Hala Tuju Selepas SPM
Meh saya kongsikan antara peluang dan ruang yang boleh dipohon.
1. Politeknik dan KOLEJ Komuniti.
- Yuran hanya RM200 satu semester.
- Yuran asrama RM60 sahaja satu semester.
- Politeknik ini jam bukan kaleng-kaleng. Mereka sudah ada asasi dan ijazah mereka sendiri. Bukan lagi pilihan alternatif. Tak dapat universiti, politeknik pun bolehlah. Tidak.
- Keboleh pasaran politeknik Kolej Komuniti ni lebih 90%
- Politeknik juga ada menawarkan kursus yang tidak ditawarkan oleh universiti.
2. Matrikulasi
- Permohonan ke matrikulasi sudah dibuka sehingga 31 Mac 2024. Sebaiknya, anak-anak SPM 2023 mohonlah dulu. Senang. Takyah fikir dah. Lagipun permohonan percuma.
- Belajar setahun saja (ada kursus 2 tahun juga)
- Banyak kelebihan matrik. Bayaran pendaftaran RM500++ saja. Tak ada bayaran lain dah. Asrama pun percuma. Kalau layak, siap boleh dapat elaun lagi.
- Jika anak-anak bijak, KPM akan taja dan hantar belajar di luar negara. Balik jadi pensyarah matrikulasi.
- Kalau tak nak sambung ijazah, sijil matrik ni boleh mohon untuk kerja kerajaan. Setaraf diploma, STPM, STAM. Dapat gred 27.
3. ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam)
- Dalam UPU, bukan hanya ada universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti saja. Tapi ada ILKA.
- Ada ADTEC, BPKLP, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Perindustrian, Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan, Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), KKTM.
- Semua ni ada dalam UPU. Boleh godek-godek dekat UPUPocket. Sebab nak mohon nanti melalui UPU.
4. IPG
- Kalau nak jadi cikgu sekolah rendah, inilah laluannya.
- Boleh dikatakan 'confirm posting'.
- Belajar secara percuma. Ditaja oleh KPM. Siap dapat elaun lagi.
- Ada juga peluang belajar di luar negara khusus untuk murid terlajak pandai.
- Syarat kemasukan hanya minima 5A. Tapi nak memohon bukan main susah. Ramai yang mohon. Kekosongan hanya ada sekitar 6k saja.
7. STPM
- Sekarang dipanggil Kolej Pra-Universiti KPM.
- Ini tak perlu mohon. Akan ditawarkan secara automatik kalau layak. Kalau tak layak, boleh buat rayuan.
- Belajar 3 sem saja.
- Yang bestnya, kalau keputusan sem 1 dan sem 2 tak cantik, kita boleh repeat. Baiki keputusan supaya CGPA akhir boleh dapat yang terbaik.
- Yuran sama macam yuran sekolah. Kata kawan saya, yuran tadika lagi mahal daripada yuran STPM ni.
8. IPMA (Institut Pendidikan MARA)
- Ada banyak. Cuma saya nak highlight kan kepada GiatMara, IKM, KKTM dan Kolej Profesional MARA.
- Sebab dekat sini belajar percuma saja.
- Asrama pun percuma. Siap dapat elaun lagi.
- UniKL juga bawah MARA. Yuran mungkin mahal. Tapi, boleh dapat pinjaman MARA. Pinjaman boleh ubah. Pinjam puluh ribu, bayar mungkin berapa ribu je.
- Boleh juga rujuk yang lain.
9. Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU)
- Ada 4 buah.
- UTP bawah Petronas
- MMU bawah Telekom
- UNITEN bawah TNB
- UniKL bawah MARA
- Yuran memang keras. Tapi mereka ada biasiswa dan pinjaman boleh ubah. Pinjam banyaaaaaaaaakkkkkk, bayar ciput.
10. Swasta
- Tak semua swasta berasaskan keuntungan semata.
- Ada yang bagus bagi biasiswa. Kena faham TnC betul-betul.
- Cuma nak tak nak, kena terima hakikat, ada duit, baru boleh sembang.
11. Private Wing University
- Bawah universiti awam tapi bahagian swasta.
- Tak ada subsidi kerajaan.
- Kena bayar yuran penuh. Harga agak keras.
- Cuma bagusnya, semua silibus, sijil, konvo buat dekat universiti induk.
- UMP ada UMP Advanced. UM ada UMCCED. UTM ada UTM Space (sekadar sebut beberapa contoh)
12. Pra Diploma UiTM
- Khusus untuk bumiputera yang tak dapat keputusan yang baik.
