Semalam sampai dari Kelantan tengahari, petang terus bawak bakal tenant viewing rumah sewa. Owner minta tolong cari penyewa untuk rumah dia. Tapi untuk penyewa yang dah biasa menyewa kebanyakan dah tahu yang deposit untuk sewa rumah mesti 2+1+0.5 + Tenancy Agreement. Bukan dengan agent sahaja, Tuan rumah sendiri pun ada yang kenakan syarat yang sama. 

2 untuk 2 bulan deposit sewa. 

1 untuk bayaran bulan pertama sewa.

0.5 untuk setengah bulan deposit utilities (air, elektrik & indah water).

Tenancy Agreement - bayaran untuk penyedian kontrak rumah termasuklah stamping LHDN.

Konsep menyewa yang digunapakai. "Bayar dulu baru duduk". Contoh kalau nak sewa untuk bulan march, sebelum masuk sewa kena bayar dulu sewa bulan tu. Bukan duduk dulu sebulan, hujung bulan baru bayar. Yang ni dah banyak kes penyewa lari tanpa bayar sewa. Deposit 2 bulan tu tuan rumah simpan. Bukan tolak dari sewa ke depan. Deposit ni kira duit "security" untuk tuan rumah. Incase penyewa tak bayar sewa, rosakkan rumah, segala kos pembaikan akan ditolak dari deposit rumah tu nanti. Sebab tu tuan rumah kena ambil 2 bulan deposit. Kalau sebulan tak tentu lagi boleh cover kos yang kena keluarkan jika penyewa lari atau rosakkan rumah. Sama jugak dengan kos api air semua. Setengah bulan sewa. Tapi sekarang dah mudah untuk tuan rumah semak secara online segala bil-bil yang ada. 

Saya pernah dengar owner bercerita bil elektrik rumah dia tertunggak ribuan ribu ringgit sebab penyewa tak bayar. Sebab kos penggunaan elektrik sebulan dah cecah 600-700. Dia dah bagi amaran tapi tak endahkan. Sudahnya, dia ugut untuk potong elektrik barulah penyewa pergi bayar. Kalau kes ni, setengah bulan deposit pun belum tentu boleh cover tunggakan bil. 

Tuan rumah mengaharapkan penyewa dapat jaga rumah dengan baik. Penyewa pula mengharapkan dapat owner yang baik dan mudah bertolaransi jika berlaku kerosakan apa-apa dirumah yang disebabkan condition rumah, owner cepat ambik tindakan dan baiki.  

Biasa untuk kontrak sewa memang kita akan cuba bagi win-win situation untuk penyewa dan tuan rumah. Masing-masing ada hak. Sebab penyewa pun tinggal berbayar. Jadi penyewa juga ada hak yang kena protect dalam tempoh sewaan.

#renlife 

#sewarumah