Cara elak bahang parkir kereta bawah panas terik
TIDAK sampai 30 minit memarkir kereta di kawasan terbuka, namun apabila kembali ke kenderaan, terasa seperti berada di dalam ketuhar!
Semestinya ramai dalam kalangan kita biasa melalui situasi sedemikian.
Bukan setakat berpeluh-peluh, malah stereng dan papan pemuka kereta (dashboard) pun panas sehingga terasa seperti melecur tangan apabila tersentuh.
Situasi ini berlaku kerana pancaran matahari yang masuk menerusi cermin kereta akan menyebabkan semua permukaan di bahagian dalam kenderaan akan meresap haba tersebut.
Ketiadaan aliran udara membuatkan suhu semakin tinggi malah boleh mencecah sehingga 50 darjah celsius.
Apa kata ikuti beberapa tip ini sekiranya anda memarkir kereta di kawasan terbuka, untuk mengelakkan anda bad mood dan 'berperang' dengan bahang sebelum memulakan perjalanan.
1. Guna pelindung matahari
Sebelum meninggalkan kereta, letakkan pelindung matahari pada cermin kereta. Ia bertujuan menghalang gelombang haba yang dipancarkan melalui matahari daripada menembusi cermin.
2. Turunkan sedikit tingkap kereta
Tindakan ini mampu mengurangkan haba di dalam kenderaan anda. Bukaan kecil membolehkan haba keluar dan membantu memudahkan aliran udara.
Tapi awas ya, pastikan anda hanya menurunkan sedikit tingkap untuk tujuan keselamatan.
3. Guna mod kitaran udara luar
Sebelum keluar kereta, pastikan kereta ditinggalkan dalam mod kitaran udara luar. Mod ini berfungsi untuk membenarkan udara luar untuk keluar dan masuk ke dalam kereta sekaligus udara panas tidak akan terperap di dalam kenderaan.
4. Tinted cermin kereta
Ketika ini hampir kesemua pemilik kenderaan memasang tinted atau cermin gelap.
Penggunaan tinted ini membantu mengurangkan penembusan cahaya matahari, sekaligus mengurangkan suhu di dalam kereta.
Bagaimanapun perlu diingat anda perlu mengikut peraturan dan spesifikasi penggunaan tinted yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
5. Alas tempat duduk
Alas atau tutup tempat duduk dan stereng sebelum meninggalkan kereta anda di tempat terbuka.
Anda boleh menggunakan alas yang dibuat khas, baju atau tuala sebagai penutup untuk mengelakkan cahaya matahari daripada memancar terus ke bahagian dalam.
Selamat mencuba!
10 Comments
Tk perkongsian bermanfaat
ReplyDeleteTips yang bagus. Terima kasih kongsi.
ReplyDeletela ni hawa panas sgt kesian keta terjemur kan
ReplyDeleteTips no. 3 tu, saya baru tahu. Terima kasih, share, Abe Kie.
ReplyDeleteDahulu saya memang buat cara pertama. Kurang panas.
ReplyDeleteTips berguna sangat. Terima Kasih atas perkongsiannya.
ReplyDeletebetul kadang masuk kereta aduh panas habis semua. great sharing
ReplyDeleteTipsnya akan mbul cuba...trims atas sharing yang bermanfaat ^^
ReplyDeletetips yang ohsem..
ReplyDeleteno3 baru tahu. tq abam kie for sharing :)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.