgu
ReplyDeleteSuami saya tak boleh cakap KL, bunyi pelik sangat. Lidah kelantan kuat. Hehe..
ReplyDeleteBaru tahu bro perangai mereka begitu.
ReplyDeletexmaju sampai bila2 klu ada sikap gni..huhu
ReplyDeletedulu penah wak cuba nk sewa rumah kt area gombak smpi tuan rumah kata dia serik nk bagi sewa kt org klate., huhuhu *ceritabenar
ReplyDeleteIntinya, orang2 yang berperangai tak baik tuh, biasanya karena mereka jarang keluar atau malah tidak pernah dari lingkungannya kan bang? Macam katak dalam tempurung lah yaa
ReplyDeleteIni banyak juga terjadi di Indonesia. Orang2 yg merasa dirinya hebat, paling alim, tapi melakukannya dengan cara destruktif. Merusak, atau bahkan melakukan bullying terhadap yg beda keyakinan. Dan rara2 orang2 begitu memang jenis orang yang tak pernah pergi jauh. Merantau ke luar pulau, atau luar negara. Biasanya kalo dia perantau, pikirannya sudah lebih terbuka
Label 'ore luar' (orang luar) untuk bukan orang kelantan juga mejarakkan jurang persahabatan. Pendapat ikhlas uncle lah...
ReplyDeletesudah boleh cuba utk berubah. apa salahnya utk kebaikan
ReplyDeleteSaya suka orang Kelantan kerana kejayaan mereka yang cemerlang....wanita pula cantik-cantik terutama kawasan dekat Thailand...alhamdulillah permah jejak kaki ke Kelantan pada tahun 2019
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.