Anak kedua Abe Kie, Nur Alis Dalili mendapat keputusan yang sederhana untuk SPM 2023 lepas. Dia tidak sebijak dan serajin kakaknya yang mendapat 8A dan 1B dulu. Kawan sekelas Abe Kie semasa belajar di SBP dulu, Mohd Najid Che Mood mempelawa Lili untuk memohon kursus yang diminatinya di KPTM sehari selepas keputusan SPM 2023 keluar. Najid ni adalah Ketua Jabatan Perakaunan di KPTM cawangan Kuantan. Jadi Abe Kie bagi la slip keputusan SPM dan salinan kad pengenalan Lili untuk dia membuat permohonan. Lili memohon kursus Diploma in TESL kerana dia dapat A untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Selang 3 hari kemudian dia dipanggil untuk interview oleh pensyarah KPTM Kota Bharu. IV ni senang je. Dibuat menerusi Google Meet. Lili perlu berbual dengan pensyarah tu dalam masa 3 minit je. Soalan2 pun mudah je. Lebih kepada friendly talk.
Tiga hari selepas tu Lili mendapat surat tawaran ke KPTM. Kebetulan Lili memohon awal jadi mudah la dapat. Kalau x silap pengambilan untuk sesi Julai 2024 Dip in TESL ni sampai 190 orang! Mereka yang mendapat tawaran perlu membayar yuran pengesahan dan pendaftaran masuk sebelum kuota tu habis. Jika dapat tawaran tapi lewat bayar kemungkinan tempat kita tu diambil orang. Jadi hari2 Abe Kie tengok jumlah tempat yg masih available kat website KPTM. Lama2 bila tinggal 40 seat lagi terus Abe Kie buat bayaran RM400 tu sebagai tanda jadi. Sehari selepas buat bayaran tu kuota kursus TESL tu habis direbut bakal2 pelajar! Mujur sempat. Sebenarnya Abe Kie bayar ni selepas keputusan UPU diumumkan. Lili tak dapat tawaran UPU. Huhuhu... Maka terpaksalah belajar di KPTM biar pun separuh swasta tapi di bawah MARA.
Biar pun yuran pengajian sampai RM20K selama 2 tahun 4 bulan tu (tidak termasuk penginapan), namun ianya ditanggung oleh MARA menerusi TESP (Tertiary Education Sponsorship Programme). Dengan kata lain ini adalah pinjaman boleh ubah. Jika lulus dengan pointer 3.5 ke atas maka perlu bayar 15% je dari jumlah keseluruhan loan tu. Jika pointer 3.00 hingga 3.49 kena bayar 20%. Di bawah daripada 2.99 kena bayar 25%. Jika gagal kena bayar 100%. Tapi jarang benar yang gagal di KPTM ni. Biasanya pelajar2 dapat 3.00 ke atas. Sebab tu la ramai pelajar yg result SPM cuma dapat 5 kredit akan memohon belajar di KPTM ni.
Jadi pada jam 8 pagi 12 Julai lalu kami 6 beranak bergerak ke KPTM Kota Bharu dari rumah di Tanah Merah. Sesampai di sana tengok orang dah ramai sangat. Kampus ni terletak di antara 2 mall iaitu AEON Mall dan The Lotus's. Huh, cepatlah habis duit jika tak istiqamah dalam berbelanja... Bila daftar tu Lili dapat no giliran ke 849. Ingatkan dapat asrama dalam yang bersebelahan kolej ni. Tapi malangnya ditempatkan di asrama luar yang terletak di Kampung Tunjong kira-kira 8km dari kolej. Huh, lepas tu kena gi mendaftar di asrama pulak. Kena redah jem sekali lagi. OMG! Rupa2nya terdapat 1275 pelajar melapor diri pada hari tu. Cuma 700 orang je yg dapat asrama dalam.