- Kena tambah 1 semester untuk persediaan. Jumlah semester jadi 7 untuk diploma.
- Berpeluang belajar di UiTM untuk sambung ijazah.
13. Latihan Separa Perubatan dibawah SPA
ILKKM - Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Menawarkan 10 kursus bertaraf diploma dan 2 kursus bertaraf sijil.
- Dibayar elaun RM800 sebulan, Elaun Uniform, Elaun Buku & dibekalkan kasut setiap sem.
- Yuran belajar percuma. Hanya bayar yuran asrama RM20 sebulan.
- Habis belajar terus diserapkan bertugas dalam KKM. Jawatan tetap. Tapi ada juga yang kontrak dulu sementara.
Dahlah. Ini saja yang saya terfikir setakat ini. Lagipun penat menaip guna henset ni
Kalau ada lagi, saya update lagi ya.
Mak ayah, anak-anak SPM dah boleh fikir sekarang. Jangan dah habis SPM baru nak fikir.
At least, bila dah tahu syarat am khas, kita dah boleh buat target. Contoh nak masuk IPG mesti 5A. Jadi dalam kepala dah letak target. Apa nak jadi, aku kena dapat at least 5A untuk masuk IPG.
Itu lebih baik daripada belajar tak ada matlamat. Ibarat main bola tapi tak ada tiang gol. Kena sepak, tackle, siku, tanduk. Dah bawa bola sampai atas, tak ada tiang gol nak shoot. Penat je yang dapat.
All the best ya. Bittaufiq wannajah.
12 Comments
suka ayat last tu. nak buat something memang kena ada matlamat. semoga dipermudahkan urusan semua student untuk membentuk future generations yang lebih baik !! aamiin..
ReplyDeleteanak MA pun dah ckp dah nak minta tlg isi borang matrik ..emmm kena study ni sbb lain sgt dr masa kita dulu2 kan..
ReplyDeletetq for sharing
risau juga fikir nie walaupun anak sulung baru nk masuk tahun 6
ReplyDeleteldy dlu pun begitu.. yg penting nak masuk universiti.. dan universiti tu plak mesti jauh dari Terengganu.
ReplyDeletealumni politeknik hadir. hihihhi. Politeknik Johor Bharu course Pengurusan Hotel dan Katering.
ReplyDeleteTerima kasih kongsi info AK. Moga anak2 kita berjaya dunia akhirat.
ReplyDeletezaman ammi dulu masa SPM kita sendirilah pandai-pandai pilih haluan. Skrg ni mak bapak pun terlibat sama bagi pandangan dan nasihat buat anak-anak. Anak dara ammi batch 08 SPM dia 2025
ReplyDeleteSy pun tak pandai sgt urusan selepas SPM ini.. sbb diri sendiri tak amik SPM hhihii :D
ReplyDeleteAnak masuk laluan asasi selepas SPM tapi nak bagi tahu walaupun laluan ni cepat cuma 1 tahun nak masuk ijazah lepas ni....laluan ni kena betul2 belajar sebabnya lecturer mengajar laju juga sebab nak kejar masa yang tak lama tu. Kalau tak faham cepat2 tanya nanti ketinggalan.
ReplyDeleteDi UPM pun ada saluran alternatif iaitu saluran kemasukan yang tidak disubsidi oleh pihak kerajaan. Kemasukan pun mengikut syarat am dan syarat khas universiti walaupun kena bayar penuh.
dah banyak peluang terhidang berbanding zaman sy dulu dulu...
ReplyDeletecuma nak dgn tak je belajar ni
pilihlah yg terbaik utk masa dpn y lbh cemerlang
dulu anak saya masuk matrik...sekarang dah masuk U...seronok katanya sebab ada elaun
ReplyDeleteSama jugalah ya macam sini. Lepas SMU rata2 pasti nak masuk uni. Tapi yg tak dapat masih ada pilihan lain sbenarnya. Tinggal pilih nak kemana. Ada swasta, ada college, etc.
ReplyDeleteSaya dan adik ,lepas SMU, malah ke penang langsung, kuliah di sana 😄. Tapi adik saya berhasil masuk USM, saya krn telat datang, sempat kuliah di Indonesia sebentar, baru ke penang, jadi dah telat nak dftr USM. Akhirnya college swasta di penang ambil degree. Agak mahal, tapi dah lah, yang penting masuk dulu 😄
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.