Pesanan kepada guru-guru baru posting
Ramai betul dapat posting kali ni. untuk KV sahaja 400 orang. SMK, SK tak pastilah. Saya cuma nak berkongsi sedikit info kewangan kepada guru-guru baru yang mana selalunya akan jadi 'mangsa'.
1. Takaful Kesihatan
Soalan saya, kawan-kawan dah ada approach ke? Haha, biasa. Untuk makluman guru-guru baru, kita dibawah KPM ni ada satu unit yang juga menyediakan servis yang sama iaitu dipanggil Cuepacs Care. Sebenarnya Cuepacs Care ni diuruskan oleh Zurich Takaful dan FWD Takaful. Kedua-duanya adalah syarikat takaful juga. Cuma sebagai penjawat awam hanya kita ada kelebihan untuk mendaftar bawah Cuepacs Care. Pakejnya sangatlah berbaloi. Sekitar RM130 untuk 4 sekeluarga.
Ramai antara guru-guru baru terjerumus dalam komitmen membayar takaful kesihatan sehingga RM200 sebulan per individu hanya untuk sejukkan hati rakan-rakan. Ya, memang betul coverage pakej mereka sehingga 1 juta. Tapi sebagai penjawat awam, kita ada banyak kelebihan yang ditanggung kerajaan. Institut Jantung Negara, kita dapat pengecualian, pusat dialisis kita ditanggung, rawatan kanser juga kita ditanggung. Tidaklah kita meminta untuk sakit, cuma nk beritahu, ini kelebihan kita. Jadi jangan nak bukitkan kelebihan gaji kita dengan kawan-kawan dengan membuktikan kau mampu bayar beratus bulan-bulan. Tunggulah sehingga ada anak-anak kau tengok komitmen meningkat dengan mendadak. Masa tu nak tukar company dah tak boleh, mungkin dah sangkut dengan sakit. Tukar Cuepacs Care pun dikelola oleh syarikat takaful jugak. Health screening mereka sama saja.
2. Beli rumah di kampung
Yang ini biasa, sebab vibe "memiliki aset seawal usia" adalah trend sekarang. Tapi ramai yang jarang bercerita, beli rumah awal perkhidmatan, selepas 20 tahun baru berjaya pindah. Akhirnya bina rumah lain kerana design ketinggalan zaman, rumah rosak sebab dijadikan rumah sewa, lokasi yang lebih baik dan banyak lagilah faktor. Ya, memanglah sekurang-kurangnya telah punyai aset, tetapi beberapa tahun awal perkhidmatan telah dikorbankan untuk membayar rumah yang tidak didiami.
Syarat untuk memiliki rumah pertama perlu letakkan beberapa faktor:
-- Mampu bayar kedua2 tempat. Jika sekarang menyewa, mampu tak untuk bayar kedua-dua lokasi?
-- Sudah melepasi umur 30. Premium takaful rumah akan menjadi lebih mahal ketika ini. Ada yang baru posting mungkin sudah melepasi umur ini.
-- Sudah mencapai 10 tahun pertama perkhidmatan, maka waktu ini pelaburan terhadap sebuah aset pertama sangat digalakkan.
-- Lokasi rumah nk dibeli. Kalau nilai hartanah mmg cepat naik, mungkin kawasan bandar atau pinggir bandar, boleh saja beli. Kalau kawasan kg, tiada beza beli sekarang atau beli masa dapat balik kg. Kenaikan gaji akan seiring dgn harga tanah ketika itu. 'Golden handshake' bagi setiap penjawat awam pun cukup banyak.
"Alah beli sahaja rumah sekarang, kalau tak duduk boleh buat homestay" Kata seseorang yang kampungnya di bandar besar dan sentiasa ada pelancong yang menginap.
Jika betul mahu mempunyai aset, pelaburan aset yang betul adalah pada sebidang tanah. Dan pada hakikatnya, nilai yang naik bukan rumah, tetapi tanah. Selepas berbelas tahun perkhidmatan, boleh kembali pada tanah yang dibeli seawal perkhidmatan. Dengan gaji yang lebih besar, boleh upah architect untuk pelan rumah yang hebat, upah pula interior design yg kreatif.
Apa pun berbalik pada kemahuan sahajalah. Cuma ini kisah taboo yang jarang orang bercerita. Malu dan segan. Bayar rumah yang tak diduduki bertahun-tahun. Sewa takut rosak, jual takut rugi, homestay tiada siapa nk pantau. Tapi awal-awal perkhidmatan dah hilang dekat RM1k kuasa beli yg dipotong dari gaji.
