Pengalaman ditipu scammer KoUmmah Kelantan
Saya ingin bantuan kawan2 FB untuk mengesan scammer yg bernama 'Koperasi Pembangunan Ummah Kelantan Berhad (D-4-0673) beralamat di LOT 421, SEKSYEN 21, JALAN SULTAN YAHYA PETRA, 15200 KOTA BHARU. Lebih dikenali sebagai KoUmmah, koperasi ini sudah tidak dapat dihubungi. No tel 09-7488780 sudah tiada dalam perkhidmatan. Manakala laman web www.koummah.com sudah tidak wujud.
Saya join koummah ni pada akhir Dec 2021 dgn modal RM300 dgn harapan nak membantu koperasi Melayu Islam. Namun apa yg terjadi kena tipu pula. Koummah ni ada ejen2 yg merekrut ahli baharu spt sy dengan yuran penyertaan RM50 dan modal saham minima RM200. Sekarang ni ejen yg rekrut sy sendiri pun dah berhenti. Saya berjaya mencari beberapa ejen lain yang juga sudah berhenti kerja di situ. Mereka pun tak dapat contact ahli lembaga pengarah KoUmmah ni.
Mula2 koperasi ni ditubuhkan memang nampak macam molek je perjalanannya. Mereka membuka kedai dobi, kedai serbaneka, servis dobi dan lain2 perkhidmatan. Tapi bila dah maju sikit mulalah orang2 kat atas tu gelap mata. Terus songlap duit pelabur2. Lepas tu lari menghilangkan diri. May you all rot in hell!
Jadi kepada kawan2 yang tinggal di sekitar Kota Bharu saya minta tolong siasat pejabat mereka ni sama ada masih berfungsi atau pun ditutup. Saya akan buat laporan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan seterusnya pihak polis. Bukan saya je yang kena scam. Ramai lagi pelabur di Kelantan yang tertipu. Ada yg kerugian hampir 10K.
Kepada pelabur2 yg senasib dengan saya pula diseru untuk kita bersatu untuk membanteras scammer spt ini. Kita pakat bawa mereka ini ke muka pengadilan. Biar scammer ni masuk penjara. Tentang duit yg mereka songlap itu, biar Allah yang menghukum mereka di Padang Mahsyar kelak.
Sekian. Terima kasih.
Di atas adalah status Abam di di Group Facebook IRDK (Info Rakyat Dalam Kelantan). Dapat banyak gak responses dari ahli2 group tu.
12 Comments
moga semua pelabur dpt pengadilan...tak sangka, bangunan sebegitu gah sekali, rupanya scammer..
ReplyDeleteAllahuakbar. Penunggang agama makin berleluasa sekarang. Guna perkataan Islamik macam ummah, tulisan jawi sikit dah boleh perdayakan orang2 Melayu. Semoga Abe Kie dapat keadilan yang dituntut. Laporkan je kat polis, biar polis yang cari orang2 yang pecah amanah larikan duit orang awam ni Abe Kie.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan Abe Kie. Baik report saja. Family kakak ipar dan saudara suami saya di Tumpat pun kena tipu juga, oleh ejen umrah. Tak dapat pergi, walaupun dah bayar wang, waktu bulan puasa yang lepas. Macam-macam scammer ni, semoga dapat balasan sewajarnya atas perbuatan mereka.
ReplyDeletekesiannya Abam...cari lagi mana-mana mangsa dan buat laporan secara berjemaah u ntuk lebih kuat...semoga urusan dipermudahkan
ReplyDeleteIkut prihatin bacanya Abang 😔. Saya benciiii betul lembaga2 yang memakai nama Islam, tapi kelakuan tak islami samasekali. Banyak terjadi juga di Indonesia kejadian gini. Sekarang orang2 banyak yg tak percaya dengan koperasi lagi.
ReplyDeleteYang masih panas, kasus koperasi Indosurya, kerugian Rp106 trilyun, dan masih ga jelas kasusnya. 🤧. Yg sedihnya, banyak yang menjadi korban para pensiunan, dan uang itu rencananya untuk bekal di masa tua. Tega mereka yg mencuri uang dari orang2 seperti ini
Biar jadi hutang mereka sampai akhirat ya Abang. Semoga Abang dpt ganti yg lebih baik, dan koperasi ummah ini bisa diperkarakan
pernah dgr company ni tapi xthu apa fungsinya..huhu
ReplyDeleteLah... Nama.kemain islamik..
ReplyDeleteMesti dah banyak disonglap duit orang2 kampung tu. Geramnya!
ReplyDeleteNasib baik cg Abam tak melabor banyak.
ReplyDeleteMungkin ada yang kena berpuluh ribu ringgit agaknya
Innalillahiwainnailahirajiun.
ReplyDeleteHarap dapat bawa mereka ke muka pengadilan.
Benci dengan merekayang menggunakan agama untuk menipu.. Tak baik tau.. Kesian mereka-mereka yang teraniaya..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya juga terjebak dengan koperasi ini. Akhirnya terjawab melalui tulisan abang atas situasi yang berlaku. Walaupun nilai pelaburan saya kecil namun nilai kepercayaan kepada koperasi ini tinggi. Amat menyayat hati. Bagaimana perkembangan terkini dan semoga teruskan perjuangan abang.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.