Serba-Salah Seorang Surirumah Tangga
Bila dia baring, orang kata dia suka tidur. ..
Rupa sememeh mcm hantu kak Limah. Yang orang tak nampak, dari pagi dia bangun siapkan bekal anak, ambil/hantar anak sekolah, kemas rumah, masak, basuh baju, Petang baru ingat nak makan nasi.
Bangun awal, tidur lewat. Tapi kerja tak habis-habis. Bila anak buat perangai, rosakkan barang org kata dia tak jaga anak. Yang org tak nampak, selama ini berak kencing anak, dialah yg cuci. Makan pakai anak, dialah yg masakkan, suapkan, sediakan. Sakit pening anak dialah yg tak tidur malam. Anak mengamuk, dialah yg pujuk, dia yg jaga.
Hujung minggu. Bangun pukul 8pagi org dah kata pemalas. Org lain bangun 12 tengahari tak apa, sebab org lain kerja, penat. 'surirumah tak kerja' . Yang otg tak tahu, mlm tadi cuma tidur 2-3jam je sebab sekejap-sekejap terjaga anak nak susu, Badan habih lenguh-lenguh lesu.
Orang tengok anak kurus, org kata tak bagi makan ke? Yang org tak tahu, sebenarnya dia sendiripun dah buntu. Masaklah sesedap manapun. Anak tetap taknak makan.
Orang kata dia untunglah, nak apa semua suami boleh belikan. Cincin dijari, baju kasut berganti. Yang org tak tahu, ada brg dia beli guna duit dia hasil buang masa dengan fb kdg sampai tak tidur malam. Org kata dia untunglah tak kerja. Boleh ngadap fb 24jam. .
Yang org tak tahu, dia cari income dgn fb, sambil kacau gulai dlm periuk. Sambil tgk fb, sambil layan anak. Org kata dia kaki Facebook. Tangan tak lekang dari handphone. Yang org tak tahu, dia kawanpun tak ada. Dalam satu hari cuma borak dgn anak. Dengan dinding. Paling hebatpun cakap dgn teacher kat sekolah masa ambil anak. .
Seluruh kehidupan dia cuma ada suami, anak, rumah.
Orang selalu cakap cemburu dengan dia. Sebab dia bestlah dapat duduk rumah. Mukapun hari-hari senyum, tak pernah komplen apa-apa. Yang org tak tahu, waktu dia dalam bilik air, sebanyak mana air yg mengalir , mungkin banyak itu jugalah air matanya mengalir.
Surirumah standby 24jam. 7hari seminggu. Tak pernah cuti. Tak ada istilah cuti. Tak ada istilah MC. Sehebat manapun skill dia, tak pernah naik pangkat. Tak pernah dibayar gaji.
Surirumah semulia-mulia pekerjaan. Tapi tak pernah terpilih.
Kredit Kepada Penulis
12 Comments
yang tak suri rumah pun serba salah...tapi kat rumah sendri, ikot suka lah nak macam mana, kalau balik rumah orang tua, kena lah berlakon sikit...hihihi
ReplyDeleteMasa sy jadi house wife sekejab dulu..Sy kemas rumah ikut dan sy je..x kuasa sy nk terlalu berletih badan smp mcm tak terurus utk sedapkn mata org lain memandang...As long as encik bos x bising rumah terlalu bersepah sudah la..Masak dinner pun ikut suka sy je..Rasa rajin masak..Rasa x rajin sy ajak mkn diluar =)
ReplyDeletesurirumah takda cuti :(
ReplyDeleteBetul dan saya sangat setuju. Biarlah orang nak kata apa... kita teruskan kehidupan.
ReplyDeleteseorang suri rumah menjawat pelbagai tugas penting selagi xtutup mata
ReplyDeletesuri rumah ni superwoman, multi-tasking...sampai ada yg burn-out...semoga para suami dpt memahami..
ReplyDeletesepatitnya gaji seorg suri rumah lbh tggi drpd ceo syarikat!
ReplyDeletegood entry..
ReplyDeletehebat sebenarnya tugas dan tanggung jawab sebagai suri rumah tangga..
ReplyDeletebetul & setuju sgt...suri rumah lagi penat dr org yg bekerja
ReplyDeletesbb x de cuti yer... respek sgt semua suri rumah ...
Kam suri rumah pekerjaan yg baik
ReplyDeletekan... Fatimah pernah balik sekolah dia tanye Ldy.. ibu buat ape seharian di rumah?
ReplyDeleteLady jawab, siapa yang basuh baju kakak, lipat baju kakak, simpan baju kakak?
Siapa yang masak makanan kakak yg kakak makan?
Siapa yang kemas rumah kite ni?
Siapa yang bagi makan kucing, siram pokok bunga..
Semua tu Kakak pergi sekolah dan balik sekolah kelihatan sama sebab ibu yang siapakan semua.. kalau x, rumah kita jadi mcm rumah hantu..
:P :P :P
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.