Assalamualaikum. Jom kita baca tips mengenai cara nak menguruskan ekonomi diri dan keluarga dengan lebih bijak! 

Cerita tentang hutang.
 
1. Berhutang untuk bayar hutang tak menyelesaikan masalah. Ia hanya menambah beban dan mengusutkan fikiran.

2. Ramai yang terperangkap dalam hal hutang. Ali hutang dengan Abu RM1000. Abu mula minta hutang dia, Ali tak ada duit, Ali pergi pinjam dengan Siti pula.

3. Siti tak ada RM1000, dia cuma boleh bagi RM300 sahaja. Ali pinjam RM300, bayar kat Abu RM200 dulu, RM100 guna untuk keperluan diri. Hutang Ali dah jadi RM1100 dengan dua orang pemiutang. Lagi pening bila dua serentak minta hutang.

4. Ali mula mencari Sarip nak pinjam duit. Sarip bagi RM300. Ali bayar kat Siti RM100, kat Abu RM100. Dia guna RM100 lagi. Hutang dia dah jadi RM1200 dengan 3 orang pemiutang. Lagi ramai dia pinjam, lagi pening kena tekan.

5. Kitaran begitu takkan terhenti. Sama kes orang start pinjam along. Nak bayar bulanan along ni, pinjam along sana. Last-last pinjam dengan 4-5 along serentak dan tak mampu bayar semuanya.

6. Kalau kalian berada di tempat Siti atau Sarip, tak perlu bagi Ali berhutang dah. Biar dia settle sendiri dengan Abu tu.

7. Kalau kalian berada di tempat Ali, jangan pinjam dah dengan Siti dan Sarip. Minta tempoh masa dengan Abu untuk settlekan hutang. Cukup berhutang dengan seorang, jangan tambah bilangan pemiutang. Ia hanya menambah masalah.

8. Soalnya macam nak settlekan hutang Abu tanpa berhutang? Caranya tiada lain kecuali DUA cara ini :-

A) Kecilkan komitmen.

- Ada dua kereta, jual satu. Pakai satu cukup.
- Guna motor pergi kerja atau mana-mana melainkan keperluan bawa kereta. Jimat banyak bawa motor.
- Yang merokok, berhenti merokok. Jimat dah situ. Tak mampu berhenti serta merta, tukar pada rokok daun sudah. Tak payah eksen hisap D Blend lah.
- Netflix, Astro, barangan ansuran terminate semua. Tak perlu pakai masa tengah sesak ni. Dapat jimat lagi.
- Bil elektrik dan air cuba jimatkan semaksima mungkin. Tutup letrik bila tak guna. Jangan bazirkan air. Dah jimat lagi.
- Tahan keinginan nak tengok wayang ke, nak minum Starbucks ke, nak beli blender viral ke. Tahan selagi hutang tak settle. Nampak nilai segelas Starbucks cuma RM16 sahaja. Tapi kalau sebulan kau beli 5x, tak ke dah jimat hampir RM100 kalau tak beli?
- Makan di rumah. Memasak. Jimat sangat banyak.

Kalau berjimat dan kecilkan komitmen seperti cara di atas, aku yakin banyak ratus juga kalian akan dapat lebihan setiap bulan. Lebihan tu terus je bayar ansur-ansur kepada Abu sampai hutang settle.

B) Jana side income

- Buat apa jua kerja yang boleh jana income tambahan.
- Jangan gatal-gatal cuba nak berniaga. Kerana berniaga perlukan modal. Dan berniaga tak semestinya untung. 3-6 bulan pertama perniagaan biasanya dalam rugi sebelum orang kenal produk dan perniagaan kita.
- Buat job yang tak perlu modal. Contoh, bawa grab. Food panda. Jadi runner beli barang.
- Boleh juga jadi dropship apa-apa produk. Jadi dropship tak perlu sesen modal pun. Bahan pemasaran semua mereka sediakan. Mudah.
- Jadi affiliate produk pun sama konsep macam dropship juga. Aku jadi affiliate blender ajaib. Tak perlu modal, tak perlu pegang barang, tak perlu buat postage. Just share link affiliate, ada orang beli melalui link aku, dapat komisyen. Nak join aku jadi affiliate jual blender, tengok komen pertama.

Okeh. Tu ja perkongsian pagi ni. Sedikit panjang, namun InsyaAllah bermanfaat.

#MFS