Assalamualaikum. Macam menjadi2 pulak rakan blogger menganjurkan segmen atau contest sejak akhir2 ini. Iyolah kan....pada zaman kegemilangan blog sedekad yang lampau memang setiap minggu ada je segmen/contest yang dianjurkan. Siap ada yang sudi jadi penaja bersama lagi atau kolaborasi anjur contest gitew! 
 
Tapi saat terindah hanyalah sementara. Sekarang ni dunia blog menjadi semakin sendu dek penangan media social lain yang lebih menarik dan komersial seperti FB, IG, Tik Tok, Twitter dan sebagainya. 
 
Jadi untuk memeriahkan dunia blog dan menunaikan jemputan rakan blogger, Puan Roziah MN, saya dengan berbesar hati join giveaway yang beliau anjurkan. Diharapkan lebih ramai blogger yang join ye. Kalau menang tu kira bonus lah ye. Sesiapa yang nak join tu sila klik banner di atas... Masa masih ada....
 
Selamat maju jaya kepada penganjur dan semua peserta.