Buat para suami, jangan malu untuk nyatakan 7 hasrat dan keinginan ini pada isteri.


1. Mahukan isteri sentiasa fokus pada penjagaan suami

2. Bila di rumah, isteri hendaklah sentiasa wangi

3. Rumah sentiasa kemas dan bersih

4. Sentiasa hebat di bilik tidur, service TIP TOP

5. Bilik tidur sentiasa kemas dan wangi

6. Bila suami balik kerja, anak-anak dah siap mandi dan wangi

7. Jaga perut suami sebelum orang lain jaga


Boleh mintak, tak salah pun dan isteri sebenarnya boleh je bagi. Cuma


1. Jika mahu isteri fokus pada penjagaan suami, suami pun perlu fokus pada penjagaan isteri.

2. Jika nak isteri sentiasa wangi di rumah. sediakanlah minyak wangi, alat solek dan penjagaan diri isteri. 

3. Jika nak rumah sentiasa kemas dan bersih. Boleh juga, tapi suami pun kena sama membantu. Bukan sahaja dari segi bantu buat kerja, tapi bantu juga dengan tidak buat sepah.

4. Nak sentiasa hebat di bilik tidur? Tiada masalah. Bagilah rehat yang cukup, makanan yang berkhasiat supaya sihat dan bagilah masa yang cukup untuk sediakan diri. Dan jangan lupa, jaga emosi isteri supaya sentiasa gembira.

Satu perkara yang selalu orang terlepas pandang ialah, servis bilik tidur yang TIP TOP akan hadir dengan sendirinya apabila servis suami di luar bilik tidur terhadap isterinya juga TIP TOP.

Oh, sebelum terlupa. Servis suami dalam bilik tidur pun perlulah TIP TOP juga. Jangan malas.

5. Nak bilik tidur sentiasa kemas dan wangi pun boleh. Kemas la sama-sama. Tidur kan bersama? Kenapa isteri sahaja yang kena kemas bilik tidur tu? Pelik kan?

6. Bila balik kerja, anak-anak dah siap mandi dan wangi. Tengok keadaan juga. Tengok berapa bilangan anak dan umurnya. Kalau yang lincah berlari satu rumah sepanjang masa tu belum tentu sempat nak mandikan bila ayahnya balik rumah.

7. Jaga perut suami tu takde masalah. Maknanya makanan nak yang sedap-sedap la? Boleh je. Tapi cukupkanlah bahan-bahannya.

Lepas tu, nak masak ni bukan pejam mata, lepas tu bukan sekelip mata terus siap. Ada masa persediaan bahan dia dan masa memasak dia. Bila sebut pasal masa, isteri cukup masa tak?

Kalau anak berderet, belum tentu cukup masa tau. Kalau ada anak menyusu lagi tak cukup masa tau. Kalau ada anak yang perlu disiapkan untuk ke sekolah dan balik sekolah pun perlukan masa.

Sebelum terlupa, perut isteri pun kena jaga. Isteri pun ada perasaan nak makan itu dan ini. Kena tunaikan juga.

Pokok pangkalnya, jangan fokus kepada apa yang kita nak sahaja, fokus juga kepada apa yang kita beri. Kita beri banyak, kita dapat banyak, kita beri sedikit, kita dapat sedikit.

Itulah namanya kerjasama dan toleransi dalam perhubungan dan kekeluargaan. Perhubungan ini dua hala, kekeluargaan juga dua hala. Masa berhubung kan dua? Masa buat anak juga berdua? Kenapa benda lain tak boleh berdua? 

Sebab suami dah cari rezeki? Dah cari duit? Jadi yang lain semua tanggungjawab isteri? Tolong buang mentaliti tu. Isteri tu manusia, bukan orang gaji, bukan juga robot. Robot pun perlu charge untuk dapat tenaga.

Bagaimana pula dengan isteri yang turut sama bekerja? Masih lagi isteri juga kena buat semuanya? Pelik jugak tu.

Semoga mendetikkan sesuatu yang ke arah kebaikan.

#BroOhsem