Mimi membawa balik anak ular ke dalam rumah
Pada hari Sabtu lepas semasa Abam Kie sedang bersiap2 ke majlis kenduri anak saudara di Machang, tetiba terdengar laungan anak2. Tekejut juga bila mereka ni bising kat ruang tamu tu. OMG! Rupa2nya kucing betina kami bernama Mimi membawa balik hasil tangkapannya berupa seekor anak ular! Mimi ini memang ganas dan berani. Kecil2 cili padi. Kalau setakat bumbung rumah tu banyak kali dah ia naik. Memang dasar kucing ni tak takut mati. Bila tangkap apa2 haiwan mesti bawa balik ke rumah untuk ditunjukkan kepada tuannya. Adoiii! Kalau setakat cicak tikus atau mengkarung tu biasalah. Tapi hari tu dibawanya masuk anak ular ke dalam rumah! Kau nak aku dan keluarga mati ke? Arrrghhh!
Tengok gambar kat atas tu. Siap si Mimi tu main2 dengan anak ular tu!
Isteri dan anak2 memang takut belaka kat ular. Tapi abam kie dengan selambanya mengambil sebilah parang lalu mengetuk kepala ular itu sampai hancur. Mujur la ular tu x agresif. Jika tidak, memang kena panggil JPAM dah.
Inilah anak ular yang dah mati tu. Selepas dibunuh, Abam Kie tinggalkan dulu bangkai ni kat porch. Pas tu terus memecut ke rumah abang yang buat majlis bertandang sempena perkahwinan anaknya yang sulung. Berbesan dengan orang Rengit, Johor! Jauh nau!
Sekembali dari rumah abang petang tu, terus Abam Kie menggali lubang di depan rumah untuk menanam bangkai ular tersebut. Semoga tiada lagi kemunculan ular berlaku di rumah Abam Kie pada masa depan. Semoga Allah melindungi Abam Kie dan keluarga dari segala mara bahaya. Aamiin....
18 Comments
Samalah dengan kucing rabia dlu bwk balik ular
ReplyDeletesuka sangat bawa balik hadiah untuk abah ye Mimi...
ReplyDeletekalau ular ini memang seriau..... rumah kampung kami hari tu ada dia masuk, sampai hari ini tak ada yang berani nak balik
ReplyDeletekucing nie suka main2 je...tak makan pun ular tu
ReplyDeletegood job mimi..
ReplyDeletedia bawak balik biar boss dia nampak, untung2 dapat upah ikan rebus 2 ekor
Mimi bawa hadiah pada tuannya..
ReplyDeleteOhh kiranya mimi bawa balik anak ular tu belum mati la... uishh bahaya tu.. kalau bawa blik dh mati ok la jugak
ReplyDeleteAnak ular pun tetap ular eiii takutnya....mesti mak ular ni berdekatan jugak tak?.
ReplyDeletebuat suspen je ye si Mimi
ReplyDeletehadiah mimi XD. kalau zaty la dah lari keluar rumah dah. tak berani betul bab ii ular ni haahahahah. hebat la cikguu !
ReplyDeleteTu dia.. anak ular terus Mimi beri hadiah ke tuannya.. berani sungguh.
ReplyDeleteAdoii..Bahaya nih...Kucing sy pernah bwk burung yg kecik besar genggam tu..Nasib hidup lg masa sy lepaskan...
ReplyDeletefeel free to join yg segmen ya
https://thisni3zahata.blogspot.com/2024/02/segmen-mencari-bloglist-baru.html
adoiii mimi mimi
ReplyDeletehahahah
lengkali bw blk laaa emas ke duit berkepuk ke
hehehe
ni ular
nak mkn pun tak boleh
nk jual pn x laku
hahaha
Oih! Kalau cam ni uncle terjun tingkap!
ReplyDeleteklu cik nor lama dah lari..haha
ReplyDelete😅😅 mimiiiii, kenapalah kau bawa ular ke rumah 🤣🤣. Nama kucingnya sama dengan kucing saya.. tapi nasib baik kucing saya tak pernah bawa ular. Kalo tak , pingsan rasanya saya bang 🤣
ReplyDeleteEh tapi, tak apakah di bunuh anaknya 😅? Orang2 tua cakap, kalo anak ular jangan dibunuh, takut mak nya dia mencari nanti 😆😅
Kucingnya benar-benar jadi penjaga rumah Pak Kie.
ReplyDeleteUlar yang ditangkap ternyata panjang juga... Seram saya melihatnya.
Salam,
Berani betul Mimi ni. Patut dapat upah wet food mahal sikit, Abe Kie. Hehe...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.