Terus Lili menangis atas iron board tu. Masa ni umurnya 2 thn lebih. Rambutnya dipotong pendek macam budak lelaki sebab dia dapat jangkitan kutu di TASKA.
Inilah rupa kampus KPTM Kota Bharu. Abe Kie ambik dari TT aje. Memang x ada suasana kampus mcm IPTA la. Tapi kampus Batu Pahat, Ipoh dan Bangi tu adalah suasana kampus rasanya.
Kami sekeluarga bergambar sebelum balik ke Tanah Merah. Tinggal la Lili dengan dormmates seramai 11 orang tu. Harap Lili pandai la berkawan dengan rakan2 baharu. Maklum la ini kali pertama Lili duduk di asrama. Lain la mcm Abe Kie ni. Sejak Form 1 dah duduk di SBP. Lili yang paling kiri tu...
Belum sampai seminggu di asrama Lili merengek nak minta balik. Ptg Jumaat tu dia telefon nak balik rumah sebab demam dan batuk. Maka terpaksalah kakak dan maminya pergi ambik. Pagi Ahad barulah kakaknya pi hantar ke asrama. Kebetulan hari tu kelas mula jam 12 pm. Jadi dapatlah pi lewat sikit. Mujurlah kakaknya sedang cuti sehingga September ni. Dia belajar di UiTM.
Pada weekend kedua pun Lili balik lagi kerana pd hari Sabtu tu dia kena belajar memandu kereta. Nampaknya sepanjang bulan Julai dan Ogos ni dia akan balik setiap hujung minggu kerana urusan belajar memandu. Mujurlah kolejnya cuma sejam dari rumah. Dapatlah balik. Jika di luar Kelantan memang kena tangguhlah belajar memandu tu sehingga cuti semester. Itu pasal la Abe Kie tak bagi dia belajar di luar Kelate sbb ada urusan yg belum selesai. Namun jauh di sudut hati Abe Kie berasa sedih nak melepaskan Lili belajar jauh2 pada usia sekarang. Maklumlah kan...anak perempuan.
Demikianlah kisah Lili memulakan pengajian peringkat diploma di Kolej PolyTech MARA Kota Bharu. Semoga Lili akan lulus dengan cemerlang pada November 2026 nanti. InsyaAllah.
10 Comments
alhamdulillah..tahniah. takpe masing-masing ada kemahiran kan..keputusan tak ok pun masih ada peluang lain
ReplyDeletealhamdulillah tu Abe kie,, doakan lili boleh berjaya lagi jauh amin... ramai graduan bawah KPTM ni berjaya cemerlang
ReplyDeleteAlhamdulillah........ Selamat Maju Jaya...... shopping mall kiri kanan kampus, dapat elaun ini kena beringat tu...... KPTM is the best... pointer setiap semester kena jaga untuk kekalkan elaun.......
ReplyDeleteAlhamdulillah..Tahniah Lili..TESL pun ok..Nnt bleh jadi mngajar mcm abe kie =D
ReplyDeleteall the best Lili utk driving lesen & for ur future ! hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah lily. Jangan sedih Abe Kie lepaskan anak perempuan belajar jauh dari kita..sebab suatu hari bila dia start berkahwin lagi jauh dari kita unless kahwin dengan orang sekampung atau orang taman sebelah..hehehehehe..
ReplyDeleteaikkk cepatnya dah homesick ya lili?😁😁alaa KB dekat je. boleh balik tiap2 mggu
ReplyDeleteapa2 pun all the best utk lili👍👍
semoga dipermudahkan urusan Lili....
ReplyDeleteawal-awal nie homesick lah, insya-Allah dah jumpa gu dia nanti, tak homesick dah...
All the best, Lili. Tapi kita rasa abahnya yang sedih nak lepaskan Lili jauh2, haha.
ReplyDeletealhamdulillah..congrats Lili.....sebaya dgn Ian yer..
ReplyDeletesama la ngan Ian..weekend baru ni pun balik, homesick la jugak kot
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.