Adab Ziarah Pada Hari Raya
Assalamualaikum. Sepatutnya entri ini dikongsi sebelum Hari Raya Aidil Fitri yang lalu. Tapi rasanya boleh lagi dijadikan panduan untuk berziarah pada Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelma tidak lama lagi. Lagipun di negeri Kelantan ni kami tetap menziarahi rumah kaum keluarga, saudara-mara dan sahabat handai semasa Hari Raya Haji. Kali ini kita menjamu tetamu dengan hidangan nasi dan daging pulak! Selamat membaca ye kawan2. Semoga tips yang diberikan ini dapat menjadikan kita muslimin dan muslimat yang mengamalkan sunnah Rasulullah.
🌹 *Adab ziarah Aidilfitri*
1. Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan buat umat ini..bukan budak umur 8 tahun sahaja gembira. Bahkan pakcik yg umur 80 tahun pun gembira...namun jgn kita lupa insan yg telah mendahului kita yg tahun lalu aidilfitri masih bersama kita ..maka jadikanlah ziarah Aidilfitri ini peluang bermaafan kerana boleh jd tahun hadapan antara kita ada yg akan kembali bertemu Allah...
2. Tidak perlu lama² bila kita ziarah rumah org waktu Hari Raya...ziarah hari raya ni bukan perlu lama tapi perlu pergi banyak rumah untuk silaturahim...makan bukan utama, maka jgn niat untuk makan kerana khuatir akan susahkan tuan rumah walaupun itu adik beradik kita ..
3. Bila ziarah rumah orang.. jaga adab... akhir zaman ini org hilang adab.. jgn pula ziarah rumah org tapi asyik tgk tv atau sibuk main hp, sedangkan maksud ziarah itu silaturahim..
4. Jangan suka banding2kan makanan.. contohnya makanan rumah tadi lagi sedap dari rumah ni...Sunnah Nabi tak merendahkan makanan dan rezeki. kalau tak sedap di tekak kita hanya perlu diam kerana mungkin sedap di tekak org lain..
5. Jangan ajar anak minta2 dgn orang duit raya... kalau org bagi ambil tak mengapa.. tapi jgn ajar anak minta2 dgn makhluk... ini akan merosakkan moral anak..
6. Jaga batas dalam beraya.. jangan terlampau asyik beraya hingga lewatkan solat.. juga jgn sampai tidak jaga batas lelaki dan wanita, bergelak ketawa hingga lupa Allah..
7. Jgn terkesan dgn segala dunia yg ada di rumah org kaya juga jgn rasa hina ketika menziarahi sanak saudara yg miskin bahkan Hazrat Maulana Umar Palampuri rah. berkata jika telah menziarahi rumah satu org kaya, untuk hilangkan rasa terkesan dgn dunia yg ada di rumahnya itu maka perlu kamu ziarah 14 rumah org miskin....
8. Banyak bicara kebesaran Allah dan perkara2 yg baik ketika ziarah dan bukan umpatan atau fitnah yg akan melupuskan segala pahala puasa dalam Ramadhan.. jadikanlah ziarah Aidilfitri ini medan taskel dan dakwah kerana kita jarang bertemu.. Jangan pula dtg ziarah rumah org tp ambil peluang untuk meniaga dgn cara paksa hingga tuan rumah tak selesa...
9. Tunai hak tuan rumah.. jangan datang waktu org rehat ataupun datang lama sgt sehingga tengah malam waktu org nak berehat... jangan masuk bilik org sesuka hati itu ialah aurat rumah.. begitu juga dapur.. jangan suka² ke dapur rumah org walaupun niat nk membantu kerana dapur rumah juga aurat rumah...nak ke tandas pun perlu minta izin...
10. Jadikanlah ziarah ini masa untuk bersilaturahim dan bermaafan... bila bertemu, sunnah menyebutkan Taqabballah Minna Wa Minkum...
11. Berterima kasih kepada tuan rumah walaupun hanya hidang air kosong kerana tujuan ziarah bukan makan dan minum tetapi silaturrahim..dan bacalah doa ini untuk tuan rumah.
doa ini terdapat dalam hadis... 🌹 *Allahumma Bariklahum..Fima Razaqtahum..Wagfirlahum...Warhamhum...* (Sahih Muslim)
Ya Allah berkatilah rezeki yg Engkau telah kurniakan kepada mereka.. ampunilah mereka dan rahmatillah mereka...
🌹 *Allahumma At'im Man At'amani..Wasqi Man Saqani...* (Sahih Muslim)
Ya Allah berilah makan kepada mereka yg memberi ku makan ..dan berilah minum kepada mereka yg memberi ku minum.. Semoga dapat amal..moga Allah terima kita semua menjadi asbab Hidayat dan manfaat kebaikan untuk seluruh umat..amin... اللَّهمَّ بارِك لَهم فيما رزقتَهم واغفر لَهم وارحمْهُم
10 Comments
Tetami dirai, jangan tetamu balik, ada pula cerita tak sedap dari kedua2 belah pihak.
ReplyDeleteSatu lagi kan, kalau datang beraya tu kan jaga percakapan jugak baik tetamu maupun tuan rumah. Jangan la sedap mulut je nak komen berat atau saiz badan orang 🫢
ReplyDeletegood sharing, peringatan bersama.. terima kasih
ReplyDeleteterima kasih berkongsi tipsnya . semoga diamalkan dalam kehidupan sebenar.
ReplyDeleteNampak remeh tapi sebenarnya penting untuk tahu adab.
ReplyDeletethanks for sharing.. saya pesan kat anak2 datang rumah orang butakan mata.. pekakkan telinga..
ReplyDeleteKalau belah pantai timur meriah kan raya haji.. kami sini lepas habis solat raya kalau xde korban mmg trs x mcm raya dh
ReplyDeleteBetul, kadang-kadang buat rumah sendiri pula.
ReplyDeleteAlhamdulilla.. tq share Abam Kie..
ReplyDeleteAlhamdulillah...syukran for sharing & mengingatkan..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.