Perlukah bina rumah besar untuk persaraan?
Mini-retirement.
Seorang rakan bekerja keras seumur hidup menyimpan duit dengan cita-cita membina sebuah banglo di kampung.
Beliau jarang bercuti kerana gigih mencari wang.
Pada umur 60 beliau telah menyiapkan sebuah banglo dua tingkat dengan 5 bilik.
Setelah bersara beliau berpindah ke kampung untuk mendiami di banglo idaman.
Masalah dengan Ahmad (bukan nama sebenar) ialah beliau mengalami banyak penyakit termasuk athritis pada usia 60.
Beliau sudah tidak boleh memanjat tangga rumah lagi seperti zaman muda.
Akhirnya Ahmad mendiami bilik kecil di tingkat bawah dan master room besar di atas hanya digunakan oleh anak-anak apabila mereka balik bercuti.
Kini beliau berasa sengsara duduk di rumah besar kerana banyak kerja penyelenggaraan perlu dilakukan dan beliau tiada kederat lagi.
Lain pula dengan rakan saya Joe (bukan nama sebenar).
Beliau juga membina dream house di kampung yang besar tersergam berharga jutaan ringgit.
Apabila banglonya siapa beliau tidak mendiami kerana masalah dengan isteri.
Joe lebih rela menyewa rumah di ibu kota dan banglo besar di diami oleh isteri dan anak sahaja. Sehingga kini masalah marital mereka tidak selesai lagi.
Seorang rakan saya tak sempat menduduki banglo beliau di kampung kerana meninggal dunia akibat serangan jantung. Beliau masih berumur 50an.
Beberapa orang rakan saya yang dulunya bercita besar dengan rancangan hebat ingin melancong keluar negara selepas bersara sekarang ini terpaksa duduk di rumah kerana mengalami banyak penyakit dan hanya larat bersiar di laman rumah sahaja.
Amma ba’du.
Ramai dari kita bercita besar membina banglo di kampung, menyimpan banyak duit, dan mempunyai berbagai rancangan hebat setelah bersara.
Mereka bekerja keras bertungkus lumus selama 40 tahun untuk pencen dengan bergaya tetapi ramai yang impian hanya tinggal impian sahaja.
Moral of the story.
• ‘Enjoy life as it goes’ setiap hari tanpa perlu menunggu masa bersara kerana ramai yang tak akan sempat capai saat berpencen.
• Alhamdulillah jika anda boleh bersara sepenuhnya dalam keadaan sihat tetapi sebelum itu anda boleh sahaja berbahagia dengan ‘mini-retirement’ melapangkan masa membuat perkara-perkara yang disukai semasa zaman bekerja.
• Sentiasa amalkan hidup sihat semasa zaman muda agar anda boleh bersara dengan bergaya.
• ‘All work and no play makes Jack a dull boy’ kata guru saya. Memang benar kata-kata beliau itu maka ‘celebrate life everyday’ bukan tunggu bersara nanti.
• Slow down, stop and smell the flowers.
Ingat apa Dale Carnegie kata:
“The world is filled with interesting things to do. Don't lead a dull life in such a thrilling world.”
Wallahua’llam.
Sumber: Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar
8 Comments
Setiap orang ada impian untuk memiliki rumah idaman yang selesa. Tak kiralah dah bersara baru impian dapat dilaksanakan
ReplyDeleteBagi pendapat saya pula kalau boleh biarlah bersara awal jika berkemampuan.. sebab umur umat nabi antara 60 -70. dan masa sihat pula dari 20-45.. boleh meletak kan harapn utk membina rumah besar di kg sebagainya tapi kene ingt anak2 akan berkahwin dan duduk dgn keluarga mereka.. so apa guna rumah dua tingkat yg besar kalau kita sendiri tak larat.. dlm soal rumah sy lebih suka rumah kondo walau ia 4 bilik.. mudah utk diselenggara :D
ReplyDeletedapat yang selesa pun Alhamdulillah...tp mmg berniat nak yg ada laman, tanah sikit2...semoga termakbul lah impian..aamin
ReplyDeleteSaya dah beli rumah persaraan saya dan dah habis bayar pun, cuma sekarang masih sewakan dengan orang supaya rumah tu terjaga. Rumah tu cuma satu tingkat sebab saya tengok arwah atuk dan nenek dulu dieorg pun tak larat naik turun tangga dan tahun2 terakhir hayat dieorg tido di bilik bawah je. Yang penting rumah tu dekat dengan masjid dan hospital.
ReplyDeleteSemoga Allah panjangkan umur saya dan suami dapat duduk di rumah persaraan kami bila suami dah bersara kelak 🤲🏻☺️
Hehe betul tengok emak abah buat rumah larat duduk tingkat 1. Pengajaran untuk saya.
ReplyDeletebetul2 sgt..rasa x perlu la kot rumah yg besar2 & x perlu tunggu bersara..beli rumah yg mampu milik janji selesa ikut kesesuaian kita...
ReplyDeleteGood points 👍. Betul tuh, setiap hari itu sebaiknya selalu disyukuri dan dinikmati. Tak perlu nunggu pensiun baru nak menikmati hidup. Semasa kerja banting tulang cari uang, tapi pas tua tak bisa dinikmati karena sakit. Percuma capek saat muda 😅
ReplyDeleteSaya lebih selesa rumah setingkat walaupun kecil sebab fikir untuk masa tua nanti, tak larat nak kemas rumah besar bertingkat2.. :( apa yang penting, ada masa nak berjalan, pergi jelah.. tak payah nak tunggu bersara, kita pun tak tahu tenaga tu masih ada lagi ke tak.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.