3. Sah jawatan nak henti KWSP atau tidak
Ini juga aspek kewangan yang orang jarang nak cerita jugak. Tak tahu kenapa. Sy andaikan kebanyakan guru baharu akan memilih skim pencen. Tetapi sehingga waktu itu, tuan-tuan akan dicarum ke KWSP. 3 tahun pertama servis mungkin adalah beberapa belas ribu dari akaun 1 dan 2. Ramai yang sudah sah jawatan kebanyakannya akan stop mencarum sebab kenapa perlu terus mencarum, kan dah pilih pencen? Dah la potong 300+ lebih.
Sebenarnya agak untung untuk terus mencarum di akaun 2 KWSP. Ia akan bertindak sebagai tabung paksaan. Dividen tahunan KWSP juga agak tinggi berbanding simpanan lain dan dijamin tidak kurang 2.25% setiap tahun. Pada 2022 juga dividen KWSP adalah lebih tinggi dari ASB. Mana-mana yang sukar menabung, elok saja teruskan caruman. Cuma pengeluaran akan berlalu pada umur 55. Sebab itu sy namakan tabung paksaan.
4. Personal Loan dan CC
Haha, ini topik panas. Nasihat saya gunakanlah kemudahan ini sebaik mungkin. Baiki rumah mak ayah ke atau Gunakanlah ke arah sesuatu yang memberi keselesaan pada diri dan keluarga. Tidak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang serba cukup. Mungkin anda adalah anak sulung keluarga yang berjaya memecah tembok kemiskinan. Cuma, mengikut statistik, guru juga paling ramai terjebak dengan skim cepat kaya. Yang ini bergantung pada nafsu masing-masing. Orang sekatil dah warning pun tetap melabur jugakkan? Ini ingatan saya, jika seawal perkhidmatan sudah terjebak dengan skim-skim ini, selamat tinggal 10 tahun pertama perkhidmatan anda. Selamat tinggal rumah pertama, selamat tinggal ketenangan malam mengenangkan duit dipotong untuk sesuatu yg tiada didepan mata.
5. Kereta
Ini jugak topik biasa. Tidak perlu nak ulas, semua ada selera masing-masing. Kalau nak beli Civic di awal perkhidmatan, beli sajalah. Kalau rasa sesak, jual lah balik. Apa susah. Dia jadi susah sebab anggap kereta tu aset. Masa inilah nk ride mindset kewangan yang betul. Kereta bukan aset, kalau rasa mampu, beli. Tak larat bayar, jual balik. Yang penting sendiri sakit, sendiri untung. Tak perlu nk rasa aib.
Ok lah..selamat berkhidmat !
8 Comments
bagi Linda, kalau mampu beli tanah, baik beli tanah...mana2 tempat posting yang ad kuarters, mohon lah duduk kuarters..tak perlu malu dengan ahli keluarga yang lain sebab kita duduk kuarters je...tapi, bila duduk kuarters, beringat lah..kita duduk di rumah kerajaan, bersama2 orang lain...jgn lah ikot kepla sendri...hihihi
ReplyDeletebab kereta, beli ikot kemampuan setelah ditolak komitmen lain yang lebih penting, bukan ikot nafsu...
siapa je tak nak naik kereta Mazda...
bagus sgt peringatan & pesanan Abe Kie ni... org2 muda sekarang ni nak ikut trend sgt kann..
ReplyDeletesetuju sangat dengan peringatan ini.... bab beli or buat rumah dekat kampung selalu sangat dengar, kalau anak tak nak tapi tetap buat sebab mak bapak paksa. Kesian anak tersepit antara keperluan lebih penting dengan memenuhi kehendak ibu bapa.
ReplyDeleteterima kasih berkongsi nasihat ni
ReplyDeleteyg baru dpt kerja wpn bkn staf gomen pun
sama-samalah jaga kewangan
jgn terjerumus dgn hutang
jgn buat loan yg akhirnya menjerat kita
dan berpada-pada selalu
hasutan sentiasa ada di sekeliling
dan pilihlah yang terbaik
betul tu Abe Kie punya pesanan terutama part beli rumah & kereta
ReplyDeleteMemang better beli tanah kalo tak yakin bisa menjaga rumah yg dibeli. Nak beli rumah, tapi tak bisa ditinggali, percuma saja, akan rusak nantinya.
ReplyDeleteKalo tanah, sampai bila2 harganya pun akan tetap naik. 👍
terima kasih untuk pesanan ni, cikgu!
ReplyDeleteTerima kasih share
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.