Adab Bermuamalah Dengan Orang ‘Baharu’
Adab. Satu perkara yang susah diamal dan nilainya mahal. Bahasa Inggerisnya disebut ‘manner’, atau lebih masyhur sebagai ‘common sense’. Tiada adab dan common sense ini, orang akan panggil ‘biadab’.
Betapa bernilainya adab sehingga digariskan oleh para ulama sekian dahulu sebagai fundamental penting dalam menghasilkan ilmu pengetahuan. Tanpa adab juga, ilmu pengetahuan yang dimiliki tetap dianggap kosong, tiada guna. Maka, adab dulu, baru ilmu.
Pepatah arab ada menyebut:
“الأدب فوق العلم".
Maksudnya: “Adab di atas ilmu”.
Zaman yang merancak moden hari ini sepatutnya menjadikan kita lebih bertamadun, beradab dan beretika, bukan sebaliknya. Namun malangnya, pahit realiti hari ini menggambarkan masih ramai umat yang gagal mengamalkan adab dan etika sopan, walaupun sekadar yang asas-asas sahaja.
Konteks yang saya mahu ketengahkan dalam penulisan ini adalah berkaitan adab berkomunikasi secara maya dengan orang ‘baharu’ yakni orang yang baru kita kenal untuk sebarang tujuan seperti meminta pertolongan, menyatakan hajat dan lain-lain.
Cadangan saya, antara cara komunikasi berkesan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:
1. Terlebih dahulu beri salam (untuk Muslim) atau sapaan hormat seperti ucapan selamat pagi (untuk Non-Muslim).
2. Sertakan panggilan hormat dan nama (Tuan/Puan/Encik/Cik/Saudara/Saudari/Jawatan).
3. Minta maaf andai mengganggu masa atau menambah bebanan orang tersebut.
4. Perkenalkan diri terlebih dahulu (nama kita serta bidang tugas yang berkaitan dengan tujuan utama mesej).
5. Nyatakan dari mana dapat akses nombor orang tersebut.
6. Terus nyatakan hajat utama anda menghantar mesej kepada orang tersebut.
7. Terima kasih didahulukan atas bantuan yang bakal diberikan oleh orang tersebut.
8. Hantar mesej dalam satu mesej sahaja dengan pemerengganan yang kemas. Jangan spam.
9. Guna perkataan yang dieja lengkap. Jangan guna singkatan perkataan yang berlebihan sehingga susah difahami.
10. Mesej pada waktu yang sesuai. Misalnya, pada waktu pejabat.
Wallahua’lam. Hidup adalah tentang pilihan. Maka pilihlah, nak orang nampak kita ni beradab atau biadab. Jika kita beradab, orang pun senang hati nak tolong kita.
Semoga Allah kurniakan kita taufik dan hidayah untuk mengamalkan adab-adab serta etika yang telah digariskan oleh Islam khususnya buat ibu bapa, ahli keluarga, para guru serta orang sekeliling kita.
10 Comments
Bagus gaya penulisan email pelajar ni. Semoga terus cemerlang adab seiring dengan akademiknya.
ReplyDeleteye betul tu setuju dgn Abam Kie! zaman skrg mcm kurang adab.. main terjah je spam soalan & dah lah tu guna short form ingat engko text dgn bff engko ke hehehe
ReplyDeleteBegitulah sepatutnya bila nak mulakan perbualan dengan orang baru. Bagus perkongsian ini.
ReplyDeleteBetul sangat2. Bagus betul contoh yang AK kongsikan.
ReplyDeleteBudi bahasa tamadun bangsa
ReplyDeletesetuju sangat! untuk berjaya, adab memang kena jaga. tak kiralah dengan sesiapa pun.
ReplyDeleteBeradab je . bagus2 adab itu penting
ReplyDeletebaca entry ni terus teringat rungutan staf HR. diorg ckp bdk2 skrg x de adab masa tanya pasal kerja kosong. dah laa tanya kat WA. salam x de. trs terjah. ada keje kosong x? haihhh... bla nak hire, suruh dtg IV bri mcm2 alasan. ada tu bluetick je. kite dulu kalau boleh nak sesopan sopannya nak minta kerja. tanya kat email pun dah rasa mcm kurang ajar dah...
ReplyDeletesetuju sgt..bila kita berbudi bahasa, org pun lebih la rasa nak membantu tu.
ReplyDeletekita rasa selesa nak berurusan dgn orang yg ada conscience ttg adap sopan..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.