Aktiviti Membalas Komen Rakan-Rakan Blogger
Assalamualaikum. Abam Kie pasti rakan-rakan pasti gembira bila post yang kita siarkan dikomen oleh blogger lain. Iyolah kan...penat2 kita tulis dan ada yg bagi response dengan meninggalkan komen tu dikira cukup bagus sangat tu!
Jika kita nak orang tinggalkan komen di entri kita maka kita kenalah rajin berjalan2 ke blog blogger lain dan tinggalkan komen di blog mereka. InsyaAllah, mereka akan membalas kunjungan anda dengan menulis komen2 yang membina biar pun pendek! Ini dinamakan 'I scratch your back, you scratch my back!'. Dok gitu?
Mungkin kawan2 boleh ikut teknik yang abam kie buat ni. Abam Kie memperuntukan hari Jumaat untuk membalas komen rakan2 blogger sepanjang minggu berkenaan. Lagipun di Kelantan ni cuti mingguannya jatuh pada hari Jumaat jadi adalah masa sikit untuk blogwalking dan balas komen kawan2 blogger tu.
Huh, Abam Kie siap catit dalam personal planner blog2 yang perlu abam kie kunjungi dan balas komen mereka. Macam hari Jumaat bertarikh 12.1.2024 lepas tu sampai 34 blog yg perlu abam kie membuat kunjungan balas! See my level? Hehehehe.... Tapi jumlah blog tu bergantung kepada keadaan gak. Paling sedikit ada 15 blog yang abam kie perlu kunjungi.
Kesimpulannya kunjung-mengunjungi sesama blogger perlu diamalkan supaya blogger2 yang masih aktif sekarang akan terus kekal relevan. Apa kata anda? Sila tulis komen di bawah.
Sekian. Terima kasih.
18 Comments
wah rajinnya cikgu...saya selalu baca blog cikgu ni tapi jarang komen (silent reader) sahaja.. terima kasih bagi tips,lepas ni saya nak cuba praktikkan
ReplyDeleteIdea yang bagus ni Abam Kie. Boleh dipraktikkan ni.
ReplyDeletenie dah boleh masuk dalam planner nie Abam Kie...memang stail cikgu mcm nie lah..terbaik...Linda tulis list nk beli barang dapur je...kikiki
ReplyDeletedulu sy buat macam ni juga
ReplyDeletetapi lepas tu terkubur...
sy selesaikan yg drop komen dulu then baru BW....
wah..siap tulis lagi.. bagus nya..
ReplyDeletefor MA..memang relevan sgt .. berbalas kunjungan ni.. so rasa mcm kita appreciated la kunjungan & komen dr kawan blogger kita tu ke blog kita... gitu kan..
Blas jgn xbls.. Blog kita jgn lupa walaupun kita komen seciput😂
ReplyDeleteammi selalu akan tinggalkan komen masa BW itself..sekali BW bacalah terus postingan mereka yang dah banyak tertinggal tu. Yelah kita pun bukan sempat singgah hari2kan.
ReplyDeleteSetujuuu abam kie 👍👍. Kalo saya memang sengaja buat moderasi di komen , karena saya nak tahu siapa saja yg komen di blog saya, jadi bisa saya bw balik.
ReplyDeleteLalu cek juga spam, mungkin ada yg masuk kesana. Makanya saya rutin bersihkan dan cek spam juga.
Saya sadar blog saya bisa tumbuh Krn ada teman2 yg visit juga. Jadi haruslah dibalas kan ☺️. Anggab saja bertamu, tapi ini di dunia Maya.
waaahhhhh rajim Abam Kie! Ana pun mcm tu juga tapi i olls tak ramai singgah mcm blog Abam Kie ehehehe
ReplyDeleterajinnye abg kie.. tp LadyBird's Life xde dalam senarai :((.. hihi.. tp komen abag kie ade je d blog..
ReplyDeleteBetul tu.. dah masuk 2024, akan ku cuba untuk singgah blog kawan-kawan sebagai membalas kunjungan.. sebelum ni asal dan je.. huhuhu..
ReplyDeleteSiap buat senarai blog kena kunjung. Hehe bagus untuk orang sibuk dengan perkara-perkara lain.
ReplyDeleteIde yang bagus nih Pak Kie membuat jadwal berkunjung balik dan berkomentar di blog teman-teman.
ReplyDeleteSaya menganggap blog sebagai rumah. Bila ingin rumah kita dikunjungi, kita harus mengunjungi rumah orang. Kecuali kita ini seleb atau tokoh terkenal, tanpa kita melakukan kunjungan ke blog orang pastilah banyak orang yang berkunjung ke blog kita.
Sampai sekarang saya tidak punya jadwal khusus buat BW. Sesempatnya waktu saja. Makanya saya bilang ide Pak Kie ini bagus sekali.
Salam,
idea yang bagus jugak ni! zaty boleh try sebab kadang-kala zaty lupa juga nak balas kunjungan kawan blogger lain! thank u for this sharing cikgu!
ReplyDeleteBagus abam kie siap tulis lagi
ReplyDeletesaya guna notepad untuk catat link yang ada singgah di blog saya dan saya balas blogwalking mereka ....saya juga tidak berharap kunjungan saya ke blog orang dibalas kembali kerana saya faham ramai yang cukup sibuk sekarang ini
ReplyDeleteWah, Abe Kie siap tulis, tu.
ReplyDeleteSaya setiap kali update blog, lepas tu akan balas komen di entri terdahulu dan balas kunjungan setiap blogger yang tinggalkan komen. Hehe.. itu style saya.
Yes i see your level abam kie .. power lah.. hahahaha .. betul tu nk org dtg mengomen di blog kita.. mesti la kita pun kena komen di blog org kan
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.