1. Duit yang saya ada, berpotensi untuk susut nilai nya. Rm1000 hari ini tidak akan sama nilainya dengan Rm1000 di masa 10 tahun akan datang.

2. Dulu saya faham berjaya hanya pada kerjaya. Rupanya berjaya kena setiap penjuru hidup. Fizikal, mental, Spiritual dan finansial.

3. Selain dari bergantung pada KWSP dan skim pencen, saya juga boleh bina dana persaraan sendiri sebanyak mana yang saya mahukan.

4. Al Quran bukan sahaja wajib percaya. Paling penting kena baca, faham dan amalkan di dalam kehidupan.

5. Saya sangka ketika takde duit, saya kena kurangkan bajet makanan. Rupanya kena turunkan bajet perkara lain. Makanan kena sentiasa ada bajet supaya dapat makanan yang solid dan membantu fizikal dan mental berfungsi dengan baik.

6. Saya ingat belajar ni sampai sekolah dan universiti sahaja, rupanya kena terus belajar sehingga ke akhir hayat khusunya ilmu yang paling diperlukan sekarang. Contoh : kalau ada masalah duit, belajar ilmu buat duit zaman moden. Kalau jadi ketua kena belajar ilmu menjadi ketua.

7. Saya ingat nak mula berniaga kena ada duit modal. Rupanya saya boleh mula berniaga menggunakan modal insan iaitu diri sendiri dan kederat.

8. Saya ingat kena kawan dengan semua orang. Rupanya saya kena kenal dengan semua orang dan bergaul hanya dengan segelintir orang.

Adik-adik,

Menjadi remaja di zaman moden ini adalah zaman paling senang untuk menang kerana korang ada terlalu banyak akses terhadap ilmu dan maklumat.

Namun....sayang...

Kau masih sibuk main game beratus jam lamanya. Skroll media sosial. Lepak isap kaset beramai-ramai dan sugul di dalam bilik gelap.

Wake up brooo!

P.S. Foto di atas adalah semasa Abam Kie mengambil jurusan Pre-ESL di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya, 59100 Lembah Pantai. Batch kami dalam 52 orang gitu biar pun kuota untuk 60 orang pelajar Melayu dan Bumiputera Borneo. Selepas SPM daftar di UM dan kursus ini mengambil masa 2 tahun. Selepas tu masuk Fakulti Pendidikan dan ambil B.Ed. TESL selama 4 tahun pulak. Lama tu belajar di UM. Mujur dapat biasiswa KPM dan terus dapat posting sebaik sahaja habis final exam. See my level? Hehehe.....