"Hargailah"

Apabila meninggal dunia seorang ayah.
Maka hilanglah pimpinan dan nasihatnya.

Apabila meninggal dunia seorang ibu.
Maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya.

Apabila meninggal dunia seorang abang.
Maka longlailah cita-cita yang dikongsi bersama.

Apabila meninggal dunia seorang kakak.
Maka hilanglah senyuman kasihnya.

Apabila meninggal dunia seorang adik.
Maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaannya.

Apabila meninggal dunia pasangan kamu.
Maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.

Apabila meninggal dunia sahabat kamu.
Maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.

Ketahuilah sahabatku ..
Andai kita melihat kanak-kanak yang sedang bermain, maka itulah masa silam kita.

Andai kita melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat, maka itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. maka, itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.

Manfaatkanlah masa yang berharga ini.
Sebelum kesempatan itu berlalu pergi.

Hargailah apa yang masih digenggaman.
Nikmati dan manfaatkanlah apa yang masih menjadi milikmu.

Kerana pada saat Allah menarik kembali segala nikmat, maka segalanya sudah tidak bermakna lagi.

Alhamdulillah ♥️