Dua bentuk cincin dalam simpanan Abam Kie
Namun begitu ada lelaki yang tak suka memakainya kerana merasakan leceh bila cincin ada di jari terutamanya bila hendak mengambil wuduk. Kadang-kadang cincin itu terpaksa ditanggalkan sekejap untuk meratakan air di jari. Tanpa tidak disedari cincin itu diletakkan di tempat wuduk dan apabila selesai wuduk diambil, terlupa pula untuk mengambail kembali cincin tersebut.
Meh Abe Kie ceritakan tentang dua bentuk cincin yang dimiliki namun jarang dipakai.
Cincin perak bertatah permata oren ini adalah hadiah perkahwinan Abe Kie dengan isteri sekarang pada 25 Disember 2014. Permata ini dibeli oleh adik ipar Abe Kie yang pernah belajar di Universiti AL-Azhar, Mesir. Cuma dipakai pada hari-hari tertentu seperti hari raya dan hari kenduri kahwin sahaja.
Manakala cincin bertatah permata maroon atau 'dark pink' ini adalah cincin perkahwinan kedua Abe Kie pada tahun 2010 lalu. Permata ini diberikan oleh bekas kakak ipar. Cantik juga cincin ini tapi jodoh kami tak panjang. Tahun 2012 dah bercerai selepas mendapat seorang anak perempuan.
Demikianlah kisah dua bentuk cincin kepunyaan Abe Kie.
15 Comments
Oh, ada kisah rupanya. Saya yang mak2 ni pun tak suka pakai cincin. Kalau pergi majlis kenduri atau hari raya je pakai. Itu pun kalau teringat. Suami pun xde cincin. Kami jenis tak suka aksesori kot 😅
ReplyDeletex ramai lelaki yg suka pakai cincin kan...
ReplyDeleteCantik cincin yg oren tu. Cincin macam ni kadang memang tak selesa nak pakai harian.
ReplyDeletejarang nampak lelaki nak pakai cincin ni..kita kat rumah pun tak pakai cincin melainkan kalau keluar
ReplyDeletewah cantiknya cincin kenangan
ReplyDeletebatu cincinnya bagus seperti warna delima abam kie
ReplyDeleteWak tak pernah ada cincin
ReplyDeleteTak ada dan tak pakai .. :D
ReplyDeletexleh pakai cincin..asyik luka jer jari..haha
ReplyDeleteCuya tertarik pada lelaki yg pakai cincin, tapi bukan pada suami orang la ...
ReplyDeletehehehhe
suami saya ada sebentuk cincin, tapi dah tak muat. saya pakai kat hujung tudung bawal sekarang
ReplyDeleteAbam Kie masih simpan cincin yang ke-2.
ReplyDeleteSuami saya salah seorang lelaki yang tak gemar pakai aksesori termasuk cincin jadi takde cincin waktu nikah dulu. Jam tangan pun start pakai tahun lepas sebab senang bila dapat alert whatsapp dari ofis (jenis smart watch)
ReplyDeleteCantik dua² cincin tu..
ReplyDeleteMemory pada kedua cincin itu pasti tak ternilai.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.