Bilik guru di sekolah masih pada tahap lama
(1) Antara perkara yang sepatutnya diberikan perhatian dalam usaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara ialah melakukan transformasi kepada sistem keguruan.
(2) Antara paling utama ialah soal kebajikan guru.
(3) Saya pernah menjadi seorang guru. Saya pernah bertugas di di sekolah bandar dan luar bandar. Jadi, saya berkongsi rasa dan denyut nadi seorang guru.
(4) Antara perkara yang begitu mendukacitakan para guru ialah keadaan kebanyakan bilik guru di sekolah - sekolah kita.
(5) Masih banyak bilik guru di sekolah kita yang sesak, sempit, panas dan tidak teratur sehingga menimbulkan rasa rimas dan lemas untuk bekerja.
(7) Cuba letak diri anda dalam 'kasut guru' dan bayangkan apa perasaan anda sebagai pegawai gred 48, 52 atau 54 di pejabat dan jabatan jika terpaksa berkongsi meja kerja dengan staf lain? Akan hebatkah motivasi kerja anda?
( Sekarang kita pun di abad 21. Tapi bilik guru kita ada yang masih di tahun 70an. Perabot pun uzur dan daif sekali. Malah ada guru yang terpaksa beli kerusi dengan duit poket sendiri.
- Kononnya kita mahu guru mengajar dengan amalan PAK21.
- Kononnya kita mahu guru kita hebat dalam Pdpc.
- Kononnya kita mahu kualiti pengajaran guru dipertingkatkan.
- Kononnya kita mahu guru - guru sentiasa menyayangi murid.
- Kononnya kita mahu sekolah kita di transformasikan.
Kita minta berbagai perkara dari guru. Tetapi cuba kita lihat persekitaran tempat kerja guru? Adilkah kepada guru?
(9) Mungkin di sekolah baru keadaan bilik guru lebih baik. Mungkin ada sekolah yang PGB begitu prihatin dan berjaya menjadikan bilik guru lebih selesa. Tetapi bagaimana dengan sekolah yang lain?
(10) PMX telah umumkan tahun 2024 adalah tahun meningkatkan kualiti pendidikan negara. Kita harap salah satu usaha yang mesti diberi perhatian ialah meningkatkan infra dan persekitaran bilik guru di semua sekolah.
(11) Biarlah bilik guru sekolah menjadi tempat kerja yang selesa dan meningkat motivasi kerja para guru.
(gambar sekadar hiasan)
Sumber: Dr. Anuar Mohamad, UKM Bangi
7 Comments
sgt setuju.... moga ada perubahan la yer...
ReplyDeleteBukan guru sahaja, semua kakitangan kerajaan mahupun swasta memerlukan ruang kerja yang selesa untuk memberikan motivasi ke setiap kakitangan.
ReplyDeleteAlamak masih begini lagi ke bilik gurunya? Sama macam saya lihat waktu sekolah menengah.
ReplyDeletePada pandangan saya (bangunan) bilik guru seharusnya terpisah dgn blok kelas atau blok2 yg lain. Selain daripada privasi, secara tak langsung kita dpt mengajar murid utk menghormati ruang privasi guru2. Blok bilik guru ni tak boleh masuk sembarangan. Bilik guru juga perlu ada suasana bekerja (macam office yg lain) supaya para guru lebih bermotivasi dan bersemangat.
ReplyDeleteMasa sekolah dulu kadang sy kesian tgk meja2 cikgu sy yg sempit lagi berselerak. sampaikan tak ada ruang utk letak brg2 sendiri. Atas meja penuh dgn buku utk ditanda. Belum kira lagi kertas2 latihan dan soalan exam… belakang meja ada almari besi. Kiranya mmg tak ada ruang even utk menggeliat…
memang kesian pada guru2. dari zaman ammi sekolah hinggalah ke zaman anak-anak ammi rasanya sama je keadaan dibilik guru. penuh dengan timbunan buku dan guru2 dihempuk didalam satu bilik yg besar beramai-ramai.
ReplyDeletekalau sekolah yg ada aircond ok lagi...ni dibuatnya bilik guru masih guna kipas angin...sedih
Beberapa sekolah di sini, trutama yg swasta dan sekolah pemerintah yg memang bagus, ruang gurunya dah nyaman dan aircond semua.
ReplyDeleteTapiiii saya tak bisa nafikan banyak sekolah di pedalaman indonesia yg masih kumuh, banyak rusak, dan ruang gur memang tak layak 😔. Sedih kadang. Tapi saya salut dengan niat guru2 itu untuk tetap mengajar murid2 di pedalaman sana. Hanya saja tetap berharap semoga pemerintah mau lebih berusaha untuk menaikkan taraf para guru2 di sana
Setuju sangat selain menaik taraf banguanan.. bilik cikgu juga perlu dinaik tarafkan kepada lebih baik canggih dan sesuai dgn persekitaran yg lebih moden
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.