Adab apabila menghadiri majlis kenduri kahwin
TETAMU KENDURI : ELOK-ELOK DAPAT PAHALA, BERTUKAR MENJADI DOSA.
Pertama sekali kita perlu tahu kenapa kenduri kahwin perlu diadakan ?
Ianya satu amalan yang diminta sendiri oleh Rasulallah SAW supaya dilakukan.
Kata Baginda, apabila ada anak2 kamu bernikah, seboleh-bolehnya diadakan sedikit kenduri walaupun dengan jamuan buah tamar.
Tujuannya, untuk memberitahu masyarakat bahawa anak si fulan telah bernikah. Ini untuk mengelak fitnah dimasa hadapan.
Contoh fitnah yang boleh timbul, apabila dapat cucu kelak, masyarakat sekitar pun tahu yang anaknya telah bernikah. Kerana mereka hadir kenduri.
Nabi Muhammad SAW tidak meminta kita membuat kenduri besar2.
Bagi yang mampu, tidak ada masalah. Lagi besar lagi bagus. Kerana lagi ramai tetamu dapat dijemput. Lagi ramai orang datang, lagi banyak tuan rumah dapat pahala.
Namun dalam situasi di negara kita, ramai juga yang tidak mampu mengadakannya secara besar. Tetapi mereka tidak ada pilihan. Terpaksa dibuat secara skala besar juga kerana ramai kenalan.
Jika panggil saudara mara sahaja, takut jiran kecil hati. Panggil saudara mara dan jiran, takut kawan2 pula kecil hati.
Maka ada yang terpaksa jual barang kemas, buat pinjaman dan sebagainya untuk kenduri. Niat dia bagus. Kerana hendak beri orang makan. Itu tidak ada masalah.
Yang menjadi masalah adalah sikap segelintir tetamu yang tidak ada etika atau tidak tahu adab ketika datang kenduri.
Ada jemputan yang tuan rumah hanya menjemput anda dan isteri sahaja. Tapi anda datang bawa habis anak beranak sampai ke pak dan mak mertua.
Ada jemputan yang memang dia undang kita sekeluarga. Apabila dia undang kita SEKELUARGA sahaja, tidak perlulah hendak bawa bersama keluarga adik, keluarga ipar dan sebagainya.
Itu satu bab…
Masuk bab makanan pula, janganlah semua menu hendak diisi sampai penuh pinggan. Memanglah ada disediakan ayam, daging, kambing, gulai lemak, gulai nangka dan sebagainya.
Itukan pilihan…..
Yang tak makan daging, boleh ambil ayam….
Allahuakbar, kadangkala seram sejuk saya melihat cara tetamu kaut nasi, kaut lauk dan ambil kuih muih.
Penuhhhhhhhhh sepenuhhhhhhhnya….
Ada pula yang guna pinggan lain untuk letak lauk kerana tak muat. Masyallah…
Kuih pun diletak banyak2 itu sebagai pilihan. Bukannya hendak suruh tetamu kaut semua….
Apabila tak habis makan, boleh pula dia bawa pulang kueh itu….Masyallah…..
Apabila makan terlalu banyak, dah kenyang dan mula jadi ular sawa. Tidak boleh bangun dari tempat duduk. Orang lain berpusing2 cari kerusi untuk duduk makan.
Apabila orang tanya, sini kosong ke bang ???
Ehhhh….sini ada orang sambil tarik kerusi. Rupanya itu kerusi anak dia, yang pergi tambah lauk lagi.
Dimana adab kita sebenarnya ?
Kita selalu berkata, kita orang melayu dan orang Malaysia adalah bangsa beradab, bangsa yang berbudi bahasa, bangsa yang ada nilai2 timur, bangsa yang mempunyai nilai yang halus dan bla bla bla….pantang ada orang kutuk bangsa melayu sikit, kita mula menjerit marah2.
Adab apa lagi yang kita nak bercakap ? Jika adab yang simple ja , iaitu adab menghadiri majlis dan adab makan pun kita tak boleh jaga, tak usahlah kita nak bercakap tentang nilai2 adab yang lebih besar ?
Bukan semua tuan rumah orang mampu. Lagi pula kenduri dizaman sekarang kosnya dikira per kepala. Tidak dinafikan ada juga yang masih menggunakan cara gotong royong. Tetapi itu pun masih lagi perlu dibeli lembu, ayam, kambing, beras dan sebagainya.
Kalau orang panggil kita saja, kita sajalah yang pergi. Jangan bawa rombongan. Dan jangan pula tanya2, boleh bawa famili tak ?
Tuan rumah dah ada kira2nya yang bersesuaian dengan bajetnya dan bilangan tetamu.
Kalau orang tak jemput kita kecil hati. Apabila orang jemput, kita lebih2 pula.
Jangan ambil makanan seperti orang lahap yang tidak makan sebulan. Ramai lagi tetamu lain di belakang.
Tuan rumah dah kira bilangan lauk pauk dengan jumlah tetamu yang dijemput.
Janganlah kita malukan tuan rumah kerana lauk tidak cukup.
Apabila kita pergi kenduri orang, kita perlu berdoa untuk tuan rumah agar mereka dicurahkan segala keberkatan.
Doanya tidak, sebaliknya balun lauk berpinggan2 sampai orang belakang tak cukup lauk, yang akhirnya memalukan tuan rumah.
Elok2 kita menghadiri kenduri untuk dapat pahala, akhirnya dapat dosa.
Siapa yang rugi ?
12 Comments
Saya setuju...
ReplyDeleteterima kasih abam Kie...mengingatkan...
ReplyDeletebab tempat duduk pun 1 hal jugak...kikiki
AMbil makanan banyak, makan tak habis dan buang, memang hampeh golongan ni!
ReplyDeletebab ambik makanan banyak2 lepas tu makan x habis tu saya paling setuju..
ReplyDeletekalau tetamu mesti beradab seperti tetamu
ReplyDeleteBenda2 ni kadang2 common sense je kan?
ReplyDeleteMemang ada etikanya berkunjung ke hajatan kawinan ya Abam Kie...supaya yang punya hajat senang dan kita sebagai tamunya juga tau batasan utamanya saat mengambil hidangan, sepatutnya secukupnya aja dan kira kira yang habis kemakan jadi tidak ada yang terbuang...sayang melihat makanan sampai terbuang
ReplyDeleteSetuju bab yg lepas habis makan dia masih lagi duduk sembang2 tak peduli tetamu lain yg dah berdiri dekat tepi meja sambil bawak pinggan berisi nasi sbb takde tempat duduk. Part ni saya rasa tuan rumah atau emcee majlis kena mainkan peranan bagi teguran halus dekat tetamu mcm ni utk bangun bagi laluan kepada hadirin yg lain.
ReplyDeleteMakan seadanya saja. Betul, ada orang memang tak tahu malu, duduk lama-lama sambil berborak, tak ingat kat orang lain yang tengah cari tempat.
ReplyDeleteterima kasih abg akie.. betul.. kite panggil jiran, jiran panggil semua adik beradik jiran dtg ke rumah.. terkejut kitenye..
ReplyDeletegood sharing.. tq
ReplyDeleteTq share
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.