Gelagat dan Ragam Orang Melayu oleh Frank Swettenham
"Demi
memahami orang Melayu, kita mesti tinggal bersamanya, bertutur dalam
bahasanya, menghormati kepercayaannya, menggemari minatnya, melayan
pertanyaannya, berbelas dan menghulurkan tangan tatkala dia susah malah
berkongsi keseronokan atau mungkin juga kepayahannya." - Frank
Swettenham.
Ambil masa satu minggu hendak menghabiskan catatan yang hampir 200 mukasurat ini. Frank Swettenham mentafsirkan Malaya dalam bentuk tulisan dengan sangat baik, jelas dan terperinci. Didedahkan oleh Si Residen Jeneral pertama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) itu tentang keindahan Malaya yang kaya dengan sumber alam dan hutan-hutan yang menyelimuti negara yang terbentuk seperti sebelah telapak tangan yang dirapat-rapatkan jari-jarinya ini.
Dalam edisi Bahasa Malaysia ini dedahkan oleh Sang Residen Jeneral itu yang orang Melayu sewaktu kelananya adalah begitu dan begini. Saya fikir, sesetengah gelagat dan ragam yang dijelaskan dalam buku terjemahan IBDE ini masih kekal hingga kini dan ada yang saya fikir sudah tandus.
'Sketches' di sini memberikan konotasi bahawa barangkali Si Orientalis itu cuma melakarkan sifat-sifat sesetengah orang Melayu. Maknanya, kemungkinannya segala sifat, tidak kira positif atau negatif, bukan dicapkan kepada seluruh Melayu. Meneliti Gelagat & Ragam Orang Melayu telah mendedahkan kepada saya tentang sifat mereka yang kadang mencuit hati dan bikin resah.
Misalnya, kita akan didedahkan dengan sifat orang Melayu (dahulu) yang fun dan cool. Dalam bab 'Perkelahan', Swettenham sempat merakamkan gelagat orang Melayu seputarnya waktu itu pergi berkelah dengan menaiki gajah! Menurut Sang Penjajah, umumnya, Melayu dahulu suka menjinakkan gajah. Dalam perkelahan di danau itu, mereka akan beramai-ramai terjun ke dalam danau sambil menjerit suka ria. Ikan-ikan dalam danau itu akan dijadikan lauk santapan bersama-sama dengan bahan-bahan lain yang mereka bawa. Dalam bab 'Menggeluncur' pula, dijelaskan Swettenham yang di Perak, Orang Melayunya gemar memanjakan diri dalam bentuk hiburan seiring dengan perkelahan. Ya, mereka akan bercampur gaul lelaki perempuan. Tak ada ruangan tertentu untuk jantina tertentu seperti masa kini di pawagan di suatu negeri itu. Oh, mereka tak buat taklimat tentang rukun dan hukum agama juga sebelum memulakan aktiviti menggeluncur! Dalam jumlah yang ramai, mereka akan terlibat dengan aktiviti menggeluncur melalui air terjun ke dasar kolam yang berketinggian 60 kaki!
Sisi lain orang Melayu yang bikin saya ketawa juga ada dalam buku ini seperti dicatatkan secara singkat oleh Frank Swettenham dalam beberapa bab menceritakan tentang betapa kuat pegangan orang Melayu itu sampaikan paderi Kristian dah putus asa hendak mengajak mereka masuk Kristian. Dicatatkan yang seorang mubaligh Kristian datang ke Tanah Melayu, menemui orang-orang Melayu dan bersungguh-sungguh bercerita tentang kisah Maryam Perawan. Reaksi orang Melayu seusai mendengar mubaligh Kristian itu bercerita berjaya bikin saya dan kawan saya berdekah dalam dewan kuliah.
Yang paling menarik bagi saya dalam buku ini antaranya adalah bab 'Berhantu' lebih-lebih lagi apabila diceritakan tentang upacara yang dikendali Raja Ngah, seorang wanita berpakaian seperti lelaki di dalam istana yang disukai ramai. Ironinya kini kalau seseorang lelaki atau wanita berpakaian yang (kononnya) tidak ikut jantinanya akan dikenakan tindakan. Paling tak boleh 'blah', penamat bab ini bikin saya mengatakan, "Aisyyyyy... cilakak kena scam!" dan kemudiannya terkekeh-kekeh ketawa. Selain daripada itu, 'Kepercayaan Karut Orang Melayu' pula menceritakan tentang pembelaan bajang--polong dan pelesit. Mendapatkannya agak mudah dan memetik buku ini, '...jadi tidak mengejutkan kita bahawa setiap orang di Kedah, tidak kira sesiapa pun mempunyai pelesit.". Saya juga gemarkan bab yang diberikan nama seorang residen British di Perak, dikenali dengan nama J.W.W Birch, yang menceritakan peristiwa pembunuhan residen British di Perak itu dari sudut pandang Frank Swettenham.
Jujur, jauh di sudut hati, ada lagi yang hendak saya kongsikan kepada semua. Tapi saya fikir lebih baik sekiranya buku ini dibaca berbanding kalian baca reviu saya yang tak seberapa ini. Ada lagi yang hendak saya ceritakan tapi kewarasan saya menyumbang saran yang bahawasanya hal yang ini lebih baik dibualkan saja secara kecil-kecil dengan rakan. Boleh dapatkan Gelagat & Ragam Orang Melayu di IBDE atau di mana-mana kedai buku fizikal atau atas talian yang menjualnya.

11 Comments
menarik buku ni..mesti terhibur sgt bila baca tu
ReplyDeletebagus untuk mereka yang suka membaca..:)
ReplyDeletemungkin kurang pendedahan ttg agama Islam masa tu..x sangka Melayu suka jinakkan gajah..mungkin itu saja pengangkutan yg ada masa tu..
ReplyDeleteSemoga kalo saya ke Malaysia, bisa menemukan dan membeli buku ini. Tertarik nak baca. Apalagi sebagian bangsa melayu pun ada di Riau. Dari mereka saya banyak tahu juga sedikit kebiasaan Melayu yg masih berlaku 👍.
ReplyDeletebuku yang menarik untuk lebih mengenali dan memahami bangsa. Setuju dengan perenggan akhir, kena baca sendiri baru dapat rasai apa yang penulis maksudkan. Apa pun review ni sebagai asas memang cantik sangat dah.
ReplyDeletePerangai orang Melayu dari sudut seorang residen-jeneral british. Macam menarik juga bukunya. Tabiat orang dulu.
ReplyDeleteMenarik buku ni. Terima kasih kongsi info nya.
ReplyDeleteWah! Cover dia konsep minimalis!
ReplyDeletetakkan melayu hilang di bumi hehehehe. zaty macam nak cari je buku tu. i mean, today's generations need to read that supaya generasi-generasi baru ni tak pandang rendah dengan bangsa dan culture sendiri dan tidak terpengaruh dengan western propagandas! apa ii pun thank u for the review!
ReplyDeleteBaru kusedari dah lama ku tak membaca buku tebal.
ReplyDelete1 perkara sy bimbang. kalau laa lbh ramai pegawai spt FS, ni lbh mendalam tentang bangsa / negara yg mereka jajah, pasti akan lbh byk kelemahan akan dicoreknya. dan ini akan jd lbh mudah utk.mrk (penjajah) menundukkan sesuatu bangsa/kaum or negara yg mrk jajah tu. sekadar pandangan...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.