Perlu istiqamah untuk bangun solat tahajud
Mula-mula, niat nak bangun pukul 4.00 pagi....
Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,
"Kenapa aku tak beramal banyak?"
Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.
Sembahyang (sunat):
1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat
2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat
3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)
4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat
5. Solat sunat Witir - 3 rakaat
Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:
"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."
Akhir sekali, witir 3.
Semuanya 21 rakaat.
Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.
Kalau tak boleh, tak payah.
Tidur je lah.
Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?
1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."
2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.
Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?
Amalan kita.
Amalan kena sentiasa tambah.
Tambah.
Tambah.
Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur.
Mati tak tau bila.
Senang-senang mati.
Tak semestinya orang sakit itu mati.
Tak semestinya orang sihat tak mati.
Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit.
Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.
Tiba-tiba, orang sihat pulak mati.
Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.
Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.
Kita esok bila mati, biar senyum.
TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS
12 Comments
ya betul tu... umur-umur macam kita ni kena banyakkan ibadat awal pagi.. thanks abe kie..
ReplyDeleteterima kasih atas ingatan nya abam Kie...dah ke arah 40 an nie...nk byk2 bertenang, byk2 beramal...masa kita x taw berapa banyak lagi yang tgal...
ReplyDeleteNi ialah satu amalan yang saya masih lemah lagi. Semoga diberi kekuatan untuk bangun solat tahajud, sebulan sekali pun tak pe. Ameen YRA
ReplyDeletegood sharing.. peringatan bersama.. terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang menjentik hati ini. Jauhi sifat bertangguh... Menyesal tak sudah😢
ReplyDeleteSungguh beruntung kalau dapat solat Tahajud
ReplyDeleteMoga moga kita semua dimudahkan untuk bangun solat tahajud..
ReplyDeletehuwwaa..masih tak istiqomah lagi..dapat bgn pkl 5 pagi buat solat sunat taubat n mengaji sblm subuh jer..bila nak insaf tak thulah..huhu
ReplyDeletebetul nak konsisten tu memang susah, ida kalau paling tak sempat pun qiyamullail memang akan buat sunat tahajud. witir memang akan buat selepas isyak sebelum tu
ReplyDeleteAllah Allah Allah... semoga Allah titipkan rasa untuk ammi kunci jam dan bangun bertahajud.
ReplyDeleteNiat harus kuat sangat utk bisa tahajud. Kalo niat tak kuat, confirm tak bangun walopun alarm hidup
ReplyDeleteMemang susah hendak vangun. Selalu hampir Subuh mampu buat solat solat hajat.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.